Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 14, 2010

Saya Setuju Pandangan Ini

Di bawah adalah sebahagian dari tulisan Tulang Besi di blog Perisik Rakyat.
Baca sepenuhnya di sini

Pada pandangan dan renungan saya ke atas peristiwa-peristiwa yang telah berlaku, tulisan ini ada benarnya.

Sedih sekali bila ahli-ahli PAS menjadikan ulama-ulama PAS seperti paderi-paderi Kristian. Sepatutnya kita MENIMBA ILMU dari para ulama, bukan menjadikan mereka bertaraf MAKSUM dan SUCI dari SILAP DAN DOSA. Kita berbeza pendapat dengan para ulama adalah satu “rahmat”. Ia membantu para ulama untuk mencapai “ijtihad” yang lebih tepat dan jitu sekaligus menyelamatkan imej Islam itu sendiri.

Wahai ahli-ahli PAS, gunalah akal fikiran kamu. Kalau para ulama itu maksum, takkan Imam Mohd Idris Asy Syafiee kena tulis sampai BERJILID-JILID kitab. Bukan satu judul sahaja kitab Imam Syafiee ni, BERATUS-RATUS judul. Seram sejuk kita dibuatnya bila baca judul sahaja. Tampak sangat betapa jahilnya kita ini berbanding ilmu seorang hamba Allah yang telah dihantar oleh Allah SWT untuk memberi cahaya kepada BERJUTA UMAT ISLAM. Itulah dia Imam Syafiee yang sehingga hari ini masih kekal di bibir umat Islam.

Dalam keadaan ilmunya yang tinggi sebegitu pun, segala kata-kata dan pendapat-pendapat beliau akan disokong dengan hujjah yang nyata. Dan beliau tidak menolak sekiranya ada yang berbeza pendapat dengan beliau asalkan ada hujjah.

Tapi, budaya “hujjah” sebegini tidak diizinkan dalam PAS kerana sesiapa yang berbeda pendapat dengan ulama adalah “tidak wala” dan menentang kepimpinan ulama.

10 comments:

  1. Ha..ha..ha...tak sangka pulak, entri kita kali ni hampir sama la pakcik. try pegi ke blog saya.

    ReplyDelete
  2. Reformis Jalanan

    Pakcik dah ke sana. Memang sama.

    Sepatutnya memaksumkan Ulama tidak berlaku. Tetapi ada tuan empunya badan sedar tentang perkara ini?

    ReplyDelete
  3. Uncle MD,

    kita punya entry tak berapa nak sama...

    tapi dah baca dah edyes punyer polifiksyen separuh benar? klik sini

    ReplyDelete
  4. Salam uncle... :)

    mungkin sebab selama nih takde orang yang seperti tulang besi berani menegur sbb tu mereka lupa diri kut..

    atau mungkin dulu ramai juga seperti tulang besi tapi semua terlalu wala' sampai tak leh nak tegur..

    anyway, ape2pun terimakasih tulang besi... yang bersih tak semestinye dalam saja bersih tapi mesti di lihat bersih walaupun luarannye...

    ReplyDelete
  5. Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

    Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

    Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

    Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

    Mudah-mudahan orang melayu pun banyak ikut sama masuk katolik yang mudah dan senang ini.

    Sekarang kita sudah tidak ada apa bezanya, kita juga sama2 sembah ALLAH yang maha esa. Ameeeen!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. salam akhi,

    sy sokong, benar sekali, pemikiran ahli pas patut diubah dan dibuat transformasi ke arah yang lebih baik. peselisihan pndapat adalah untuk tujuan yang baik.

    ReplyDelete
  7. Edyes

    Itulah masalahnya bila bergantung kepada kapitalis. Uncle dulu pun keluarkan duit dari KWSP untuk bayar 10% dan insurance. Tapi tak apalah masa tu anak-anak kecil lagi. Tadika pun belum. Auntie pun kerja, walau perit tetapi tidaklah menjerut sangat.

    ReplyDelete
  8. W'salam Baginda

    Bukan tidak mahu menegur atau terlampau wala' tetapi bila kita menegur, kita akan dipandang "lawan tauke" oleh Ahli dan Pemimpin sendiri.

    Uncle pernah merasanya semasa di dalam PAS dahulu. Itu sebabnya sehingga sekarang uncle tidak mahu join mana-mana parti. Mungkin satu masa nanti, Allah akan buka hati uncle untuk terjun ke mana-mana wadah yang berasaskan Islam. Bukan Bangsa atau Suku.

    ReplyDelete
  9. Bah Lontok

    Betul Bah, perkataan Allah tidak ada larangan digunakan oleh Agama Langit. Ia itu Nasara dan Yahudi. Cuma yang dibisingkan itu kerana takut digunakan untuk kelirukan Orang Muslim disebabkan perkataan itu memang sebati dipakai untuk Muslim sahaja sebelum ini di negara ini.

    Tentang menyebarkan agama lain kepada orang Muslim adalah dilarang oleh Islam dan Perlembagaan Negara Malaysia sendiri. Tetapi kalau Muslim yang ingin/rela tukar Agama, itu adalah haknya.

    ReplyDelete
  10. W'salam Mohamadazhan.

    Pada saya perselisihan pendapat atau pandangan adalah sesuatu yang sihat dan baik untuk pembangunan dan pengukuhan organisasi. Tegur menegur pula adalah dituntut oleh Allah sebagaimana kandungan Surah Al'asr.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa