Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 13, 2010

Betulkah SPRM Sudah Bebas?

Copy n paste dari Malaysia Kini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, mulai tahun ini, tindakan akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan kepada pihak media maklumat dalam aduan mereka kepada SPRM.


Dalam sidang akhbar sulungnya selaku ketua pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim, 48, berkata mengikut Seksyen 29(4) Akta SPRM, sesiapa yang didapati mendedahkan maklumat mengenai aduan yang dibuat, boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.



Menyentuh tentang beberapa tindakan ahli-ahli politik, Abu Kassim berkata, mereka membuat aduan mengenai dakwaan berlakunya rasuah, tetapi pada masa yang sama, mendedahkan juga maklumat kepada umum.

Di bawah akta tersebut, katanya, tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang memberi maklumat, termasuk pemberita yang melaporkannya.

Katanya, maklumat tersebut tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang selain pegawai SPRM dan timbalan pendakwaraya.

Abu Kassim berkata, SPRM terpaksa bertindak demikian kerana ia membabitkan keadilan dan maruah orang yang diadu.

Katanya, ini kerana ada kes di mana pengadu membuat aduan dengan niat yang terselindung dan bukannya untuk membasmi rasuah.

Katanya, mereka yang didapati bersalah berdepan dengan hukuman dua tahun penjara atau denda RM100,000.

Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menyekat kebebasan media atau hak pengadu, tetapi tindakan tersebut terpaksa dilakukan demi keadilan.

Abu Kassim berkata, SPRM boleh membuat aduan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukannya.

Abu Kassim juga ditanya mengenai satu laporan yang dibuat terhadap Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.

Beliau turut menyentuh banyak lagi isu-isu, termasuk siasatan terhadap dakwaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, usahanya untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking indeks persepsi Rasuah, dan juga meningkatkan reputasi SPRM.

Abu Kassim juga menafikan yang beliau menerima arahan dari pihak atasan, sama ada hendak memula atau menutup siasatan, dengan berkata beliau tidak pernah menerima arahan seumpama itu.

Soalan saya "Betul ke ni?"

Apa yang saya dengar dari Taklimat Pihak SPRM dulu BPR di jabatan tempat saya cari makan, setiap kes yang melibatkan "Jerung" mesti mendapat lampu hijau dari Perdana Menteri terlebih dahulu untuk teruskan pendakwaan.

4 comments:

  1. Salam Pakdin,

    Mungkin ini usaha memperkasakan SPRM agar lebih berwibawa.

    Dari satu segi, ia membantu meningkatkan imej agensi ini. Dari sudut yang lain pula, ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif yang tidak terjangka.

    Apa pun, saya berdoa pegawai SPRM dapat menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan telus, tanpa mengira pihak mana yang mereka siasat. Jika SPRM telus dan 'berani', orang-orang 'di atas' tak berani untuk terima rasuah.

    Jangan fokus pada bilis sahaja. Jerung pun, lebih bahaya dan 'banyak makan'nya.

    ReplyDelete
  2. pegi lah tangkap alwi adun kok lanas tuh... hari tu dia duk dedah kata dia ada bukti kes beli kek arifpami tuh... siap kata ada resit ngan dia...

    ReplyDelete
  3. W'salam sdr. Brahim

    Memang kita mengharapkan mereka bertindak bebas. Tapi semasa saya hadir taklimat mereka dulu (BPR, sebenarnya mereka tidak bebas terhadap kes yang berprofile tinggi terutamanya.

    Merit mereka tidak akan naik selagi teraju masih di tangan orang lain yang berkuasa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa