Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 19, 2015

Bimbang wujud benih darurat sebelum PRU14

Pak Samad bimbang wujud benih darurat sebelum PRU14
OLEH RAM ANAND
Published: 19 September 2015 6:08 PM
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bimbang kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 19 September, 2015.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said hari ini berkata, tindakan keras Putrajaya terhadap mereka yang berbeza pendapat dan keadaannya yang seperti terlalu bergantung kepada sokongan orang Melayu boleh membawa Malaysia ke arah keadaan yang huru-hara.
Anggota DAP itu berkata, beliau membayangkan kerajaan seperti sedang cuba menanam benih darurat sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Saya meramalkan mungkin akan ada keadaan darurat sebelum PRU akan datang. Jika tidak, jika kerajaan masih lemah selepas PRU akan datang, maka ia mungkin berlaku selepas pilihan raya," kata Samad.
Beliau yang mesra dikenali sebagai Pak Samad berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku berjudul "Young and Malay" di Rumah Gerakbudaya hari ini.
Beliau berkata, amalan sebegitu tidak sihat dan juga berpendapat, Umno dan Barisan Nasional akan gagal mendapat sebarang sokongan bukan Melayu selepas apa yang berlaku baru-baru ini.
"Mereka mempertahankan kepentingan orang Melayu. Ia bukanlah sesuatu yang tidak baik, tetapi ia seolah-olah mereka lupa yang Malaysia bukan negara untuk orang Melayu sahaja," katanya. – 19 September, 2015.

3 comments:

  1. Itu lah sebenar nya yang ingin di buat oleh orang orang Bahalol lahanat bangsa sendiri ini.

    Mentedarah hasil judi dari kechik sampai ke tua mana mungkin boleh jadi orang yang ber iman. Susah jugak tu.

    Kena pulak ber sekongkol dengan hantu BON BON macam mana baik untuk bangsa sendiri , dan negara susah jugak nak di pikir kan.

    Hanya yang setan saja ber sekongkol dengan hantu BON BON mentedarah harta rakyat secara haram tipu dan Pau Pau Pau !!!!!!

    Melayu.... Melayu

    Apa nak jadi dengan Juta Juta Melayu yang otak agak benggap sikit tapi lebih baik dari Kawanan di sepilok tu.

    Selagi boleh Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Kita kna perhatin apa yg dkatakn Pak Samad. Hati2 ya..jgn ikut rentak Pmimpin Umno yg nk kekalkn kuasa.. Klu darurat dh tentu Pok Jib akn dlantik ole agong utk memimpin darurat. Dannnn strusnya buka pluang pd dia utk kekal mtadbir..

    ReplyDelete
  3. Benar belaka tu !

    Benih racism telah mula ditanam , hasilnya pasti seperti dinyatakan oleh Pak Samad.

    Bon Bon Boom Boom dikerah utk menjayakan agenda yg dirancang agar menjadi kenyataan .

    Riak ombak telah pun dicetuskan dgn Himpunan Baju Merah pd 16 Sept . Gelombang besar sedang dirancang demi menutup segala aib yg telah mereka lakukan.

    Maka berpesta lah mereka demi kesenambungan Kuasa utt terus menjarah harta rakyat .

    Yang Berkusa Menjadi Kaya

    Yang Lemah Menjadi Miskin

    Yang Menjilat Silat Bersilat

    Yang Tertindas Gelora Jiwa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa