Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 25, 2015

Rempuhan Mina: Apa yang kita tahu setakat ini?

Insiden rempuhan Mina: Apa yang kita tahu setakat ini?
Insiden rempuhan Mina: Apa yang kita tahu setakat ini?
Satu insiden rempuhan manusia ketika jemaah mengerjakan haji berlaku pada jam 11 pagi (waktu Arab Saudi) di Mina. - Sumber Foto Jabatan Pertahanan Awam Saudi
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini.

Beliau berkata kawasan kejadian rempuhan berkenaan tidak melibatkan laluan jemaah Malaysia untuk melakukan ibadah melontar itu.

Satu insiden rempuhan manusia berlaku pada jam 11.30 pagi (waktu Arab Saudi) di Mina ketika umat Islam sedang menunaikan rukun Islam yang kelima.

Angka korban

Setakat jam 9 malam (waktu Malaysia) angka yang terkorban adalah 717 orang, lapor Jabatan Pertahanan Awam Saudi di laman Twitter rasminya sejurus selepas insiden itu berlaku.

Angka jemaah haji cedera

Jumlah jemaah haji yang cedera di Mina dipercayai seramai 863 orang.

Berapa ramai pasukan awam dikerahkan?

Pasukan pertahanan awam berkata, kira-kira 4,000 anggota pasukan kecemasan mereka, bersama kumpulan dari Palang Merah, telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu membawa jemaah ke laluan yang lebih selamat dari lokasi rempuhan.

Bagaimana ia boleh berlaku?

Lapor saluran Al Arabiya English, suhu cuaca yang terik dipercayai membawa kepada kejatuhan mangsa rempuhan.
Sekumpulan jemaah haji yang cedera diletakkan di atas pengusung untuk dirawat.
Sejak lebih dua dekad yang lalu, banyak insiden yang berlaku membabitkan jemaah haji sewaktu musim haji di Mekah.

Disenaraikan di sini beberapa tragedi yang pernah berlaku dalam musim haji sebelum ini.
  • 2 Julai 1990: Tragedi terowong al-Muassim merupakan tragedi dengan jumlah korban paling ramai setakat ini. Terowong pejalan kaki yang menghubungkan Mekah dan Mina itu runtuh dan mengakibatkan 1,426 jemaah maut. Seramai 19 jemaah Malaysia juga disahkan antara yang terkorban.
  •  31 Julai 1987: Tunjuk perasaan yang dibuat jemaah haji dari Iran mengakibatkan 400 orang maut.
  • 12 Januari 2006: Kira-kira 360 orang jemaah haji maut selepas kejadian rempuhan di Mina ketika ramai berpusu-pusu untuk melontar di jamrah.
  • 15 April 1997: Masih di Mina, kebakaran di kem penempatan jemaah haji mengorbankan 343 nyawa.
  • 23 Mei 1994: Insiden rempuhan di Mina semasa melontar di jamrah, mengakibatkan 270 jemaah maut.
  • 1 Februari 2004: Seramai 244 jemaah haji maut, juga dalam insiden rempuhan ketika melontar di jamrah di Mina.
  • 9 April 1998: Juga tragedi yang berpunca daripada kegagalan menguruskan jemaah ketika melontar yang mengakibatkan seramai 118 jemaah maut.
  • 6 Januari 2006: Empat jemaah dari Malaysia antara yang terkorban apabila sebuah hotel di kawasan Al Ghazzah dekat Masjidilharam runtuh dan mengorbankan 76 orang secara keseluruhannya.
Buat masa ini, kiraan jumlah jemaah haji sedang dijalankan. Lapan pos kawalan untuk jemaah haji Malaysia melontar turut diambil kira sebagai langkah keselamatan mereka.

Di mana insiden berlaku?
Di pintu masuk Jambatan Jamrah berhampiran Jalan 204 yang merupakan laluan utama jemaah haji ke kawasan melontar di Mina.
Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa insiden rempuhan di Mina.


Innalillahiwainnailaihirajiun. Sedih terima berita tragedi di Mina. Takziah kpd klrga mangsa. InsyaAllah mrk dimasukkan di klgn org shuhadah

Maklumat lanjut: Tiada rakyat Malaysia terlibat

3 comments:

  1. He added that the Saudi officials had blocked two ways leading to the stoning point, thus causing the large crowd of the pilgrims.

    According to Saudi disaster officials, the incident occurred in Mina, near Mecca, at 9 am local time (0600 GMT) after two large masses of pilgrims coming down streets 204 and 223 fused together.

    ReplyDelete
  2. Sources revealed that the convoy of Saudi Arabia's Deputy Crown Prince and Defense Minister Mohammad bin Salman Al Saud caused panic among millions of pilgrims and started the stampede that has so far claimed the lives of 1,300 in Mina, near Mecca, on Thursday.

    "The large convoy of Mohammad bin Salman Al Saud, the King's son and deputy crown prince, that was escorted by over 3,50 security forces, including 200 army men and 150 policemen, sped up the road to go through the pilgrims that were moving towards the site of the 'Stoning the Devil' ritual, causing panic among millions of pilgrims who were on the move from the opposite direction and caused the stampede," several Arab papers, including the Arabic language al-Dyar newspaper, disclosed on Thursday evening.

    "That's why the ruler of Mecca has distanced himself from the case, stressing that the issue should be studied and decided by the King," it added.

    No other source has yet confirmed the report, but observers said the revelation explains why two of the roads to the 'Stoning the Devil' site has been closed.

    Eye witnesses said earlier that the Saudi police and security forces had closed two of the few roads to the stone column that were to be used by millions of pilgrims to do the 'Stoning the Devil' ritual in Mina today.

    The stampede during one of the last rituals of the Hajj season killed more than 1,300 people and left over 2,000 of others wounded.

    ReplyDelete
  3. mesti buat siasatan, jangan cakap takdir sahaja

    http://indonesian.irib.ir/international/timur-tengah/item/100753-koran-lebanon-pangeran-mahkota-saudi-penyebab-tragedi-mina

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa