Ku Li kata Kelantan berhak terima Royalti bukan Wang Ihsan. Bagi saya Royalti adalah hak, Wang Ihsan adalah sedekah. Bangsat dan bacul sangatkah Rakyat Kelantan sehingga sanggup terima sedekah sedangkan hak sebenar dinafikan?
Jadi di manakah duduknya taraf Mustafa Mohammad di kaca mata Kerajaan Pusat yang didokong olehnya?
Bangsat? Bacul? atau Pengemis?
Di bawah adalah Rakyat Kelantan yang ada maruah. Mereka tetap menuntut hak!
Di Selangor pula lain ceritanya.
Hassan Ali terlepas dan Khalid Samad "tergantung!"
Seingat saya kesalahan Hassan Ali amat jelas dan nyata. Siap dengan vedio sekali. Seantaro Malaya sudah tahu. Sudah riuh rendah suara bantahan dari manusia yang celik di bumi yang bernama Malaysia.
Tapi kerana kroni, Hassan terlepas. Bukankah Hassan Ali adalah "Orang Kuat" UG?
Ini saya yang tuduh. Orang luar nak kata apa, katalah. Saya dah bengang ni!
Saya pinjam kata-kata Tulang Besi "Kalau Khalid benar2 bersalah, saya pun tak sokong dia. Tapi apa sebenarnya kesalahan Khalid? Saya ingin bertanya".
Saya juga bukan penyokong Khalid tetapi saya junjung keadilan. Kalau inilah keputusan yang diperam berbulan-bulan baru dikeluarkan. Saspen bagai nak gila tapi inilah keputusanya.
Apa bezanya dengan UMNO? Ambillah bahagian kau Khalid.
betul tu abg din. pas berkali-kali memberi isyarat yg salah kepada rakyat yg mengundi. pemimpin pas ni agaknya bodoh bebal memikirkan mereka menang besar pru12 hari tu semata-mata dgn undi ahli-ahli pas yg wala'?
ReplyDeletesaya sebagai pengundi atas pagar yg sentiasa tidak mengundi umno disebabkan mereka zalim kepada rakyat, berkemungkinan besar tidak akan mengundi calon pas pada pru13 nanti disebabkan tiada beza pemikiran pimpinan pas dgn pimpinan umno. malah lebih buruk lagi disebabkan mereka berselindung di balik topeng ugama!
kalau lah boleh diminta kembali duit yg telah didermakan pada pas selama saya hadir ke ceramah mereka....
- ir Anon
Saya sokong, Tuan Ibrahim Tuan Man tak layak jadi hakim, apakah dia tidak takut hukum Allah.....
ReplyDeleteHai tak tahu nak cakaplah kalau macam ini...
Pesuruhjaya Pas Pahang hampas.....
Malu saya orang Pahang.
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteDalam isu royalti, maka terbukalah minda dan mata rakyat Kelantan untuk membezakan siapakah pembela dan pengkhianat kepada rakyat Kelantan.
Dalam isu JKD-PAS. Jika di ikutkan pertuduhan, maka kesalahan mendedahkan maklumat sulit parti (kononnya) dan mengkritik PJ Pas Selangor adalah lebih besar dari kesalahan mengkritik prosedur SELCAT dan perlantikan pengurus besar PKNS.
Rasionalnya parti lebih utama dari kerajaan negeri.
Dalam isu pengkhianatan, rasanya semua ahli PAS perlu bersatu hati membuat laporan berkaitan pengkhianatan dan persekongkolan UG-umno yang di cetuskan oleh hasan ali dan nasha.
Supaya boleh JKD-PAS membuat siasatan dan membuat keputusan. Saya pun benggang juga dengan hasil keputusan terkini.
Apabila di renung kembali, ianya perlu kembali kepada maksud utama dan topik asal pertuduhan.
Walaupun penubuhan dan ahli JKD-PAS sendiri boleh dipertikaikan. Dan boleh dianggap sebagai satu lawak bangang dari PAS.
ir Anon
ReplyDeleteAbang Din pun rasanya kali inilah marah sangat dengan tiga empat kerat Kepimpinan PAS yang memang ber'onar'.
Duit derma tu kalau kita tidak halal, kita yang rugi dari segi nilai Akhirat.
ababina328
ReplyDeleteBagi Orang Pahang sama-masalah bermunajat semoga Allah kurniakan Pemimpin yang Allah berkenan.
Harapkan PAS Pahang akan selamat dan maju jaya hendaknya. Sama-samalah baiki kepincangan.
W'salam anakanda Isa
ReplyDelete"Dalam isu pengkhianatan, rasanya semua ahli PAS perlu bersatu hati membuat laporan berkaitan pengkhianatan dan persekongkolan UG-umno yang di cetuskan oleh hasan ali dan nasha".
Ayahanda setuju sangat dengan cadangan ini.