Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 17, 2015

Kurung dan biarkan anak kelaparan: Ibubapa jenis gila ke apa?

Kerana lapar, kanak-kanak terjun dari tingkat dua
Bernama |  September 17, 2015 21:09 MYT   
Kerana lapar, kanak-kanak terjun dari tingkat dua
Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dalam rumah berkunci sejak pagi, mengalami kecederaan di mulut dan gigi. -Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang lapar nekad terjun dari balkoni rumah di tingkat dua perumahan penjawat awam di Presint 18 di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dalam rumah berkunci sejak pagi, mengalami kecederaan di mulut dan gigi.

Jiran kanak-kanak itu yang enggan namanya disiarkan berkata beliau terdengar dentuman kuat dan diikuti tangisan budak di luar rumah, dan terkejut melihat kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bawah blok perumahan tersebut.

“Dia menangis dan minta saya menghubungi ibunya. Apabila ditanya mengapa terjun, dia memberitahu dia takut dan lapar...nak pergi pejabat mama,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.

Beliau berkata tiada laporan polis dibuat.

1 comment:

  1. Kalau Putrajaya ini gaya nya orang orang Melayu saja lah

    Kesian anak kechik apa lah tahu

    Mak Bapak sibuk kerja tapi kerja gomen mana ada sebuk pun

    Yang pau pau pau tu lain cerita sebuk lah!

    Semalam sebuk ambik 200-300 rengget makan free t shirt merah free pergi KL , hari kerja pon nak free tanggung jawab kot.

    Macam macam....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa