Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 22, 2015

Didesak Lepas Jawatan: Jawapan gentleman Mat Sabu

Beliau sedar siapa yang meletakkan beliau di situ
Mat Sabu berpegang kepada prinsip demokrasi di dalam PAS, tidak melulu dan berkepala batu!

Terserah kepada perwakilan - Mat Sabu
Irwan Muhammad Zain,Astro Awani |Kemas kini:Februari 22, 2015
(Diterbitkan pada: Februari 22, 2015 09:57 MYT)

Terserah kepada perwakilan - Mat Sabu
Terserah kepada perwakilan - Mat Sabu
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam PAS ekoran desakan perwakilan Dewan Ulama PAS Perak supaya melepaskan jawatan kerana sering bertindak membelakangi Presiden.

"Terserah kepada perwakilan," kata Mohamad ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.


Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikatakan sering bertindak membelakangi Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama ketika krisis Menteri Besar Selangor tahun lepas.


Berucap di Multaqa Ulama SeMalaysia, perwakilan Dewan Ulama PAS, Sidek Noor menyelar Mat Sabu dan beberapa pemimpin kanan PAS kerana sering bertindak membelakangi Presiden.


Manakala Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengakui bahawa beliau pernah menegur sikap Mat Sabu yang didakwa sering tidak sealiran dengan Presiden parti.


Akhbar Mingguan Malaysia menerusi laporan muka depannya hari ini melaporkan Dewan Ulama PAS mengaitkan Mat Sabu dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sebagai dalang yang mahu menjatuhkan Abdul Hadi.


Usaha Astro Awani untuk mendapatkan Dr Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS setakat ini masih gagal.


Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS seperti Datuk Mustafa Ali merupakan pemimpin yang menggerakkan usaha untuk mewujudkan kepimpinan ulama pada awal tahun 80-an.

13 comments:

  1. Mat Sabu tahu jadi pemimpin untuk rakyat yang memilih nya.

    Ada beza nya pemimpin otak keldai , dan se orang pemimpin ber akal rakyat.

    Mat Sabu memang sesuai dan calon ter baik kepada peganti Presiden PAS.

    Presiden masa kini budak bahalol saja dan Munafik !!!

    ReplyDelete
  2. utusan dah mula initiate kempen menentang mat sabu dan rakan2nya dlm pas. ulama dah sokong. skrg terserah kpd perwakilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe...biar Utusan jadi campaign manager puak UG. Perwakilan muktamar nanti bukannya bodoh

      Delete
  3. Adakh mesti terus menerus dgn Presidung jika Presidungnya yang tak patuhi keputusan ramai?Adakah Presidung mendapat mandat dari "Ghaib" dan diizinkan ketepi persetujuan mandat diberi olih ramai dan ikut mandat 'ghaib' dia saorang aje.
    Jika benar ularmak cerahkanlah,pernahkah Rasulullah saw ketepikan persafahaman dan persetujuan yang disepakati bersama sama sahabat sahabat dan lakukan kepuyusannya saorang dalam peperangan?
    Adakah Presidung PAS lebih hebat dari Rasulullah saw dengan sahabat sahabatnya!

    ReplyDelete
  4. Teruskan bejuang dengan ikhlas walaupan kau bukan dari golongan ularmak.sebab kau berjuang untuk rakyat bukan untuyk golongan ularmak.Janag bimbang kalau kau tiadak tempat dalam Pas kau akan diletakan di tempat yang lagi lebih baik bagi rakyat,tunggu pilahnraya nanti,kita tenguk siapa yang gelupur baham tanah.

    ReplyDelete
  5. Lepas ni kita akan tenguk ulamak mana yang akan mengetuai setiap himpunan demo...kita ikut saja.

    ReplyDelete
  6. aku respek abg mat lebih dr aku hormat geng pakai serban. teruskan perjuangan. kamu dilantik oleh rakyat. tugas dean tanggungjawab kamu kpd rakyat. jgn jadi spt geng serban yg dilantik oleh rakyat malasyia sbg ahli parlimen tapi ponteng sidang parlimen malaysia sbb nak hadir sidang westminster?

    ReplyDelete
  7. Lebai Saaid Al Najafi


    Geng Lebai kat Pas jangan sombong dan angkoh , Mat Sabu ada bukti pengorbanan - masuk jail , lokap polis dan menjadi kebencian kpd umnok.

    Geng Lebai apa bukti pengebonan kau untuk pas dan rakyat .

    Diundang berceramah Lebai berKutbah - itu lah standard lebai .

    Masaalah Bani Melayu apabila Lebai jadi politikus tanpa belajar dan memahami Prinsip Politik.

    Jangan lah lebai kat Malaysia menyamaai diri mereka sebagai Nabi s.a.w .

    Nabi s.a.w . manusia Maasum - wakil Allah .
    Seluruh gerak-kerja Nabi s.a.w. atas perintah Allah - melalui wahyu.

    Lebai gerak - kerjanya atas wahyu ke ? atau kehendak sendiri !

    Lebai masakini meletakkan diri mereka paling hina berbanding lebai dizaman penjajahan british.

    ReplyDelete
  8. Terbaik...PAs tanpa Mat Sabu
    Parti yg dah merapu ...UG dgn parti yg memang merapu...memang terbaik.

    ReplyDelete
  9. Apakah reaksi Mat Sabu terhadap kenyataan Gobind berkenaan kedudukan PAS dalam PR pada 18 Mac ini? DAP menegaskan bahawa PAS akan terkeluar dari PR pada 18 Mac ini jika berkeras membentangkan RUUH di K'tan.

    Mat Sabu adalah timbalan Presiden PAS dan juga merupakan umat Islam yang berada dibawah naungan kepercayaan terhadap Islam.

    Dari sudut jawatan yang disandang berpartikan Islam Mat Sabu sewajibnya menegur sikap kurang ajar Gobind terhadap usaha kerajaan PAS K'tan itu.

    Jika Mat Sabu menyokong apa yang ditegaskan oleh Gobind maka Mat Sabu dilihat gagal mempertahankan partinya sebagai timbalan presiden kerana menghormati rakan adalah lebih afdal dari menghormati usaha kerajaan PAS K'tan.

    Mat Sabu telah berjaya dilalaikan dengan tipudaya oleh musuh nyata manusia melalui pemikiran orang kafir yang begitu tidak selesa dengan hukum Allah SWT.

    Dari sudut sebagai seorang yang mengaku dan bertanggungjawab terhadap Islam pula Mat Sabu sewajibnya merasa tercabar dengan kenyataan keras Gobind yang mencampuri urusan umat Islam keseluruhan.

    Jika Mat Sabu bersama menyokong ketegasan menentang RUUH bukan saja dari Gobind bahkan melibatkan pemimpin DAP dan PKR maka Mat Sabu telah berjaya dilalaikan oleh musuh nyata manusia bukan lagi melalui kafir tetapi secara direct kedalam hati Mat Sabu.

    Musuh nyata manusia dan Islam ia lah syaitan, tercipta nya musuh Islam melalui manusia adalah kerana kelemahan Iman pada manusia itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyataan Gobind Singh itu menyentuh dasar PAS. Dasar PAS kena diputuskan dalam mensyuarat JKPP. Apa-apa pandangan sebelum keputusan mesyuarat JKPP bukan keputusan PAS. Ia sekadar pandangan samada betul atau tidak be4gantung kepada keputusan mesyuarat JKPP.

      Itu peraturan dalam Perl3mbagaan PAS. Elok kita semua baca dan faham perl3mbagaan PAS terutama ahki-ahli dan penyokong PAS. Tidak nanti, niat hendak bela PAS tetapi sebaliknya memburukkan imej PAS.

      Delete
  10. TGHH adalah Presiden Parti.
    Mat Sabu adalah Timbalan Presiden parti.
    Kedua- dua dipilih oleh ahli parti.
    Hanya ahli parti boleh membuang Tim. Presiden parti.
    Hanya ahli parti yang boleh mengguling Presiden parti.
    Pakatan untuk mengguling presiden parti dibenarkan dengan izin ahli-ahli parti. Pakatan untuk membuang Tim. presiden dibenarkan dengan izin ahli-ahli parti.
    Menyelar dan menuduh pimpinan parti adalah perbuatan kurang ajar. Ahli parti yang mendapat didikan dan tarbiah TGNA akan mengadu kepada pihak berwajib jika terdapat ahli parti mengkhianati parti. Ahli parti yang mimbina parti dalam parti atau menggunakan parti untuk kepentingan jemaah lain mesti dilaknat dan sepatutnya mendapat laknat dari Allah.
    Tiada hak mana-mana pihak berhak menghalang mana2 ahli parti menyertai NGO. Ahli parti yang menubuh NGO untuk menghuru-hara parti adalah orang gila dalam parti.
    Semua ini adalah prinsip, siapa tak setuju pergi mampus.

    ReplyDelete
  11. Setakat hari ini tiada siapa yang bangkit menangkis kenyataan keras DAP terhadap urusan umat Islam. Tiada perasaan rasa tercabar ke sebagai umat Islam? Atau apa yang disanggah oleh DAP berkenaan RUUH tu hanya PAS saja yang perlu mempertahannya sebaliknya kita sebagai umat Islam hanya salahkan PAS kerana memperjuangkan dasar mengikut acuan Islam.

    Bila ada umat Islam sendiri yang menghina RUUH K'tan dengan berkata " Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup dibawah undang-undang hudud"

    Maka ramai lah golongan yang tampil memberi penjelasan berkenaan kesucian dan keadilan RUUH yang akan dilaksanakan. Begitu ramai yang prihatin.

    Dimanakah golongan ini ketika DAP menghina, mengkritik dan mencampuri urusan umat Islam?

    Apakah ada sesuatu yang merugikan golongan ini tatkala bersuara tegas memberi penjelasan terhadap kenyataan DAP sama seperti penjelasan yang diberikan kepada Noor Farida?

    Mungkin Noor Farida tidak mempunyai apa-apa pulangan yang boleh merugikan mereka maka ramai lah yang tampil mempertahankan RUUH. Jika bersuara tegas terhadap DAP mungkin golongan ini akan kehilangan sesuatu yang bernilai melebihi nilai hukum ALLAH SWT.

    Kata TGNA, buat lah segala daya upaya untuk meMENANGkan ISLAM dimuka bumi ini sebelum pergi bertemu ALLAH.

    SUBHANALLAH.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa