Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 26, 2010

Update Kes Aduka

Pagi tadi jam 9.00 pagi Aduka dibawa ke Mahkamah Kota Bharu dan dibenarkan reman selama 4 hari sehingga 29 Jan. 2010. Selepas itu dibawa ke IPD Kota Bharu untuk diambil cap jari, gambar dan lain-lain.

Mengikut Pegawai Polis di IPD, hari ini juga akan dihantar ke Bukit Aman untuk siasatan dan kenyataan. Tindakan selanjutnya bergantunglah kepada siasatan di sana.

Di kesempatan ini juga saya secara peribadinya memberikan setinggi penghargaan kepada semua Pegawai dan Anggota Polis di Bahagian Jenayah Perdagangan di IPD Kota Bharu yang berhemah dan mesra Pelanggan. Kami yang pergi ke sana untuk berjumpa dengan Aduka dilayan dengan mesra dan berhemah. Begitu juga layanan yang diterima Aduka, walau pun Aduka adalah Orang Yang Kena Tahan.

Di Mahkamah juga Aduka diberikan perlindungan dari tumpuan Wartawan dan orang ramai.

20 comments:

  1. Salam ziarah:

    Doaka ya untuk rakan-rakan pejuang Islam.

    Salam jihad.

    ReplyDelete
  2. Salam saudara,

    Adakah saudara fikir tindakan AT itu suatu yang betul dan wajar? Adakah AT tidak mampu berfikir dengan waras semasa bertindak menulis pelbagai maki hamun di blognya?
    Saya rasa tindakan terlalu mengambil berat yg ditunjukkan saudara dan rakan2 akan dirinya akan membuatkan dia rasa hebat dan tidak merasa salah yg sebenar2nya.
    Memang kita perlu beri peluang dan ruang dan peluang utk manusia bertaubat dan menginsafi diri, namun dalam hudud ada hukumannya kpd umat yang menderhaka kpd pemerintah. Taubat dan maaf hak Allah, tapi hukuman tetap kena berjalan. Itulah tujuan keinsafan. Biarlah dia berseorangan buat masa ni agar dia muhasabah diri. Dah selesai hukuman nanti baru cari semula atas dasar sokongan. Tindakan saudara dan rakan2 yg terlalu mengambil berat, melawat, dsb itu rasanya akan merosakkan AT dan mgkn akan terdetik di hatinya perasaan tdk bersalah dan riak kerana ramai yg menyokongnya. Dan bayangkan pula jika sultan Kelantan yang dimakinya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Salam Sahabat,

    Saya jadi terharu kerana AT ada ramai kawan blogger termasuk sahabat di saat beiau perlu diberi sokongan moral. Semoga Allah membalas jasa sahabat.Amin.

    ReplyDelete
  4. luaskanmata.

    Insya Allah, terima kasih di atas kunjungan. Dah lama tak nampak ke sini.

    ReplyDelete
  5. W'salam Anti Kurang Ajar.

    Saya tidak pernah menyokong apa-apa n3 berbentuk kurang ajar di blognya. Bagi saya yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah walau pun dari segi moral. Perkara ini salah, maka salahlah bagi saya.

    Pertolongan saya adalah berdasarkan persaudaraan Islam. Sedangkan anjing lagikan perlu ditolong sekiranya di dalam saat genting. Inikan pula seorang manusia, seorang kawan dan yang penting seorang saudara yang terjalin kerana Islam. Saya yakin Aduka telah insaf dari apa yang ditunjukkan kepada kami. Dan ruang memperbetul diri perlu diberikan.

    Tentang taatkan pemerintah, saudara takkan tak tahu pemerintah yang bagaimana yang Allah menyuruh kita taat. Sedangkan Saidina Umar ketika beliau mula-mula menjawat jawatan Khalifah telah mencabar para sahabat untuk membetulkan beliau dengan kekerasan (pedang). Saya rasa kisah ini juga saudara tahu. Satu lagi, adakah mana-mana Nas yang menyatakan Allah masih akan menghukum makhluk yang telah bertaubat dengan hati yang penuh keinsafan?

    Mohon maaf adalah dari sesama makhluk dan keampunan/taubat adalah dari Allah. Dan Allah juga telah berjanji akan mengampunkan dosa-dosa manusia yang bertaubat yang benar-benar taubat. Allah tidak akan bohong!

    Pandangan saudara di atas juga betul dari satu sudut. Apa yang saya katakan di atas adalah pandangan dari sudut yang lain. Apa pun terima kasih banyak kerana sudi menyumbangkan pandangan. Hidup kita ada pro dan kontrakan?

    Harap maaf sekiranya apa yang saya kata dan pandangan saya tidak selari dengan saudara. Pertentangan pendapat perlu untuk percambahan ilmu.

    ReplyDelete
  6. W'salam sheikh teluk intan.

    Pertolongan dan prihatin kan sunnah Rasulallah? Kami ikhlas dan simpati.

    ReplyDelete
  7. Salam ayahnda,pasal kes hina raja xpa boleh mintamaaf,itu dunia punya hal.
    Tapi bagaimana dengan kes hina Isteri Rasulullah?
    http://ijoks2009.blogspot.com/2010/01/padan-muka-dia.html

    ReplyDelete
  8. W'salam ijoks

    Itu sebabnya ayahanda kata "Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah"

    Yang salah perlu bertaubat dan mohon maaf. Allah Maha Pengampun sekiranya taubat yang benar-benar taubat. Ayahanda berada di bahagian "positive side"

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan,
    aduka ni sudah lama dah dia di tegur dan dikritik atas cara dia berbhasa.. tapi dia makin menjadi-jadi tahap kurang bahasanya..macam hampas penulisannya.. tapi akhirnya semua kata2 sendiri makan tuan.. itu pun selepas jadi kes polis.. baru nak insaf... hahaha.. baguslah tuan tolong jenguk2 si aduka ni.. bagi nasihat sikit kat dia.. biar jadi orang yg berbahasa sikit.. sebab takda makna nya bercakap benar dengan cara bahsa yg kurang ajar...

    ReplyDelete
  10. W'salam Anonymous

    Betul, bukan semua orang senang dengan cara dia menulis walau pun faktanya dan kebenarannya ada.

    ReplyDelete
  11. Salam ayahanda,
    Tahniah kepada Teman Blogger lain terutamanya pro-PR yang berada bersama-sama disaat susah dan senang.

    Sampaikan salam saya pada AdukaTaruna dan tahniah kerana berani berhadapan dengan pihak polis.

    Kepada anti kurang ajar,
    Janganlah marahkan AdukaTaruna seorang kerana menghina Sultan Johor..
    Bagaimana SEKUMPULAN UMNO terengganu yang NATANG kan Sultan Mizan?..

    YA! AdukaTaruna sudah melakukan kesalah kerana BIADAP...diharapkan ini jadi pengajaran kepadanya pada masa akan datang..

    ReplyDelete
  12. W'salam anakanda author faethal

    Terima kasih. Pertolongan di atas nama setiakawan.

    Insya Allah ayahanda akan sampaikan salam.

    ReplyDelete
  13. Salam MountDweller,
    Orang yang dalam kesusahanlah yang perlu kita dampingi, tolongi dan pimpin. Betul atau salah belum pasti.

    ReplyDelete
  14. Sungguh mulia sekali hatimu Pak Din... saya amat bersetuju dgn pandangan Pak Din yg benar tetap benar dan yg salah tetap salah.
    Bukan kerja kita nak menegakkan benang yg basah tapi kita diutuskan ke dunia ini sebagai khalifah bagi menegakkan keadilan dgn menjunjung syariat dan daulah Islamiah.

    AT memerlukan keadilan dan ruang utk beliau membela diri. Bukannya kita terus menerus mencaci dan menghukumnya tanpa memberi kesempatan bagi memberi penjelasan utk membela diri serta menginsafi segala keterlanjuran yg telah dilakukan.

    Sekiranya kita terus menghukum tanpa memberi kesempatan membela diri akhirnya akan meninggalkan kebencian dan demdam dipihak AT yang tidak akan berkesudahan.Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  15. senyaplah cerita aduka apabila sampai ke bumi JOHOR nanti..

    ReplyDelete
  16. W'salam Dr.

    Itu memang tanggung jawab seorang muslim. Tolong dengan ada yang suruh selain Allah dan Rasulnya.

    ReplyDelete
  17. muraisenja

    Saya tidak berasa mulia sebab mungkin suatu hari nanti, saya juga perlukan pertolongan. Siapa yang tahu masa hadapan kita kan? Lagi pun Aduka sudah memohon maaf dan menyesal di atas keterlanjuran bahasanya.

    Pertolongan kami bloggers di Kelantan adalah semata-mata kerana Allah terhadap seorang Muslim yang di dalam kesusahan dan perlu membela diri. Salah atau tidak Mahkamah yang akan tentukan. Walau pun pada saya dari segi moralnya salah.

    ReplyDelete
  18. Anonymous

    Dalam hal ini saya tak boleh komen. Takdir yang akan tentukan. Segala kekuasaan di tangan Allah. Kuasa manusia hanya sebelum ajal.

    ReplyDelete
  19. Salam Tuan,

    Sanjung tinggi atas keperihatinan Tuan.

    ReplyDelete
  20. W'salam wartamaya

    Gerak dari kemurahan dan kesihanbelas dari Allah Yang Maha segala-galanya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa