Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 5, 2015

Peribadi yang langsung tidak berikan manafaat kepada rakyat malaysia

Sekiranya pemilih di Bera humban dia ke tasik pun memang patut
Pemimpin lalok, penyokong mabuk

Susulan seruan boikot, masa depan Ismail Sabri di Bera goyah, kata penganalisis
OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 5 February 2015 11:17 AM
Komen berbaur perkauman yang dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjejaskan sokongan kepadanya di kawasan Parlimennya di Bera, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Februari, 2015. 

Komen yang dibuat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad, menyeru pengguna Melayu memboikot peniaga Cina, tidak akan membawa kebaikan kepadanya di kawasan Parlimennya Bera, di mana pengundi Cina membentuk lebih satu perempat daripada penduduk di situ.
Walaupun menteri pertanian dan asas tani itu kini dalam penggal ketiga mewakili rakyat kawasan itu, sokongan terhadapnya didapati semakin berkurangan setiap kali pilihan raya.
Pada 2013, beliau menang tipis dalam satu pertandingan tiga penjuru, dengan hanya 2,143 undi majoriti. Beliau mendapat 21,669 undi, sementara lawannya daripada PKR Zakaria Abdul Hamid memperoleh 19,526 dan seorang calon Bebas, Mohamad Wali Alang mendapat 670 undi
Menurut laporan, kawasan Parlimen itu mempunyai 50,997 pengundi dengan 16,319 daripadanya kaum Cina. Terdapat 30,088 pengundi Melayu dan selebihnya mereka yang dalam kategori Lain-lain.
Penganalisis politik dan Ahli Parlimen DAP Dr Ong Kian Ming berkata, kebanyakan daripada 32% penduduk Cina di Bera mengundi pembangkang dan masa depan Ismail bergantung kepada usahanya memperbaiki keadaan untuk memenangi kembali hati rakyat jika mahu kekal di situ.
"Seramai 60% pengundi Cina di Bera mengundi pembangkang pada 2013. Kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Bera, iaitu Teriang, merupakan kubu kuat DAP selama enam pilihan raya umum," Ong memberitahu The Malaysian Insider.
"Tetapi, sekiranya Ismail hendak mengekalkan kerusinya dan memenangi sokongan Cina, beliau mesti memohon maaf kerana membuat kenyataan tersebut," katanya.
Teguran Ong itu dibuat selepas menteri itu menulis kenyataan kontroversi di Facebooknya, menggesa pengguna Melayu melakukan boikot itu dalam usaha menentang peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan membuat keuntungan ketika kerajaan sudah menurunkan harga runcit minyak.
"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.
"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," tulisnya di akaun Facebooknya pada Ahad.
Ismail juga menyebut tentang restoran kopitiam OldTown White Coffee, dimiliki OldTown Bhd, mengatakan ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham memiliki saham di dalamnya.
"Lihat sahaja OldTown White Coffee, diragui baru-baru ini. Tapi masih orang Melayu gagal untuk boikot. Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan keluarga Ngeh, DAP Perak yang terkenal anti-Islam.
"Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu," katanya.
Bagaimanapun, Ismail berdiri teguh dengan kenyataannya dan enggan meminta maaf apabila diberi amaran oleh Ngeh.
"Saya tak akan tarik balik kenyataan dan tidak akan meminta maaf," katanya semalam pada satu himpunan yang diadakan penyokongnya di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Isnin dan pada himpunan satu lagi diadakan ketua Umno bahagian di Putrajaya semalam.
Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, pengarah Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, mana-mana rakyat Malaysia akan tidak senang dengan kenyataan Ismail itu, walau daripada kumpulan etnik mana sekalipun.
"Saya rasa, reaksi sesiapa saja yang berfikiran waras, baik Melayu mahupun Cina, dan yang percaya kepada perpaduan rakyat Malaysia, akan rasa meluat.
"Dan saya fikir, atau paling kurang harap, pengundi Cina akan ingat ini apabila melontarkan undi kelak."
Penduduk Cina di Bera ramai yang tinggal di Teriang, di mana mereka membentuk 69% pengundi pada 2013 berbanding 26% Melayu dan 4% India.
BN secara tradisinya meletakkan calon Gerakan untuk kerusi itu sementara dua kerusi DUN lain, Guai dan Kemayan - kedua-duanya kawasan majoriti Melayu - ditandingi wakil Umno.
Pemangku Pengerusi Gerakan Pahang Tee Yew mengakui, perasaan komuniti Cina terluka dengan kenyataan Ismail, dan menambah, masa depan BN di negeri itu kini bergantung kepada bagaimana partinya akan menerangkan isu itu kepada penduduk tempatan.
"Sama ada komen Ismail akan menjejaskan pengundi atau tidak, bergantung kepada bagaimana kita merasionalkan isu ini di peringkat bawahan. Mereka ini rajin bekerja, dan boleh jadi emosional dengan perkara seperti ini.
“Gerakan sudah tentu tidak setuju dengan beliau. Jadi, apa yang kami perlu sampaikan kepada rakyat sekarang ialah, kita perlu tinggalkan isu ini dan beri lebih tumpuan kepada perkara lebih penting, seperti keperluan harian kita," katanya, sambil menambah, banyak masa terbuang menangani isu provokasi antara kaum ini.
Katanya, beliau berharap Gerakan dapat terus menukar paradigma rakyat Malaysia supaya tidak terlalu menumpukan kepada kaum masing-masing, sebaliknya lebih berminat bergerak sebagai satu bangsa demi mencapai Wawasan 2020.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada Ismail patut memohon maaf atau tidak, mengatakan ia terpulang kepadanya. – 5 Februari, 2015.

4 comments:

  1. Kaum cina yang kawal ekonomi kenalah bertolak ansur dengan pembeli, jangan nak untung je. Betul jugak apa yang disaran diatas.

    ReplyDelete
  2. Umat Islam boleh guna mimbar masjid untuk mulakan kempen boikot peniaga yang menindas pengguna, kita mulakan denagn peniaga cina, dan hidupkan peniaga ISlam yang amanah. Untuk starting buat kempen boikot semua pasaraya, dan mulakan membeli di pasaraya Mydin. Pada masa sama bangunkan pasaraya umat Islam . Ini boleh kurangkan kebergantungan kepda peniaga cina.
    Buat all out selama 6 bulan berterusan dan tengok impak dia.

    ReplyDelete
  3. Semuanya karut.

    Hujah dr sini lebih logik punca harga brg tak boleh turun:

    http://pkrl.blogspot.com/2015/01/maklumat-bocor-cukai-jualan-minyak.html?m=1

    Beli di mydin... samalah mcm beli di kedai 1 malaysia... brg cekik harga.

    Tahniah 47% pengundi BN, inilah ekonomi yg mampu dijana oleh kerajaan pilihanmu sedangkan 51% tak melapaq padanya.

    ReplyDelete
  4. Bahalol saja

    Orang orang bahalol malas dan gila kaya ber gaya mentedarah harta rakyat di angkat jadi pemimpin. Bshslol doh....


    1 Mat Dah Bahalol

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa