Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 20, 2015

Annuar Musa sudah kehilangan arah?

Ahli Parlimen Umno dan presiden KAFA, Annuar Musa sudah kehilangan arah?
09:30PM Sept 19 2015
oleh Zulhilmi Zainal

KOMEN: Tahun 2015 bukanlah satu tahun yang baik buat Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa, dalam banyak perkara. Pemimpin Umno Kelantan dan pengerusi Mara itu telah terheret secara langsung atau tidak langsung dalam beberapa skandal politik, dengan yang terbaru adalah pengakuan beliau yang berpegang kepada sikap perkauman yang menurut beliau adalah ajaran Islam, ketika protes baju merah baru-baru ini pada 16 September.
Sebelum kembali memasuki pejabat wakil rakyat selepas 14 tahun menyepi, bekas Ahli Parlimen Peringat, ADUN Peringat, dan menteri belia dan sukan itu telah menjadi satu tokoh yang agak disukai ramai, terutamanya kerana penglibatan beliau dalam bola sepak Malaysia.
Selepas memenangi jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) pada 2007, Annuar membawa Kelantan, yang pada ketika itu berada di Divisyen 3, ke liga utama sekali lagi, ia satu kejayaan besar mengambil kira yang pasukan itu hampir tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan negeri yang tidak mempunyai banyak wang, tidak seperti kebanyakan kelab Malaysia lain. Beliau berupaya berbuat begitu dengan memanfaatkan hubungan beliau melalui Mara dan syarikat Kelantan.
Beliau kemudiannya mengukuhkan reputasi ‘wira rakyat’ dengan digantung selama 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana mengkritik mereka. Selepas penggantungan itu tamat, terdapat cakap-cakap oleh peminat untuk mendorong beliau menerajui FAM.
Namun, cakap-cakap itu tamat selepas Annuar memutuskan untuk kembali ke pejabat politik, bertanding dalam PRU13 sebagai calon BN dan UMNO, dan seterusnya memenangi kerusi Ketereh. Dalam tahun yang sama, beliau turut dilantik menjadi pengerusi Mara dan ahli majlis tertinggi Umno.
Pelantikan politik ini tampak telah memberikan masalah kepada Annuar pada tahun ini.
Awal tahun ini, ahli politik berusia 59 tahun itu telah terlibat dengan desakan PAS Kelantan untuk menggubal hudud di negeri itu. Sebagai ahli pembangkang di negeri itu, Annuar menunjukkan kesungguhannya untuk kelihatan boleh bersetuju dengan rang undang-undang Hudud dan mempunyai persefahaman dengan rakyat Kelantan, tetapi dengan pakarnya berhenti melakukan sesuatu yang ketara.
Perkara terakhir yang didengari dari beliau terhadap perkara ini ialah beliau memberitahu media yang beliau akan melobi Umno untuk menyokong rang undang-udang tersebut, pada pertengahan April. Bagaimanapun, desakan untuk membentang rang undang-undang tersebut lesap dari bahagian PAS, dan juga sokongan Annuar untuk itu.
Beberapa bulan kemudian, skandal hartanah di Melbourne, Australia melibatkan Mara telah didedahkan, dengan beberapa pegawainya didakwa telah melakukan penipuan dengan menaikkan harga sebuah bangunan penempatan pelajar.
Annuar kemudian telah dikritik teruk oleh beberapa wakil rakyat pembangkang persekutuan kerana membiarkan jenayah yang didakwa itu berlaku di bawah jagaan beliau. Meskipun begitu, kontrak beliau untuk jawatan itu, yang akan tamat pada Julai 2015, tetap diperbaharui oleh kerajaan.
Satu lagi insiden yang menunjukkan bahawa karier politik beliau kini sedang goyah, adalah sokongan dan pembelaan beliau kepada Perdana Menteri Najib Razak yang sedang dilanda masalah, yang didakwa terlibat dalam skandal 1MDB dan RM2.6 bilion yang ditemui di dalam akaun bank peribadi beliau.
Pada Jun beliau telah dipetik oleh Sinar Harian sebagai berkata bahawa ketidakhadiran Najib di forum ‘Nothing to Hide’ melambangkan visi Najib, dan pada Julai beliau dipetik oleh The Sun Daily sebagai berkata bahawa “Najib tidak perlu digantung untuk memudahkan penyiasatan (terhadap RM2.6 bilion).”
Pentadbiran bola sepak Annuar Musa juga tidak begitu baik tahun ini. Selepas beberapa tahun gemilang mengumpul piala domestik Malaysia, Piala Malaysia dan pertandingan taraf Asia, Red Warriors sedang mengalami dengan musim 2015 yang hambar. Mereka menamatkan Liga Super Malaysia di tangga ke-9 daripada 12 pasukan, telah menggunakan tiga ketua jurulatih musim ini, walaupun mereka tampil di perlawanan akhir Piala FA 2015 (di mana mereka tumbang 3-1 di tangan LionsXII).
Kebanyakan ketua jurulatih yang berpisah dengan mereka memetik tentang gangguan “tangan ghaib” (kod perkataan dalam bola sepak Malaysia untuk campur tangan oleh pegawai FA yang bukan jurulatih/pengurus dalam pasukan dan pemilihan pemain). Tetapi paling terbaru, Kelantan terheret dengan krisis kewangan, di mana pemain-pemain dan pegawai-pegawai mereka telah dilaporkan tidak menerima gaji selama hampir tiga bulan. Malahan Annuar menulis di laman Facebook beliau yang beliau terpaksa membuat pinjaman cagaran untuk membayar bayaran tertunggak, menggunakan cek peribadi beliau sendiri.
Mungkin ini ialah kes “tahu banyak perkara, tetapi tiada satu pun yang pakar” dengan Annuar. Dalam menggalas tanggungjawab dalam sebuah parti yang telah kehilangan keyakinan rakyat, dalam perlu mempertahankan seorang pemimpin yang semakin menjadi parodi pemerintahan negara dunia ketiga berkuku besi, keupayaan dan tumpuan Annuar terlalu nipis, dan inilah kenapa beliau telah membuat kesilapan-kesilapan yang bodoh ini.
Sebarang komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di m.zulhilmi@hckmedia.com

1 comment:

  1. Dunia dan segala penipuan Dunia telah menguasai Orang UMNO sehingga di sangka Dunia adalah Syurga selama nya

    Makin tua makin hanyut di tipu Dunia dan hantu hantu nya

    Ini semua akibat lalai menghargai waktu waktu jauh dari Perkuburan dan Kain Kapan , laungan Masjid bagai nyanyian burung burung Gagak.

    Mereka ini di tipu oleh mata mereka sendiri.

    Bodoh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa