Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 25, 2013

Bubar Parlimen: Keramatkah Tarikh Itu?

Published: Isnin Mac 25, 2013 MYT 3:04:00 PM
PRU-13: Ramai Menanti Dengan Penuh Debar Tarikh Keramat Pembubaran Parlimen
KOMENTAR mStar Oleh ROZAID A. RAHMAN
KUALA LUMPUR: Mengikut logik dan kira-kira (matematik), hari ini Isnin, 25 Mac adalah hari yang sesuai untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen.

Mengapa hari ini? Ia adalah kerana tempoh hayat Dewan Undangan Negeri Sembilan akan tamat dengan sendirinya menjelang tengah malam Rabu.

Oleh kerana situasi sebegini (jika PM masih tidak umum pembubaran parlimen) belum pernah berlaku di Semenanjung Malaysia, maka kita semua ternanti-nanti dengan penuh debar apakah yang akan berlaku dan apakah pula yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Rabu.

Apakah SPR akan umum, tarikh penamaan calon dan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan berlangsung berasingan dengan tarikh penamaan calon dan pilihan raya persekutuan atau akan diadakan serentak dengan persekutuan adalah sesuatu yang kita semua ingin tahu.

Dari segi moral dan obligasi, SPR perlu mengumumkan sesuatu bagi menjawab tanda tanya seluruh rakyat Malaysia.

Sementara itu, belum ada tanda-tanda atau sebarang indikasi lagi yang diberikan oleh perdana menteri atau pejabat perdana menteri mengenai tarikh pengumuman pembubaran parlimen.

Ramai yang bertanya bilakah perdana menteri akan memanggil sidang akhbar untuk mengumumkan pembubaran tersebut.

Sebenarnya, perdana menteri tidak perlu pun memanggil satu sidang akhbar khas.

Pejabat perdana menteri hanya boleh mengeluarkan kenyataan satu atau dua perenggan memaklumkan yang perdana menteri telah mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan nasihat dan perkenan tarikh pembubaran parlimen.

Tugas selebihnya akan diambil alih oleh SPR secara automatis selepas itu.

Wartawan-wartawan kanan dan editor percaya jika ia tidak juga berlaku hari ini sebagaimana yang diharap-harapkan, ia mungkin berlaku Rabu ini.

Malah ramai yang percaya Rabu ini akan berlangsung mesyuarat Jemaah Menteri yang terakhir.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa