Friday, January 22, 2010

Kisah Isteri Yang Taat

Ini adalah kisah benar. Kisah yang baru terjadi. Saya ceritakan kisah ini supaya kita boleh berkungsi dan mengambil iktibar bersama.

Kisahnya begini:


Beliau adalah seorang wanita/isteri yang taat. Taat pada Allah dan taat pada suami walau pun sang suami bukanlah seorang suami yang baik dari sudut sebagai seorang suami dan tidak juga baik sebagai seorang hamba Allah. Siisteri selalu mengingatkan sisuami supaya menjadi hamba yang taat kepada Tuhannya. Ditakdirkan beliau meninggal dalam usia yang masih muda. Setelah sekian lama menderita sakit, akhirnya beliau dipanggil Allah ketika usia 40 tahun.

Semasa hanyatnya beliau sentiasa melayan suami sebagaimana seorang suami berhak dilayani oleh siisteri walau dalam apa keadaan sekali pun. Beliau tetap melayan suami dengan ikhlas. Namun sisuami tidak pernah berterima kasih dan tidak pernah menghargai apa yang siisteri lakukan.

Semasa nazaknya, beliau minta diperbetulkan kedudukannya supaya menghadap Kiblat. Dan tidak lama kemudian beliau dipindahkan Allah ke alam Baqa di dalam keadaan tenang dan redho.

Sebelum ajalnya beliau sempat berpesan kepada sang suami meminta suaminya sendiri turun ke dalam liang kubur menurunkan jasadnya dan diletakkan di tempatnya. Satu lagi pesanya supaya sisuami mengambil segempal tanah di dalam liang kubur di bahagian kepala jasadnya dan mencium. Dengan yakin beliau berkata yang tanah itu akan berbau harum.


Sisuami pula setelah isterinya tinggal jasad barulah rasa kesal menerjah jiwanya dan dengan kesal sisuami menuruti semua pesanan siisteri. Setelah Jenazah diturunkan dan kedudukannya diperbetulkan, sebelum jenazah ditimbus sisuami mengambil segempal tanah sebagaimana pesan arwah isterinya. Setelah dicium, memang tanah itu berbau wangi sebagaimana kata-kata Arwah!

Wallahu Aklam.

20 comments:

Rashid said...

uncle..

kisah ini begitu menyentuh hati saya uncle.. menitis air mata saya..

anak muallaf said...

Salam Sahabat,

Saya nak komen sikit la pasal orang lelaki ni ya..Jangan marah ya..Maafkan saya jika ada yang terasa.
Biasanya lelaki ini kurang menghargai kerja buat si isteri.Lelaki susah sangat nak tunjukkan sayang yang ikhlas pada isteri..Kenapa ya?
Macam cerita tadi..dah tak ada baru nak menyesal..
Ada juga yang sayang..sayang cik abang melayang.
Alhamdulillah suami saya is the greatest hubby yang Allah pinjamkan kepada saya.Maka hargai barang yang dipinjamkan kerana barang yang dipinjamkan itu pasti akan di tuntut balik oleh tuan yang empunya.Wallah hu alam.

Mak Su said...

kadang2 suami ni ego, nasihat isteri, cakap isteri tak nak dgr. terlampau bangga sgt dia dengn title 'king'nya

keinsafan setelah membaca kisah ini

Opah said...

Salam En. Din, mudah-mudahan kisah ni jadi iktibar pada suami-suami yang serupa dgn suami wanita mulia tu.

author faethal said...

Salam ayahanda,
Indahnya meninggal dunia dalam husnul khatimah..

Moga2 kita semua juga mendapat 'keadaan' yang sama...

AMIN..

Anonymous said...

suami akan nyesal kejap je tu... bila dah lupa ..dia akan cari bini lain pula...

mountdweller said...

Rashid

Memang agak menyedihkan.

mountdweller said...

W'salam anak muallaf

Apa yang sahabat katakan benar. Dari yang saya amati, saya akui.

Lumrah setiap manusia baik lelaki atau wanita perlu di puji dan diberikan penghargaan. Allah lagikan begitu. Tetapi kerana ego yang ada didalam diri terutamanya lelaki cukup susah untuk memuji atau menghargai melalui kata-kata. Namun dari tingkah lagu, memang boleh dibaca. Sesetengahnya pula berhati batu.

Saya pun tidak faham mengapa mereka sanggup tipu diri sendiri semata-mata kerana ego!

mountdweller said...

Mak Su

Entahlah Mak Su, saya sendiri sebagai lelaki pun tidak faham. Adakah hilang kelelakian sekiranya menerima nasihat yang baik dari isteri?

mountdweller said...

W'salam Opah.

Benar Opah, semoga kisah benar ini dapat memberikan pengajaran kepada yang mahu berubah.

mountdweller said...

W'salam anakanda author faethal

Benar. Semua muslim impikan kurniaan itu tetapi usaha dan keikhlasannya bagaimana. Allah Maha Tahu segalanya.

mountdweller said...

Anonymous

Tanggapan saudara pun boleh jadi betul. Tapi walau dia berbini baru, diharapkan dia akan insaf dan menerima pengajarannya.

Brahim Nyior said...

Allah mampu menaikkan darjat seseorang hambanya, dan Allah juga mampu menjatuhkan darjat hambanya.

Moga menjadi pengajaran untuk kita semua.

hamid,klang said...

ada baca tak kisah yg mashur dizaman nabi iaitu alqamah yg sukar utk mengucapkan syahadah ketika sedang nazak... hanya kerana ibunya berkecil hati alqamah tidak menyahut panggilannya ketika ia sedang berbual dgn isterinya...jadi ketahuilah bahawa syurga isteri ditangan suami manakala syurga suami bergantung pada redha ibunya...

Aa said...

Anak Mualaf macam marah kat laki je.
Ala kita ni terpengaruh dengan barat je. Dulu dulu tok opah tak perlu ktunjukkan kasih sayang pun elok je beratur anaknya. Kit ale ni yang maaf ngada ngada sangat.
jangan marah provok ni.

irsha said...

kasih sayang adalah 1 pelaksanaan bukanlah 1 pertunjukan.

dan Aa, "elok je beratur anaknya", bukanlah bererti kasih sayang keduanya tip top, luaran atau dalaman.

mountdweller said...

Aa

Adakah anda tahu yang Mak, Ayah kita menyatakan sayang masing-masing melalui tandak tanduk dan persefahaman?

Juga kita tidak dengar apakah dialog dipembaringan mereka.

Saya pasti provoke anda adalah provoke yang membina. Terima kasih.

mountdweller said...

Sdr. Brahim

Semuanya di dalam kekuasaan Allah. Kita menerima Takdir dan Kadar masing-masing.

mountdweller said...

hamid,klang

Terima kasih kerana sudi singgah dan memperingatkan saya cerita itu.

Insya Allah akan memberikan peringatan yang baik dengan teladani cerita itu.

mountdweller said...

irsha

Pada saya kedua-duanya perlu. Tunjuk, meruntun hati isteri dan laksana tugas wajib suami. Insya Allah akan bahagia dan diberkati.