Sebelum ini PAS memerintah Kelantan selama 18 tahun bermula dengan kemenangan PAS pada tahun 1959 selepas dua tahun Malaya mencapai kemerdekaan sehinggalah 18 tahun kemudian PAS dihanyutkan oleh Barisan Nasional pada Pilihanraya 1978 setelah Kelantan diMAGERANkan dengan perancangan Ku Li dan Tukang Soraknya Ibrahim Ali.
Bermula dari
Melalui apa yang saya nampak berdasarkan sejarah di atas, edah atau jangka masa peralihan sudah pun melepasi lazim. Suka saya berpesan atau mengejutkan PAS, selesaikan segala kemelut dan kerenah yang merugikan Rakyat Kelantan. Sila tunduk dan pandang ke bawah adakah bumi Kelantan masih segar kehijauan atau sudah kelam kebiruan?.
Kepada Pemimpin yang dipilih oleh Pengundi atau yang dilantik oleh Parti, berwaspada dan jagalah tindak tanduk, tingkah laku dan perangai masing-masing. Perangai yang tidak elok/tidak senonoh/tamak dan hasad dengki akan dipandang amat huduh/jelik kerana anda mendukung sebuah parti Islam yang bernama PAS. Selama ini mungkin Rakyat menghormati dan memandang tinggi terhadap anda kerana dikatakan parti yang anda wakili (PAS) adalah berteraskan agama Islam dan anda adalah Pemimpin Islam.
Jangan pula biarkan Rakyat meluat dengan tindak tanduk dan perangai anda. Jangan biarkan Rakyat Kelantan muak. Semua orang tahu, bila Rakyat Kelantan sudah muak-loya maka akan dihumbankan kejijikan itu ke Sungai Kelantan untuk dihanyutkan.
Pemerintahan Kerajaan Kelantan akan bertukar tangan dengan izin Allah. Apa yang saya katakan ini adalah hanya satu peringatan kepada Kerajaan Negeri dan Pemimpin yang ada sekarang. Bukan dengki atau marah tetapi "Marah sayang"
asalamualikum ayahnda......
ReplyDeletemasih ada yang sayang rupanya
muda lagi baru 20an.... macamtula kalau muda
tapi apa certa yang tua dah masuk 60an tu.dah jauh merabannya
Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteKalau dua puluh tahun dah melalut, 60 tahun dah main taiklah jawabnya!
benar itu saudaraku,,semoga mereka mendengar nasehatmu..itupun kalau mereka sadar bahawa nasehat itu adalah agama
ReplyDeleteSdr.ku bawean.
ReplyDeleteSaya menyempurna apa yang Allah suruh melalui Surah Al'Asr. Masalah mereka mendengar atau tidak terpulanglah.
Saya bimbang mereka akan riak kerana merasa sudah kuat. Padah akan menimpa nanti.