Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 18, 2015

Annuar Musa berfahaman seperti Yahudi?

Annuar Musa dinasihat jangan jadi seperti Yahudi

 | September 17, 2015
Dalam al-Quran adan menyebut sesiapa yang mengagungkan bangsa adalah Yahudi.
Wan-Ji-Wan-Hussin_Annuar-Musa_600
PETALING JAYA: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan perkauman itu dituntut dalam Islam bagi mempertahankan hak adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Badan Pemantapan dan Pemahaman Agama, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, kenyataan Annuar itu boleh merosakkan imej Islam.
Malah, katanya, kenyataan Annuar itu juga seolah-olah mengikut jejak langkah Yahudi kerana dalam al-Quran ada menyebut sesiapa yang mengagumkan bangsa adalah Yahudi.
“Di Malaysia, terdapat pelbagai agama yang dianuti, seperti Hindu, Buddha, Kristian termasuk agama Islam.
“Semua agama ini tidak menyeru kepada perkauman,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor turut memberi amaran supaya Annuar jangan mengaitkan Islam dengan perkauman.
Katanya, perbuatan itu seperti mahu merendah-rendahkan martabat Islam di hadapan penganut agama lain.
“Sebagai orang beragama Islam, sewajibnya Annuar menonjolkan Islam sebagai agama yang memberi rahmat sekalian alam, bukan memberikan imej buruk pada Islam sehingga sanggup selewengkan Islam yang kononnya pro-perkauman,” katanya.

1 comment:

  1. Kalau duit PPRT Rakyat Miskin pon boleh Magik , apa lagi Budak Bahalol Kelantan ini tak boleh buat pon......

    Hudud Mudud , duit Magik tu lagi penting lah....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa