Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 5, 2010

Berkat Nama Allah

Untuk renungan bersama, saya ingin mengimbau kembali satu peristiwa yang saya sendiri alami di satu waktu semasa saya remaja. Namun sebelum itu saya memohon maaf kepada rakan yang berketurunan Cina kerana cerita saya ini melibatkan mereka. Begitu juga rakan seketurunan saya kerana cerita ini bukanlah untuk menunjukkan kekuatan atau keberanian tetapi semata-mata untuk merenungi keberkatan Kalimah Allah dan berserah diri kepadaNya.

Suatu pagi semasa saya masuk ke dalam kelas dan saya dapati kerusi saya hilang. Bila saya tanya rakan sekelas, mereka memberitahu yang budak Cina dari kelas lain masuk mengambilnya. Bila rakan-rakan sekelas saya melarangnya, mereka disergah. Ketika itu saya di dalam tingkatan lima. Kerusi memang selalu hilang kerana tidak cukup. Bukannya kerusi tidak ada tetapi selalu berpindah tempat dan selalunya di dalam dewan. Jarak Dewan dan bilik darjah agak jauh. Jadi kepada yang pemalas, mereka akan mengambil kerusi dari bilik darjah lain dan hak orang lain.

Jadi bila saya tidak ada kerusi dan memang kerusi saya di ambil oleh orang lain, saya terus ke kelas budak Cina yang ambil kerusi saya itu. Saya terus ambil balik kerusi saya balik. Ketika itu budak Cina yang ambil kerusi saya itu tiada di dalam kelasnya. Seketika sebelum pembelajaran bermula dia datang ke kelas saya dan ingin merampas kerusi itu dari saya. Ketika dia pegang kerusi, saya tekan kerusi itu dengan kaki dan dia mula mencabar saya dengan katanya "Rupanya kau belum kenal lagi aku siapa ya!" Saya menjawab dengan sinis " Eh, aku kenallah engkau ni siapa, kalau mata sepet macam ni kau ni 'Tok Pek'! (Tok Pek dalam dialek Kelantan bermakna Cina tua). Dengan marah dia mencabar saya dengan berkata "Kalau kau nak, balik nanti aku tunggu". "Ok, no problem" Jawab saya. Dia terus keluar dari kelas saya.

Bila berbunyi saja loceng akhir, dia sudah tercegap di hadapan kelas saya sambil menggesa saya supaya cepat keluar. Saya minta dia tunggu di bawah sebab saya nak kemaskan buku dan meja saya dulu. (Kelas saya di tingkat satu dan kelasnya di tingkat dua) Sesudah saya berkemas saya terus turun mendapatkan budak Cina itu dengan meninggalkan dua orang rakan yang selalunya kami pulang bersama. Budak Cina itu ajak saya ke dalam satu kebun getah di belakang sekolah untuk bertumbuk supaya tidak diganggu oleh orang lain katanya.

Setibanya di dalam kebun getah itu, saya dapati ada sembilan orang lagi budak-budak Cina rakannya. Saya agak terperanjat kerana tak mungkin saya akan berhadapan dengan sepuluh orang dengan berseorangan. Di dalam keadaan hati saya sedang mencongak strategi itu, tiba-tiba saya terdengar satu suara "Kamu semua buatkan bulatan jadikan gelanggang dan tengok saja, biarkan kawan aku dan kawan kamu bergasak di tengah. Siapa berani masuk, mampus" Bila saya berpaling, rupanya dua orang rakan saya yang selalu balik bersama saya ada di situ dan salah seorang darinya berkata begitu. Kumpulan Cina tadi akur.

Belum lagi saya bersedia, budak Cina tadi sudah membuka langkah. Dia lebih besar dari saya. Dia juga adalah pemegang Tali Pinggang Hitam Taekwando. Saya berhelah supaya dia marah dengan mengatakan saya mahu buka baju dulu dan saya buka baju serta lipat elok-elok semacam tidak ada apa yang akan berlaku. Setalah saya letakkan baju, dia menyergah supaya cepat. Saya kata nantilah saya nak buka kasut, nanti kasut saya kotor. Saya buka kasut dengan membuka ikatan tali kasut dulu. Lepas itu baru saya masuk dan terus ke tengah gelanggang yang dilingkari oleh budak-budak Cina rakan dia dan dua orang budak Melayu rakan saya.

Saya melangkah ke tengah gelanggang dengan membaca "Bismillahitawakkal alallah, walaahaulawala quwwataillabillahil aliyyil azim" Saya yakinkan diri yang Allah bersama saya. Dia mulakan langkah menyerang dan saya bertahan. Dia terus "menyepak luar". Saya mengambil keputusan untuk menduka "tulang kering" (tulang betis yang diluar) siapa yang lebih kuat. Saya hayun kaki saya untuk lagakan sama-sama "tulang kering". Bila tulang kering bertembung, saya tidak merasai sakit tetapi selepas itu dia tidak menggunakan tendangan lagi. Saya dapat mengagak yang kakinya sudah sakit.

Kami terus bertarung. Saya masih boleh menggunakan kedua-dua kaki dan tangan tetapi saya dapati dia hanya menggunakan dua tangan dan satu kaki saja. Dia sudah tidak mampu menggunakan satu lagi kakinya. Dalam pertarungan yang agak lama itu, saya berjaya melukakan dahi dan patahkan hidungnya. Tiga kali dia terjatuh dan setiap kali dia jatuh saya suruh dia bangun sambil berkata "Kau bangun dulu, pantang bapak aku pukul orang yang jatuh" Lagilah dia marah. Lagi dia gila kerana marah, lagilah selesa kedudukan saya.

Darah agak bersembur banyak dari hidungnya. Begitu juga darah dari dahinya yang terkoyak meleleh ke muka dan dadanya. Darah dari hidungnya bersembur ke badan saya kerana dia bernafas kuat akibat keletihan. Saya mengasaknya bertubi-tubi. Dalam pada itu saya semacam kehairanan kerana setiap tumbukan dan tendangan saya akan tepat kesasaran. Tetapi tidak satu pun penangannya tepat mengenai saya. Pertarungan itu berhenti setelah dia letih dan mengaku tidak mahu meneruskan pertarungan itu lagi.

Saya dan dua rakan beredar pulang. Di perjalanan pulang saya dimarahi oleh dua rakan saya kerana tidak memberitahu mereka. Tetapi ketika keluar dari pintu pagar sekolah mereka mengikut saya dari belakang kerana mereka merasa anih dengan perbuatan saya tidak menunggu mereka. Betul juga mereka memarahi saya, kalau mereka tidak mengekori saya, apa akan jadi dengan saya berseorangan dan buda Cina itu bersama sepuluh orang rakan. Saya mohon maaf kepada dua orang teman saya itu. Sebanar mereka hairan kerana ketika saya bertarung katanya kaki dan tangan saya cepat seperti tidak nampak!. Tapi bagi saya, saya rasa biasa saja.

Esok paginya sebelum kelas bermula ramai dari kalangan senior dan seangkatan saya datang menemui saya dengan berkata "Terima kasih, tak sangka pula awak yang sanggup mengajar budak Cina tu" Dari merekalah baru saya tahu yang budak Cina ini adalah Samseng Sekolah dan mempunyai ramai geng. Boleh dikatakan semua orang takutkannya. Baru saya teringat kata-katanya kepada saya sebelum itu "Rupanya kau belum kenal lagi aku siapa ya!". Rupa sebelum ini dia memang ditakuti.

Saya yakin kekuatan dan ketangkasan saya semasa bertarung itu ada kerana berkat Bismillah (Nama Allah) dan tawakkal kepadanya melalui ayat Lahaulawala!

Dengan itu saya tidak rela nama Allah disalah gunakan oleh Kristian. Memang Kristian adalah agama langit yang mengakuai kewujudan Allah tetapi kenapa setelah Injil dipinda mereka membuang nama Allah? Sekarang tiba-tiba pula mahu menggunakan nama itu sehingga menuntut di Mahkamah? Pastinya ada tujuan yang terselindung! Mereka pasti ada agenda tersembunyi. Paling tidak mengelirukan pembaca dari kalangan Islam yang cetek.

Saya percaya yang orang-orang Kafir Harbi tidak akan bersikap jujur sama sekali dengan kita

16 comments:

  1. untuk entry ni, saya sangat bersetuju dengan sedara!! Kristian x perlu guna nama Allah if mengisahkan Isa anak Allah ect ~ perghh dasyat tuan berlawan .. Tabik!

    ReplyDelete
  2. Salam Sahabat,
    Tahniah mempertahankan kejantanan Melayu.
    Bagi saya Kristian dulu memang ya agama langit.Tetapi tidakkah mereka juga mentrinitikan agama itu.
    Tahu kita niat mereka munggunakan kalimah Allah itu.Apakah tiada kesan kepada keturunan kita yang mendatang..
    Injil mereka pun ditambah kurangkan oleh paderi mereka sendiri.

    ReplyDelete
  3. Salam Ayahanda,

    Main Tomoi yea...?

    Nama Allah, nama yang Agung. Kembali pada Quran dan Sunnah. Keputusan Allah melangkaui keputusan manusia.

    Ada hikmahnya, dan nama itu akan tetap terpelihara sebagaimana janjiNYA.

    Adakah ini satu ujian daripada Allah bagi umat Islam Malaysia dalam menjaga akidah dan iman.

    Ayahanda boleh perhatikan, siapa yang benar dan siapa pula yang berpura2.

    ReplyDelete
  4. benar tu uncle, saya sokong seratus peratus. iman dan sesaja mana boleh sama, bagai minyak dengan air

    ReplyDelete
  5. Dari segi teknikal, perkataan ALLAH itu bukan hakcipta terpelihara orang melayu malaysia lantaran keputusan mahkamah itu betul.

    Dari segi operasi, pihak berwajib mestilah memantau semua bahan terbitan kristian atau ugama lain supaya perkataan ALLAH itu tidak diselewengkan penggunaannya.

    Sebenarnya cara ini akan membuat lebih ramai yg akan memperhalusi aktiviti pihak kristian ini, terutama jika ada tanda-tanda pengkristian orang melayu islam hendak dilakukan.

    Lebih baik orang melayu menggunakan peluang ini (penggunaan ALLAH oleh orang kristian) untuk menarik mereka kepada islam, daripada bersusahpayah utk trademark kan perkataan ini.

    - ir Anon

    ReplyDelete
  6. Salam lagi Saudara,

    Saudara adalah lelaki Melayu tulin terakhir.

    Sepatutnya Saudara dilantik jadi Penasihat Kem Latihan Negara. Biar budak Melayu jadi Lelaki Melayu sebenar..Semangat Melayu yang sebenar.

    Bab penggunaan Kalimah Allah tu, apa MOTIF mereka yang sebenarnya???

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  7. Salam Pakdin,

    Tak tak nape saya tetap mengunjungi blog ini? Sebabnya, Pakdin adalah orang yang suka berterus terang.

    Jika salah, Pakdin akan tetap kata salah, bukan sokong sembrono..

    Saya respect keberanian Pakdin...

    Sama-samalah kita pelihara kalimah ini..

    ReplyDelete
  8. Frodo Baggins

    Terima kasih kerana ziarah. Itu cerita semasa Uncle masih muda. Masih punya banyak tenaga.

    Nama Allah memang benar bukan eksklusif bagi Islam saja tetapi ianya bukan untuk menjadi alat propaganda dan tipu helah orang Kafir.

    ReplyDelete
  9. Wa alaikumussalam anak muallaf.

    Benar begitu. Kristiniti tidak tulin lagi. Sudah jadi agama penipuan umat manusia. Semuanya telah diubah. Dari Tuhan yang satu (Allah) sudah jadi tiga!

    ReplyDelete
  10. W'salam anakanda Isa.

    Sebenarnya ayahanda sudah campur dan ubah suai. Ada buah tomoi, ada buah silat, ada buah Taekwando dan ada buah Tai chi. Ayahanda rangkum dan berlatih sendiri.

    Bagi ayahanda ini bukanlah ujian tetapi kemantapan dan penyatuan. Menyedarkan manusia Melayu/Islam untuk merenung ke dalam diri dan berfikir dengan waras.

    Ikhlas dengan Allah, nescaya Allah ikhlas dengan kita. Kita ingat Allah, nescaya Allah ingatkan kita.

    ReplyDelete
  11. Mak Su

    Betul Mak Su, minyak dan air sehingga bila pun tidak akan sebati.

    ReplyDelete
  12. ir Anon

    Dari aspek Dakwah dan dari aspek undang-undang itu betul. Tetapi apa yang kita risaukan sekiranya tidak ada badan pemantau yang berkuasa, mereka akan menggunakan nama Allah untuk mengelirukan dan melaksanakan agenda mereka yang pastinya merugikan kita/Islam.

    Memang Allah adalah hak semua kerana Allah itu Tuhan semesta alam. Semua makhluk yang baru adalah di bawah kekuasaannya.

    ReplyDelete
  13. Wa alaikumusslam Puan melayuangkat.

    Puan terlalu memuji saya. Hati dan perasaan saya sama juga dengan Melayu lain yang merasakan dirinya Melayu. Pada saya tidak ada lebih dan tidak ada kurangnya orang lain.

    Ya, "MOTIF" Itulah yang maragukan saya untuk bersetuju.

    ReplyDelete
  14. W'salam Sdr. Brahim

    Terima kasih di atas penghargaan itu. Sebenarnya itu adalah sifat Pak Din dari kecil. Pak Din akan berkata 'Ya' pada yang betul dan tetap 'Tidak' kepada yang salah pada pandangan Pak Din walau pun terhadap Boss dan Bapa Pak Din sendiri. Tetapi Pak Din akan akur kepada teguran dan kritik yang yang benar walau dengan teguran atau kritik secara sumpah seranah.

    Itu sebabnya Pak Din galakkan anak-anak Pak Din membela diri bila Pak Din memarahi mereka terhadap kesalahan mereka. Sebab bagi Pak Din, salah hanya dari persepsi dan pandangan Pak Din tetapi mungkin tidak salah bagi mereka.

    Mempertahankan Agama adalah Jihad dan sememangnya itu adalah tanggung jawab kepada semua yang mengaku Islam. Itu sebabnya Pak Din tidak akan redho sampai mati dengan mana-mana Kerajaan Negara orang islam pun yang ingkar melaksanakan hudud.

    ReplyDelete
  15. Setujukah anda jika suatu hari nama pada gambar "JESUS" akan ditukar kepada "ALLAH"?

    http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/01/setujukah-anda-jesus-ditukar-nama-allah.html

    ReplyDelete
  16. Sdr. Din

    Hanya Muslim yang gila saja yang akan ketawa jika itu terjadi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa