Petikan kenyataan di dalam wawancara Dato' Zaid Ibrahim dari The Blog of My life.
Soalannya : Berdasarkan pengalaman Datuk bersama Umno Kelantan, adakah Datuk melihat Umno mempunyai pemimpin yang boleh mengambil alih Kerajaan Kelantan?
Umno ada duitlah. Jadi parti yang ada duit ini kita kena awasi jugalah. Macam Sabah dulu jatuh sebab duit jugak. Dengan Wang Ehsan ini dia mesti guna duit jugak. Dia akan guna untuk menang pilihanraya. Kita tidak boleh mengambil mudah dengan beberapa ratus juta yang sepatutnya rakyat dapat, Umno akan guna duit ini. Sebab itu saya fikir baiklah Pakatan jelaskan perkara ini contohnya isu minyak.
Bagi saya bila Kerajaan tidak beri royalti minyak kepada Kelantan, sepatutnya rakyat Kelantan tidak undi lagi BN sebab ini satu penipuan besar-besaran. Apa sebenarnya wang ehsan? Kalau tidak ada hak langsung kenapa bagi juga? Kenapa tidak bagi kepada Johor atau negeri-negeri lain? Sebabnya mereka rasa berdosa kalau tidak bagi sebab itu wang rakyat. Tindakan BN dalam isu ini pada saya, kalau saya sebagai rakyat Kelantan, saya tidak boleh maafkan dan saya tidak akan undi BN lagi. Tapi tidak semua orang macam itu. Jadi jelas bagi saya, sebagai negeri miskin, kalaulah duit itu diberikan bukankah banyak benda yang boleh dibuat. Macam Datuk Mustafa kata kita tidak ada hak. Kalau tidak ada hak, nak bagi buat apa? Macam Terengganu. 19 tahun bagi royalti tapi bila PAS perintah dia panggil Wang Ehsan jadi rakyat tahu muslihat mereka ini. Tak perlu rujuk undang-undang antarabangsa. Berbalik kepada soalan tadi, saya bimbang dengan duit yang banyak ini, banyak perkara yang boleh mereka lakukan seperti di Manek Urai dulu. Mereka ada duit banyak, PAS menang tipis sahaja.
Jadi untuk mengatasinya, rakyat Kelantan mesti diberikan kesedaran politik yang tinggi. Yakinkan mereka bahawa masa depan negeri Kelantan, anak cucu mereka bergantung kepada politik yang telus dan jelas. Pakatan Rakyat akan memberi wang ini kepada Kelantan malah kita buat keputusan, sekiranya BN menang di Kelantan, dan kita mentadbir Kerajaan Pusat, kita akan bagi kerana rakyat pilih mereka. Kita kena hormat. Tapi BN mana tahu hormat undang-undang. Moral pun tidak ada. Kita kena sedarkan rakyat Kelantan. Dosa tidak bagi royalti ini tidak boleh dimaafkan. Bila kita bising, barulah ada Wang Ehsan. Kalau kita tidak bising, Wang Ehsan pun tidak ada. Patutnya Kelantan menolak BN sebab perkara ini.
Apa komen anda?
anak2 kelantan tak patut berbelah bagi dalam hal ini. hak kelantan adalah hak rakyat kelantan. tak kira parti mana anak kelantan itu, atau daripada haluan kiri atau kanan, mereka sepatutnya sokong untuk dapatkan royalti.
ReplyDeletegarden
setuju ngan kenyataan dato zaid simple tp padat kalo semua rakyat kelantan baca kenyataan ni inyaallah usaha umno nk rampas kelantan sukar
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteHuh lama tak singgah kat blog sahabat ni, al hamdulillah pada 28 haribulan ini rakyat Kelantan nampaknya satu suara untuk mendapatkan hak mereka, 100,000 rakyat akan berhimpun untuk menuntut royalti, kita nak dengar apa pula kata UMNO pusat ?
Mahu bagi ke tak mahu bagi ?
datuk zaid ni buleh paka hok dio kato stengoh-stengoh bab nih...
ReplyDeletetengok teganung sudoh la... rakyak relo keno bayar smula cuka banda pasal buleh duit ehse tu... tapi lo ni gak... ngango jah la...
garden
ReplyDeleteMemang sepatutnya begitulah pendirian Rakyat Kelantan. Tetapi apakan daya fikiran dan tindakan mereka kita tak berhak tentukan.
Cuma kepada yang berfikir dengan waras dab rasional, mereka membela dan menuntut hak. Di atas kertas undi pun boleh.
Anonymous
ReplyDeleteBagi yang tahu 'hak' sahaja yang sedar. Yang bongok dan menjadi tali barut, memang susah nak sedar.
W'salam ~PakKaramu~
ReplyDeleteSelamat pulang dan mudah-mudahan mendapat Haji Mabrur.
Harapan yang tinggi semuga Kerajaan Persekutuan mendengar tuntutan Rakyat Kelantan menuntut hak mereka.
Anonymous
ReplyDeleteSeboleh-bolehnya janganlah Rakyat Kelantan pun nganga macam mereka di Terengganu.