Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 4, 2015

Pilihan raya PBT: Ulama PAS tak setuju bincang kerana menyelamatkan air muka Hadi?

Ulama PAS tak setuju bincang pilihan raya PBT, khuatir Hadi dipertikai 
TMI - Published: 3 February 2015 12:01 PM
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad menyifatkan pendirian presiden parti adalah pendirian rasmi parti. – Gambar Facebook Dewan Ulamak PAS, 3 Februari, 2015

Dewan Ulama PAS tidak bersetuju isu pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan datang kerana bimbang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dipertikaikan, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama itu berkata, pendirian presiden PAS seharusnya menjadi pendirian rasmi parti dan tidak perlu dibahaskan.
“Saya akan hubungi sahabat-sahabat dalam Dewan Ulama dan saya yakin mereka akan memberi pandangan tidak bersetuju isu pilihan raya PBT dibentangkan," kata Mahfodz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
“Sekiranya dibentangkan juga, Dewan Ulama akan akur dengan pendirian presiden PAS."
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan membincangkan isu pilihan raya PBT dalam mesyuarat parti akan datang sebelum dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Mahfodz berkata setakat ini, usul membincangkan isu pilihan raya PBT tiada dalam agenda mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Februari ini.
“Kalau hendak bentang, boleh dibentangkan tetapi terima atau tak terima, itu wallahua’lam,” katanya kepada akhbar milik Umno itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz semalam mempersoalkan sama ada sistem beraja yang diamalkan Malaysia sekarang perlu ditukar semata-mata untuk mencapai keadilan.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan persoalan berkenaan selepas isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin hangat diperdebatkan di antara PAS dan DAP. 
“Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan dengan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?
"Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya,” kata Nik Abduh menerusi catatan di Facebook.
Hadi sebelum ini memberi amaran pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan jurang antara kaum dan mendorong kepada insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan kaum Cina sahaja. – 3 Februari, 2015.

7 comments:

  1. PAS menuju kearah kepimpinan diktator, nokhtah.

    ReplyDelete
  2. Apa lagi orang orang bahalol mampu utara kan kemajuan , kelantan tetap papa tak de duit bantu membangun selepas banjirr.

    Dengan PBT teguh ada audit , duit tak boleh senang senang kebas buat business jual keta2.....

    Macam macam bebudak bahalol boleh nak kaya ber gaya jika PBT orang orang bijak ?


    1 Mat Dah Bahalol tumbuh macam rumput dah.....

    ReplyDelete
  3. Abe

    1. Ini yang kita dok kata celaru nih. Peraturan dan Perlembagaan parti buang kelaut. Tindakan semua pakai ikut kepala sendiri je. Selama ini, benda ni lah yang diamalkan dalam MIC. Sekarang dah berjangkit kepada pemimpin PAS puak tok lebai pula.

    2. Pertama, kenyataan Dr Mahfudz ini juga salah kerana dia menggunakan jawatan untuk mengeluarkan kenyataan peribadi diatas isu polisi PAS.

    Kedua, isu polisi seperti ini terletak dibawah JKPP. Geng Tok lebai selalu nasihat orang lain supaya sebarang cadangan disalur mengikut peraturan. Ini ikut peraturan ke?

    Peraturannya, DUPP kena mesyuarat dulu dan buat keputusan agar isu pilihanraya PBT ini tidak dibincangkan didlm mesyuarat JKPP takut kredibiliti Presiden di pertikaikan. Lepas itu keputusan ini disalurkan melalui saluran parti kepada JKPP.

    Ini buat kenyataan peribadi menggunakan jawatan dan DUPP tanpa dibuat mesyuarat dan diputuskan mengikut perlembagaan parti.

    3. Betul lah kenyataan Mat Sabu bahawa kenyataan TGHH itu kenyataan peribadi bukan keputusan parti. Keputusan parti dibuat selepas badan eks3kutif parti iaitu JKPP bermesyuarat dan buat keputusan.

    4. Dalam perkara polisi Presiden xboleh mendahului JKPP. Itu peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan PAS.

    Bukan Presiden tak holeh bercakap t3ntang sesuatu polisi yang belum diputuskan oleh JKPP. Boleh tetapi dia tidak boleh membuat keputusan dasar parti s3belum diputuskan didalam mesyjarat JKPP.

    Dia boleh bercakap dalam ruang isu ters3but tetapi tidak boleh bertindak s3cara diktatorial.

    5. Dulu sebelum kepimpinan ulamak mengambilalih dari Almarhum Dato Asri, Almarhum banyak membuat keputusan bersendirian atau menggunakan kuasa beliau. Alma4hum tidak salah masa itu kerana masaalah perhubungan menyebabkan mesyuarat JKPP tidak dapat diadakan segera jika sesuatu keputusan perlu dibuat segera.

    Cara Almarhum ok jika tidak berlaku masaalah besar kepada parti akibat k3putusan yang silap dibuat oleh Almarhum s3cara veto. Peristiwa p3ngulingan Almarhum tahun 1982 dulu berlaku kerana banyak keputusan2 parti yang dibuat oleh Almarhum s3cara bersendirian menimbulkan masaalah kepada parti.

    Setelah Almarhum digulingkan, satu pindaan kepada Perlembagaan PAS dibuat untuk mastikan Pr3siden parti tidak boleh membuat keputusan bers3ndirian atau menggunakan kuasa veto. Maka diwujudkan MSU sebagai badan tertinggi untuk memantau halatuju dan keputusan ppeksekutif yang dibuat oleh JKPP. Juha dengan pindaan ini konsep SYURA dalam membuat keputusan dijadikan asas membuat keputusan di setiap peringkat.

    Ini yang tok lebai2 tua dan yang muda xpaham. Sudah la buta perl3mbagaan PAS, mereka buat keputusan pakai kepala mereka je. Inilah punca terbesar kecelaruan di dalam PAS hari ini.....pakai redah dan nak tunjuk keras kepala masing-masing mengalahkan MIC !

    ReplyDelete
  4. Adeh adeh deh deh.
    Abe.ni semua cari pasal utk diketawakan.
    Kenapa cerdik pandai cendakiawan takut perbincangan dan perbahasan.pakai veto la plak.
    Baru jer kata veto x adil.ni mcm boleh la plak.
    Apa jenis fatwa plak nih.

    Aku takut aka n ada jawapan ellehhh.
    Kaorang bkn ilmu agama tinggi pon.solat jemaah pon cicir.usrah x joint so jgn pandai2 nak bantah ulamaa warathatul ambiyaa.ahli biasa jer.x layak.pengorbanan x tinggi.setakat boh duit n gelang dlm tabung milo jer.paling tinggi panjat pokok pasang bendera sbb memang tempat tinggi keh keh keh.lg satu serban pon x tinggi.so dok diam.jgn derhaka.perghh mcm soltan la pulak

    ReplyDelete
  5. Peranan sbnr2 nabi adalah utk menyelesaikan MASAALAH umat/rkyt, iaitu masaalah KEZALIMAN serta PENINDASAN penguasa yg rakus haloba tanpa perikemanusiaan!

    Begitu juga peranan sbnr2ULAMAK yg mnjd PEWARIS nabi2..adalah utk selesaikan MASAALAH

    Sebaliknya..

    ..yg kita lihat & SAKSIkan dnegara ini, mrk yg KONON2nya "prasan" sbg FAKEH dan ulamak adalah mrk yg sentiasa mmbawa & mmbuat MASAALAH demi MASAALAH sprt tipu-AUTA-keliru khianat ponteng BELIT & U-turn hatta kpd maki hamun-HALAU serta trgamak mnabur FITNAH merapu2!!

    RAKYAT melalui pakatan-RAKYT brhajat supaya dpt diBEBASkan drp belengu KEZALIMAN & pnindasan umno yg ZALIM itu...malangnya yg "prasan" sbg fakeh-PEWARIS-nabi itu tak sempat2 pulak nak sama2 berkongsi HUDUD dgn umno yg ZALIM dan menindas itu..

    Jls & TERANG..
    MASAALAH demi MASAALAH dgn sgl onar belit dan FITNAH sbg benteng utk menutup & melindungi gejala kbejatan RASUAH!?

    ReplyDelete
  6. Mari ramai kita mendoakan agar geng ulamak dalam PAS terus menjadi bodoh dan membodohkan PAS samapai nampak PAS ni parti ustaz kuno dan bodoh seperti banghal

    ReplyDelete
  7. PAS FOR ALL ularmakkk!!! dan ostad yang bodoh bodoh macam mohtar senik al baghalli. Dia ingat dia macam paderi dekat dengan tuhan doakan kecelakaan untuk orang lain. Kebodohan keangkuhan apakah ini Mohtar Senik ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa