Wednesday, January 27, 2010

AT Di Bukit Aman

Hari ini adalah hari yang menjadikan saya malas. Hujan lebat dan Panas terik.
Oleh kerana saya terlibat sama di dalam kes penyerahan diri Aduka, sebagai followupnya saya tumpang dari laporan Topeng Perak di Blog Perisik Rakyat.

"Topeng, kau marah pun Pak Din dah copy pun!"

Salam 1 Bukit Aman...

Hahaha... aku baru dapat call dari Bukit Aman dan dapat bercakap dengan AT. buat masa ni AT sedang memberi keterangan berkaitan dengan kesnya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Semuanya berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang baik. makan, minum sedap, nak solat pun tak de masalah sebab kemudahan untuk beribadat juga disediakan.

Aku pun dah hubungi peguam AT di Kuala Lumpur dan minta beliau berhubung dengan AT disana. AT kirim salam pada semua dan mohon maaf atas kesilapan dia. so tak payah risau... sama-sama kita berdoa untuk kebaikan AT.
  • Yang Benar Tetap Benar, Yang Salah Tetap Salah..!"
Menterjemah Keadilan, Menjunjung Undang-Undang...

14 comments:

Mohamadazhan hjDesa said...

salam pak din,

apa komen pak din ttg AT ni,
saya marah sgt buka kes hina sultan tu, tapi nmpak dia biadap kes hina sahabat nabi, istri nabi dan ulama mazhab. tak sangka ada juga orang Islam yang jahil sirah sampai macam tu. ni kesan dari belajar agama tak berguru. blajar dgn syaitan, sesat dah pemikiran.

Pengasas said...

Salam MountDweller,
Semoga AT dalam keadaan baik dan 'afiat.

Isa said...

Salam Ayahanda,

Berita baik. Dan tak baik bila Rais Yatim sudah pusing cakap.

Tunggu dan lihat pula selanjutnya...

Topeng Perak® Unmasked said...

Hahaha... Pok Din... copy jah... free...

hok detail Pok Din tengok dekat blog Aduka, hok tu sms detail hok saya hantar ko evelyn. saya post ringkas2 je dekat web, hok detail sy wi ko evelyn sbb crowd Aduka dok standby tunggu update Aduka dalam blog dio...

mekasih...

mountdweller said...

W'salam Mohamadazhan.

Aduka sendiri dah mengaku silap secara lisannya dengan Pak Din. Dia kata rakai orang marah dengan bahasa dan penulisannya tentang agama. Bagi Pak Din bahasanya tidak ada masalah sebab itu identiti dia tetapi sumpah seranah tu rasanya tidak ada orang setuju.

Kita tengoklah nanti bila dia keluar, dia berubah atau tidak.

mountdweller said...

W'salam Dr.

Buat masa ini dia selamat dan afiat. Kita tengok nanti esok macam mana sebab Rais dah cakap lain pula dalam paper hari ni.

mountdweller said...

W'salam anakanda Isa

Kita tengoklah nanti, kuasa di tangan mereka cuma kita harap akan selesai dengan baik

mountdweller said...

Topeng

Sorry, hari ini Pak Din malas nak menaip dan pakai otak.

Dail tu pun Pak Din dah tengok di blog Aduka.

Terima kasih kerana izin copy. Pak Din akan call esok untuk dapatkan maklumat seterusnya.

Anonymous said...

salam tuan
tak pergi bukit ibai ke? ambil gambar pontianak... manalah tau untung batu tenggelam ... untung sabut timbul...

luna said...

tgk gambar pak din jelas semangat sahabat mungkin boleh diumpama abang kpd adik atau bapa dan anak?

saya pun bkn menyokong keterlanjuran Aduka tapi org seperti Aduka mewarnai dunia politik tanahair. ttg kritikan nya pd Aisyah dan Mazhab itu bg saya dia tahu risikonya maka dia berjawablah di hadapan Allah.

bg saya yg membaca, saya menapis dan berfikir, bukan amik semua nya.

mountdweller said...

Anonymous

Tak. Tempat tu jauh dari tempat Pak Din.

mountdweller said...

luna

Betul luna, Aduka itu nak katakan anak pun boleh, adik bungsu pun boleh sebab anak sulung Pak Din dah 26 tahun.

Tentang rencana tu, kalau difaham betul-betul adalah mengenai keputusan yang diambil pada masa dan situasi saat itu. Cuma niat sebenar Aduka Pak Din tak tahulah.

Dia ada kata kat Pak Din yang ramai orang marah dan bangkang.

Rashid said...

salam uncle

Nampaknya segala kata bicara blogger menjadi perhatian kini. Walaupun sekadar satu bait kata ia menjadi fokus kanta pembesar..

Moga segalanya kembali baik..

mountdweller said...

W'salam Rashid.

Yang jelas mereka telah sedar impak dan pengaruh "Media Baru" ini.

Sebelum ini mereka menganggap hanya Media mereka yang lebih dipercayai.