Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 6, 2015

Mufti yang tidak bisu.......

Sayangnya ada juga yang fokus hanya kepada politik

Mufti: PM hadir seakan penganut agama lain
mk - 12:27PM - 6 Feb 2015
Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menegur ramai pemimpin, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama bukan Islam dalam keadaan “seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain”.

“Saya berpendapat, ramai pemimpin termasuk YAB perdana menteri Malaysia, tidak mendapat nasihat yang jelas tentang hal ini sehingga mereka hadir dalam keadaan seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain,” kata Dr Asri.

Katanya, pemimpin Islam tidak boleh menzahirkan perbuatan seakan turut merayakan upacara agama lain seperti melakukan perbuatan ataupun memakai pakaian upacara.
“Penganut agama lain hendaklah menghormati agama pemimpin yang mengunjungi mereka dan tahu tujuan kehadiran pemimpin adalah untuk keharmonian yang ditonjol melalui kepimpinan yang terhormat, bukan dengan cara pemimpin turut melakukan upacara yang bukan ajaran agama pemimpin itu,” katanya.

Asri (atas) dipercayai merujuk kepada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini yang dihadiri Najib.

Bekas pensyarah di Universiti Sains Islam (USM) itu juga berkata, Islam menghormati beragama pihak lain dan menyeru ke arah kebaikan untuk semua manusia.

Bagaimanapun, katanya, dalam masa yang sama seorang Muslim wajib memelihara identiti akidah Islam.

Menulis di Facebook hari ini, Dr Asri berkata walaupun pada asalnya orang Islam tidak boleh menyertai upacara agama lain, terdapat pengecualian dalam kes-kes tertentu.

Ia antaranya untuk menjalankan tugas yang memberikan manfaat untuk kemanusiaan seperti pegawai keselamatan yang hadir menjaga ketenteraman tau doktor yang merawat pesakit.

“Maka seorang pemimpin utama negara ataupun negeri yang beragama Islam boleh hadir tetapi bukan untuk turut merayakan upacara agama sebaliknya hadir sebagai menjalankan tugas kepimpinan seperti untuk berucap memberi nasihat umum tentang negara dan seumpamanya,” katanya.

5 comments:

  1. Seelok-eloknya semua bangsa dan agama masing-masing pakai mengikut pakaian tradisional mereka, tak?

    Yang pakai kot dan tali leher nak tiru Mat Salleh beragam lain, apa cerita?

    Yang terikut-ikut pakai macam Arab, Pakistan, apa cerita pulak?

    Pakaian asal Melayu ialah tanpa berbaju dan sehelai kain sarung jer.

    ReplyDelete
  2. Adakah nasihat ini di berikan sebagai MUFTI atau individu - individu yang dikenali sebagai Dr Asri seorang ilmuan?

    Nasihat sebagai individu dan nasihat sebagai Mufti mempunyai tanggungan yang berbeza.

    Menurut blogger ini ianya sebagai Mufti Perlis (rujuk perenggan pertama) dan di berikan kepada Perdana Menteri.

    Jika nasihat ini di lakukan atas kapisiti MUFTI Perlis - Mufti Perlis telah melanggar bidangkuasanya dan dilakukan tanpa hak.

    Suka di ingatkan Malaysia tiada Mufti. Dr Asri bukan MUFTI Malaysia. Beliau Mufti Perlis. Maka beliau tiada hak untuk menasihiti Perdana Menteri Malaysia dalam apa keadaan jika ianya di lakukan dalam kapasiti Muftinya.

    Mufti yang ada hak membuat nasihat sebegini ialah:-

    a) Mufti Selangor - kerana kejadian ini berlaku di Batu Cave daerah Gombak yang di bawah bidangkuasanya.

    dan/atau

    b) Mufti Wilayah Persekutuan jika di ambil di mana PM bermasutautin
    (Jalan Duta - rumah Peribadi atau Putrajaya kediaman rasmi.)

    Mufti kerakyatan Perdana Menteri (di mana beliau lahir- contohnya Pahang - rakyat pahang) tidak boleh di ambilkira kerana permastautinannya ialah Wilayah Persekutuan.

    Apakah hukum melakukan sesuatu tanpa hak?

    Jawapnnya = Zalim

    Keadaan bertambah buruk jika isu ini di politikkan pula.

    Jika Mufti Perlis hendak memberi nasihat juga hendaklah di letakkan satu Notis/kaveat secara bertulis atau lafaz sebelum nasihatnya bahawa Nasihat ini datangnya dari pandangan seorang Individu bukannya pandangan Mufti Perlis.

    Akan tetapi sudah terlambat kerana struktur media sosial yang di gunakan oleh Dr Asri telah memberi gambaran secara automatik bahawa ianya satu nasihat MUFTI. (walaupun sebenarnya ianya bukan pernyataan rasmi Mufti- Nasihat/pandangan ini diberikan di Facebook Dr Asri bukannya Facebook MUFTI PERLIS)

    Keadaan ini berlaku kerana rakyat MAlaysia seacra umum masih gagal memberikan pembezaaan antara kedudukan seseorang dan sistem perundangan serta sistem Persekutuan Negara kita.

    Saya yakin Dr. Asri sebagai ilmuwan mahir akan bab-bab sistem perundangan Islam dan sistem Persekutuan kita serta hiraki bidangkuasa-bidangkuasa kita.

    Maka saya boleh simpulkan bahawa beliau telah cuai dalam memberi pandangan beliau kerana menimbulkan salah faham samada ianya dari Mufti atau individu.

    Perlu dinyatakan Nasihat seorang MUFTI mempunyai ikatan dan tanggungan syarie kuat atas yng menerima nasihat ( Contohnya PM Najib)

    Nasihat sebagai individu ialah nasihat yang longgar tak jauh bezanya dengan mana-mana individu yang lain malahan Pm Najib tak perlu ambil kisah pun.

    Tidak keterlaluan jika di cakap nasihat Datin Seri Rosmah sebagai isteri lebih KANAN dari nasihat Dr Asri jika diberikan atas kapasiti individunya

    ReplyDelete
  3. kita tunggu apa respon menteri yang jaga agama tu pak jamil jangan gila nak pi main golf ja!,apa 'dalil' yang akan kelua dari mulut pak jamil nI?ada berani ka teguq pak jid?panaih pungkuq ka atau jadi cacing kepanasan.tunggu!!!!!

    ReplyDelete
  4. Mufti MAZA ini takut Allah SWT , bukan makan gaji buta saja....

    ReplyDelete
  5. Anon 3:55pm, apalah punya bangang daya berfikir kamu. Apakah Najib itu perdana menteri Selangor atau Wilayah Persekutuan ataupun Pahang shj? Bukankah dia itu perdana menteri Malaysia yg dikatakan beragama islam pula? Sebarang tindak-tanduknya tentu boleh menjadi teladan, kpd rakyat islam di Malaysia terutama oleh rakyat yg beragama islam. Sebagai rakyat yg mengetahui kesan akidah tentu tidak menjadi kesalahan dlm memberi teguran/nasihat, tambahan pula ia dibuat secara hormat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa