Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 24, 2015

Inilah akibatnya bila perbuatan bodoh disokong pemimpin tolol!

Kata dua Jamal pada KPDNKK, turun padang atau kami bertindak
OLEH KC NAZARI
Published: 23 September 2015 2:20 PM
Pengerusi NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos dan peguam membuat laporan polis terhadap fitnah terhadapnya di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 23 September, 2015.

Jurucakap himpunan baju merah Datuk Jamal Md Yunos sekali lagi berikrar akan turun ke kawasan perniagaan Jalan Petaling di ibu kota yang didominasi peniaga Cina, sekiranya Putrajaya tidak bertindak terhadap perniagaan di situ yang didakwa menjual barangan tiruan.
Katanya, beliau sudah bertemu ketua pengarah penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan perkara itu dan memberi mereka tempoh sehingga Jumaat ini bagi turun padang dan bertindak.
"Kalau mereka tidak ambil tindakan sehingga Jumaat ini, kalau berlaku apa-apa kekecohan di sana, saya tidak akan bertanggungjawab. Mereka yang datang hari itu kata (akan ada) dalam 5,000 orang.
"Saya harap persatuan peniaga dan peniaga-peniaga Petaling Street beri kerjasama sepenuhnya.
"Kita tidak mahu, insiden 916 (himpunan baju merah 16 September) lepas berulang sekali lagi," katanya selepas membuat laporan polis berhubung fitnah terhadap dirinya, tengahari ini.
Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK Roslan Mahayuddin melahirkan rasa terkejutnya dengan kata dua Jamal kepada pihaknya.
"Apa ini, dia hendak mengugut kerajaan pula? Mana boleh begitu. Bukan begitu cara kami bekerja," kata Roslan mengakui ada bertemu Jamal namun enggan mengulas butiran perbincangan mereka.
"Kami turun atau tidak turun itu keputusan kami. Tidak semestinya kami ikut rentak dia. Kita ada strategi kami sendiri malahan Petaling Street dan beberapa tempat lain juga kami turun," katanya.
Roslan berkata, pada tahun 2015 KPDNKK sudah melakukan 18 kali serbuan dan pemeriksaan ke kawasan Jalan Petaling  sementara tahun 2014 sebanyak 24 kali.
Jumlah barang rampasan setakat ini juga sudah mencecah hampir RM1 juta, kata Roslan.
Sementara itu, pada sidang media sama Jamal turut menjawab kenyataan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee yang menyifatkan beliau kebudak-budakan apabila meminta-minta berniaga di Jalan Petaling.
Ang turut berkata yang semua 700 lot perniagaan di situ sudah diambil sepenuhnya dan kemasukan peniaga baru akan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan peniaga lama.
"Kalau ada 700 lot, tak bolehkah tambah 10 atau 20 lot lagi? Sekurang-kurangnya apabila pelancong asing datang nampaklah muka-muka Melayu, muka-muka India dan lain-lain.
"Jangan kita minta hak orang sahaja, hak kita, bersediakah kita untuk berkongsi dengan orang lain," kata Jamal sambil menafikan beliau bersikap kebudak-budakan.  – 23 September, 2015.
# sekarang baru nak boikot, nak ugut dan nak berniaga?
Sebelum ni tidur?
Melayu buat malu melayu.......
NGO manalaa.......bernaung di bawah siJamal ni?

1 comment:

  1. Si TOLOL nak cuba hidup kan sejarah per mainan dulu kala dengan harapan dapat menongkat langit sampai hujung umur bersama BON BON nya

    Budak Bahalol pon ikut saja kerana ada MASYOOOKKKK

    Paling Bahalol ada pulak orang orang Melayu yang BANGGA JADI BODOH mengikuti segala perancangan kerja bebudak bahalol tadi


    Persoalan Hakiki , apa kah semua manusia di dunia ini ada Otak kecuali orang orang Melayu ?????

    Jika ada Otak kenapa Obama sudah rasa Malu dan Sendiri ingat Bahalol kerana ber kenalan dengan Budak Bahalol dari Asia Tengara ???

    Hancur negara kerana Bangsa , kasihani lah burung burung merpati dan Gagak yang tiada makanan di jalanan bila manusia sendiri papa kedana makan sampah sarap.

    Macam lepas perang si Syiria sama saja nanti papa kedana nya bila ekonomi runtuh.

    Salah Siapa???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa