Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 21, 2015

Tragedi buruk di Mekah - Kenapa?

Tragedi buruk di Mekah, Arab Saudi - Adakah ini balasan Tuhan?
Kejadian kren runtuh

Ramai orang cakap, tragedi demi tragedi yang berlaku di mekah, arab saudi sekarang adalah balasan tuhan diatas kekejaman arab saudi yang membunuh ribuan nyawa penduduk yaman dalam operasi perang melawan syiah. Adakah benar?

Jika kita melihat kronologi tragedi buruk yang menimpa di mekah, ianya bermula dengan tragedi kren pembinaan tumbang di masjidil haram dan mengakibatkan 107 jemaah haji maut sementara ratusan lagi cedera parah. 

Tragedi kedua yang terjadi di mekah melibatkan jemaah haji adalah kebakaran hotel penginapan jemaah haji yang terletak 4 kilometer dari mekah. 

Seramai 2 orang jemaah mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut. Namun tragedi ini kurang mendapat respon dari rakyat dunia kerana ianya tidak melibatkan kehilangan nyawa. Akhir sekali adalah kejadian tanah runtuh, juga berlaku di mekah yang mengakibatkan 2 orang cedera. Semua ini berlaku dalam tempoh seminggu.



Untuk rekod, serangan negara arab yang diketuai arab saudi terhadap sana'a, yaman bermula pada mac 2015. Sehingga kini, ribuan nyawa telah terkorban kebanyakan kanak-kanak akibat serangan tersebut. Yang terbaru, 10 orang maut termasuk kanak-kanak apabila tentera perikatan arab melancarkan serangan udara di sebuah perkampungan sana'a, yaman.

Serangan tersebut dilancarkan dengan alasan untuk menghapuskan pemberontak syiah yang cuba untuk menggulingkan presiden yaman sekarang ini. Pakatan negara arab juga mendakwa bahawa serangan ini adalah untuk menyelamatkan rakyat yaman yang saban hari dibunuh oleh pemberontak houthi. Namun begitu, adakah benar tindakan pakatan negara arab melakukan sedemikian rupa terhadap puak houthi?


Sebenarnya puak houthi memberontak disebabkan oleh kezaliman yang dilakukan kerajaan yaman terhadap mereka. Seperti kelantan, daerah yang diduduki puak houthi ini dinafikan pelbagai hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat negara berdaulat. Misalnya keperluan asas yang mencukupi, peruntukan tahunan dan pelbagai lagi. 

Sudah bertahun-tahun puak houthi ini menderita disebabkan kezaliman yang dilakukan pemerintah sehingga menyebabkan mereka bangkit melawan melalui kekerasan. Tetapi bila puak houthi bangkit melawan, presiden yaman pula melarikan diri dan meminta negara lain iaitu pakatan negara arab yang diketuai arab saudi menyerang dan menghapuskan kebangkitan ini. Adakah ianya adil?

Cuba kita bersikap emphaty dengan membayangkan kita berada di tempat puak houthi. Adakah kita boleh hidup dalam keadaan yang betul-betul terhimpit disebabkan penafian hak yang dilakukan presiden yaman. 

Ok, kalau kita tak boleh meletakkan diri kita di tempat puak houthi, cuba kita meletakkan diri di tempat penduduk negeri kelantan. 

Kelantan sekarang sedang dizalimi oleh kerajaan pusat dibawah pemerintahan umno. Segala hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat kelantan dinafikan oleh mereka. Antaranya royalti peteoleum, peruntukan hasil daripada kutipan cukai negeri dan banyak lagi.

Namun rakyat negeri kelantan masih lagi boleh bersabar dan menerima kezaliman pusat walaupun dengan hati yang pedih. Mereka masih lagi memilih jalan demokrasi untuk menggulingkan umno BN dan mendapatkan semula hak mereka. Sekiranya rakyat negeri kelantan sama seperti puak hothi, nescaya najib razak akan lari lintang pukang dan malaysia akan diperintah oleh pemerintah baru.

Berbalik kepada isu serangan arab saudi ini keatas puak houthi. Adakah berbaloi mereka membunuh rakyat yang ditindas demi membantu survival politik orang yang zalim. Jika benar mereka mahu membantu rakyat yaman, sepatutnya bunuh dan hapuskan presiden yaman. Bukan menghapuskan puak houthi yang bangkit akibat ditindas ini. 

Teramatlah zalim kita sekiranya menyokong penindas dan membunuh orang yang ditindas. Ribuan rakyat sudah mati akibat serangan tidak berperikemanusiaan pakatan negara arab ini. Ribuan kanak-kanak sudah menjadi yatim piatu akibat serangan mereka. Ratusan bangunan dan rumah hancur akibat dibedil oleh mereka. So sad.

Jadi disini, benarlah telahan ramai orang yang mengatakan bahawa tragedi demi tragedi yang menimpa di mekah, arab saudi ini adalah balasan tuhan kepada mereka. Kerana mereka sudah banyak membunuh nyawa penduduk yang ditindas demi survival politik penindas dan kebencian mereka terhadap syiah. 

Ya, mungkin kita boleh mengatakan bahawa jangan kaitkan tragedi yang menimpa di mekah dengan kezaliman arab saudi. Kerana yang menjadi mangsa di mekah adalah orang yang tidak bersalah dan tiada apa-apa kaitan pun dengan arab saudi. Tetapi tragedi tersebut seolah-olah memberi satu signal bahawa ini balasan tuhan kepada arab saudi sehingga berjaya memburukkan nama arab saudi di pentas dunia dalam hal pengurusan. 

Yang paling memberi kesan lagi, tragedi ini berlaku di mekah, tempat paling suci bagi umat islam seluruh dunia.

Akhir kalam, yang menjadi mangsa semuanya rakyat yang tidak berdosa dan tidak berkuasa. Yang berdosa dan berkuasa, masih lagi hidup bersenang-lenang. Tapi tidak sesenang dulu kerana 3 tragedi buruk dalam tempoh seminggu yang menimpa sudah memberi sedikit tamparan kepada mereka. Amba selaku orang islam amat mengharapkan agar tuhan juga memberi balasan yang paling berat kepada pemerintah arab saudi diatas kezaliman mereka membunuh rakyat tidak berdosa di yaman. 

Matikan pemerintah arab saudi dengan sekejam-kejam cara. Amin - sumber

9 comments:

  1. Sapa yg tulis ni tak ada nama penulis.tak kan tuan bloq kot.tuan bloq mcm suka serang pemimpin kelantan je.sy tak salahlan tuan bloq.mungkin tuan bloq nampak apa yg sy tak nampak.semoga kemudian nanti akan sama sama dpt melihat kebenaran.ini posting yg menyerang umno pulak.agak menarik posting ini mcm ada kiasan

    ReplyDelete
  2. Minta maaf sekiranya tujuan tuan untuk menyamakan puak Houti dengan rakyat Kelantan adalah untuk mengugut kerajaan yang dipilih rakyat dan juga untuk menaikkan sentimen di kalangan mereka utk menentang kerajaan adalah tidak benar. Tuduhan-tuduhan anda adalah tiada asas. Pusat tak pernah zalim kepada kelantan dan rakyatnya. Royalti minyak, masuk mahkamah mana pun akan gagal kerana dah termaktub dalam undang2 negara (dah diluluskan oleh parlimen). Kutipan cukai negeri Kelantan pusat sapu? Peratusan rakyat beragama Islam kelantan adalah yg tertinggi dan cukai di ganti dengan zakat dan ianya diagihkan di Kelantan shj. Rakyat kelantan juga kebanyakkannya membayar zakat mereka di Kelantan walaupun mencari rezeki dan menetap di negeri lain. Cukai kutipan negeri adalah untuk negeri tersebut. Untuk perhatian pihak tuan, kerajaan pusat kekadang memberi banyak tumpuan kepada kelantan berbanding negeri BN yg lain. Projek2 besar di kelantan adalah peruntukan pusat. Kalau pusat kejam, jangan harap ramai rakyat kelantan dapat kerja dengan sektor awam dan dapat melanjutkan pelajaran di IPTA kerana anda lebih ramai dari menikmatinya dari penduduk negeri lain. Bersyukurlah dengan nikmat yg telah Allah berikan.
    Tentang mengaitkan bala yang ditimpa kepada Arab, saya rasa baik anda tarik balik, bahaya kesannya kerana hanya Yang Maha Pencipta sahaja yg maha mengetahui akan hal ini lebih2 lagi rumah Allah yang anda perkatakan. Kita yg kerdil dan ciptaanNya, jangan mempertikaikan apa yg telah Allah turunkan. Kita perlu berserah kepadaNya dan meredahi apa yang telah ditentukan, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Arab menyerang tentu bersebab, kerana puak Syiah ini memang hasrat utamanya adalah untuk merampas Kedua-dua tanah suci kita. Tidakkah anda melihat Tanah ARab sekarang cuba dikepung, Syria, Iraq dan sekarang Yamen.

    ReplyDelete
  3. teamakcik

    Kalau nak tahu sape yang tulis, cuba sdr. klik 'sumber' kat bawah yang bertulisan merah tu......

    ReplyDelete
  4. Orang yg senang tak akan nampak kesusahan orang lain....

    ReplyDelete
  5. 1. Segala perbuatan Tuhan bersebab tetapi Tuhan.
    tak terikat dgn sebab dan asbab
    2. Selalu kedengaran ayat 'tragedi itu membunuh
    org2 yg tak berdosa..' siapa yg tiada dosa?
    Rasanya kenyataan serupa itu harus
    diperbetulkan,melainkan tragedi itu melibatkan
    mangsa yg belum akil baligh.
    3. Secara fikrahnya,segala perbuatan seumpama
    kemalangan,adalah kifarah iaitu pengampunan.
    4. Alif,min,nun,wau....sarkis

    ReplyDelete
  6. Bukan kah semasa BN, Kelantan mendapat royalti ? Tetapi mengapa apabila PAS yang berkuasa di Kelantan, Kerajaan Pusat telah menarik balik royalti tersebut malah orang yang terlibat Ku Li sendiri mengatakan Kelantan berhak menerima royalti mengikut perjanjian.

    Cukai di bayar di Kelantan cuma di agihkan di Kelantan. Salah kan mereka yang telah membesar di Kelantan dan mendapat kemudahan pendidikan di Kelantan membayar zakat di Kelantan setelah bekerja di negeri lain? Yang tanam pokok orang lain tapi yang ambik buahnya untuk di makan orang lain.

    Ya betul memang ramai orang Kelantan mendapat pekerjaan di sektor awam tetapi bukan kerana Pusat. Di satu jabatan JPJ ramai orang Kelantan. Di jabatan agama pun ramai orang Kelantan. Letak lah hari ini seorang rakyat Kelantan di satu jabatan dalam masa 3 tahun akan berkembang menjadi 45 orang. Ini kerana semangat orang Kelantan yang suka menolong orang yang berasal dari Negeri nya sendiri tanpa mengira latar belakang politik, bukan sebab sikap Pusat yang berlembut dengan orang Kelantan.

    Jangan lah bermegah kononnya Kelantan mendapat peruntukan yang lebih dari Pusat sedangkan Kelantan di anggap negeri yang termiskin. Jika ya pun Pusat memberi peruntukan yang lebih, adakah kerana hubungan baik Hj Hadi dengan UMNO sekarang ini ?

    Allah tidak menjadikan sesautu tanpa sebab dan setiap kejadian itu ada petunjuk yang Allah bagi sebagai amaran atau peringatan kepada kita. Tidak sesiapa pun akan menafikan setiap bala ada lah kerana dosa kita atau kerana dugaan untuk kita. Sebagai hamba Nya lebih baik kita menganggap musibah yang berlaku adalah kerana dosa kita. Jika hanya satu musibah sahaja yang berlaku, masuk akal ini adalah satu kemalangan. Tetapi sekiranya berturut-turut seperti kemalangan MH 370 dan MH 17, pencerobohan Lahad Datu, Banjir Lumpur, kejatuhan mata wang, kebakaran di Bukit Aman, ini bukan dugaan tapi petunjuk berlakunya ketidak adilan dan dosa pemimpin yang berkuasa.

    "Arab menyerang tentu bersebab, kerana puak Syiah ini memang hasrat utamanya adalah untuk merampas Kedua-dua tanah suci kita." Baik lah anggap lah memang perkara tersebut tidak dapat di nafikan. Tapi tahu kah tuan, sebelum berperang Muhammad saw melarang tentera Islam membunuh kaum wanita dan anak-anak, rumah ibadat malah merosakkan pokok-pokok tumbuhan. Tapi puak ini di serang sampai musnah muka bumi yang mereka duduki !

    Saya bukan orang Kelantan dan bersetuju dengan artikel tersebut yang pada bacaan saya mengenai pemerintah yang zalim. Jika berterusan kerajaan pusat memerintah dengan memainkan isu perkauman dan sanggup menguna kuasa untuk menutup kesalahan sendiri, tidak hairan satu hari negeri ini akan jadi padang jarak padang merbuk.

    Mengapa kah Kerajaan Yaman yang sepatutnya lebih kuat dari puak houthi meminta pertolongan dari Kerajaan Arab? Sekiranya kerajaan Yaman pandai merancang dan berbelanja, mereka sendiri boleh menghadapi puak hothi ? Ini lah pengajaran yang perlu di ambil oleh Kerajaan yang di pimpin oleh UMNO.

    Salam Eid Adha.

    ReplyDelete
  7. Arab Saudi tak perlukan hasil minyak untuk hidup bermewah-mewah, cukup hanya sekadar hasil bayaran lawatan umat islam seluruh dunia bagi mengerjakan haji. Satu lagi jangan lupa bahawa pemerintah Saudi ini berasal dari bangsa Yahudi.

    ReplyDelete
  8. houthi ni syiah..golongan yang bertopengkan islam tapi mencerca sahabat nabi yang dah dijanjikan syurga, memfitnah aishah ra dan menjadikan perkahwinan tak ubah macam pelacuran (nikah mutaah).

    dan jangan ingat houthi ni cuma menentang pemerintah yang kononnya zalim..ambik tahu sama apa yg mereka buat kepada orang sunni di yaman, dan dibantu pulak oleh kepala segala syiah, iran.

    lagipun, apa hak kamu wahai penulis, untuk katakan apa yg terjadi di mekah tu sebagai musibah, tragedi?

    bukankah antara perkara mulia dalam islam ialah menemui ajal di tanah suci mekah? apatah lagi pada hari jumaat, dalam musim haji..

    jadi, mana kita tahu yang kren jatuh tu sebenarnya cumalah asbab untuk Allah swt memuliakan 107 tetamu di rumahNya?

    kalau tengok tahun-tahun sebelum ni pun, bukannya tak pernah berlaku peristiwa seperti khemah terbakar, jemaah mati terpijak akibat rempuhan semasa melontar jamrah..

    up: ditujukan khas kepada penulis blog 'sumber'

    ReplyDelete


  9. Bila dua puak bergaduh, mengikut Islam orang tengah menjadi pendamai bukan nya pergi belasah.

    Kejadian yang terjadi adalah musibah kepada yang berkenaan tetapi tidak pada si mangsa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa