Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 5, 2015

Puuhh...Anwar kicar-kacirkan UMNO?

Anwar nafi jadi punca pergolakan UMNO
 | February 5, 2015
Dakwaan salah guna kuasa oleh Daim sudah lama dibuat sejak 1999 lagi.
anwar sprmSHAH ALAM: “Saya tidak mempunyai kaitan dengan krisis yang berlaku dalam UMNO,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu menjelaskan dakwaan kononnya beliau menjadi punca berlakunya pergolakan dalam UMNO selepas kesediaannya memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan salah guna kuasa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin adalah tidak benar.
Menurut beliau, dakwaan salah guna kuasa yang dilakukan Daim sudah lama dibuat sejak tahun 1999 lagi malah perkara sama juga disebut dalam kempen PRU yang lepas.
“Masalah pertembungan dalam UMNO tiada kaitan dengan diri saya, malah saya bukan lagi ahli UMNO dan kenyataan yang saya buat merujuk kepada Daim yang memunggah kekayaan negara sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas meluncurkan buku Dr Syed Hussin Ali hari ini.
Pada masa sama, Anwar menjelaskan penangguhan untuk memberi kerjasama kepada SPRM terpaksa dibuat bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keputusan kes liwat II beliau pada 10 Februari ini.
“Saya terpaksa tangguh untuk memberi kerjasama kepada SPRM ekoran tertekan dengan permintaan keluarga untuk berjumpa sebelum keputusan keluar.
” Kalau saya bebas selepas 10 hari bulan nanti saya akan beri ruang secukupnya, kalau tidak dibebaskan SPRM boleh siasat saya di penjara Kajang atau Sungai Buloh,” jelasnya.
Tambah Anwar, kerjasama kepada SPRM perlu dilakukan kerana itu merupakan tanganggungjawab beliau bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

1 comment:

  1. Anwar Ibrahim

    Anak Melayu semua bangsa geruni.

    Mamak pun takut.

    Anwar bawa kebenaran , lahanat lahanat menongkat langit takut berita kebenaran Anwar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa