Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.
Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.
Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.
Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.
Program tersebut juga mencatat satu sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan dan pegawai tadbir negeri hadir.
Sedangkan sebelum ini padang bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.
Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.
Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.
Biar pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia turut dihadiri Pemangku Raja.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan kehidupan rakyat.
"Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita mulakan usaha murni ini di Kelantan.
"Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.
"Kesemua perubahan itu berlaku di Kelantan," katanya melahirkan rasa gembira ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.
Ciluk dari Web Panas. Terima kasih Asrol
Salam MountDweller,
ReplyDeleteAmat sesuai dengan nama "Serambi Mekah". Amat terharu saya.
W'salam Dr.
ReplyDeleteYa Dr, memang membuatkan terharu dan bangga. Lembu Korban pun Baginda sembelih dan bahagi-bahagikan sendiri.
salam Tuan:
ReplyDeleteini akan melenyapkan segala polimek tentang kerajaan negeri. mereka yg bising2 sebelum ini hanya untuk mencari publisiti rupanya. mana suara ibrahim katak yg bising mengkiritk TGNA dan cuba menanguk air yg betul2 keruh dengan menyokong tindakan adinda tengku faris yg dilucutkan PERAJAANnya. rupanya Tengku Faris lebih yakin dan mempercayai kewibawaan TGNA. Tengku Faris telah mengembalikan KEPERCAYAAN RAKYAT KELANTAN KEPADA TGNA. TAHNIAH, RAJA YG SENTIASA DIHATI RAKYAT, DAULAT TUANKU!!!
akum,ayahnda
ReplyDeletealhamdulilah... begitu lah hendaknya
raja dan sultan menjadi payung kepada rakyat
Salam,
ReplyDeleteMasyaallah...Terharu saya tengok, tumpang bangga walaupun bukan rakyat Kelantan. Pertama kali saya jumpa seorang Raja yang merealisasikan ayat Allah bahawa apabila bertemu Allah, tiada perbezaan pangkat dan harta dunia. Sekilas pandang kita tak dapat nak bezakan siapa ketua siapa rakyat.
Hebat betul Kelantan. Semoga doa-doa itu dimakbulkan. Amin.
ReplyDeletePada masa sekarang ini cuma Kelantan dan Johor sahaja yg mempunyai sultan yg begitu bersemangat mengetuai jemaah mereka.
ReplyDeleteMungkin di masa depan Pemangku Sultan Kelantan akan juga menjadi khatib dan imam dalam sembahyang Jumaat seperti yg lazim dilakukan Tengku Mahmud sultan Johor semasa beliau sihat dahulu.
Begini lah sepatutnya - bukan ketua Islam hanya pada perlembagaan negeri sahaja.
- ir Anon
salam, pakdin semoga sihat dan murah rezeki hendaknya.
ReplyDeletesama-sama.
oh ya, dr wahab pun ada di sini juga, pengasas blogger network malaysia ...we miss the cyber war time dulu..
Salam Ayahanda,
ReplyDeleteMacam ini punya sultan/raja (walau pemangku), yang patut kita hormati.
Bukannya yang pandai bercakap dan jadi boneka saja.
Kredibiliti dan tanggung jawap terhadap rakyat dan negeri itu yang penting sebagai seorang pemimpin.
Akhirnya Nik Aziz terpaksa buat statement pasal isu PMBK tu.
ReplyDeletehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
Assalamualaikum Pakcik Din..
ReplyDeleteAlhamdulillah..biar pun peristiwa baru berlaku (walaupun mengimani sembahyang hajat shj)sekurang-kurangnya ada titik permulaan kepada pemerintah kita memahami tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah di bumi Allah ini..
Salam Pakdin,
ReplyDeleteTerharu saya membaca berita Tuanku Pemangku Sultan Kelantan mengimamkan solat, jarang sekali kita dengar di mana-mana negeri.
Jika begini tingkah sultan, wajarlah ia menjadi pelindung kepada agama Islam. Barulah rakyat terasa hubungan rapat dengan istana.
Saya berdoa agar Raja Nazrin juga akan berupaya mengimamkan solat di negeri Perak. Insya-Allah.
W'salam sdr. kulat
ReplyDeleteKatak memang tidak boleh diambil kira. Bising pada musim hujan saja. Bila kemarau terus lenyap.
Memang hak Tengku Faris sebenarnya. Di mata rakyat pun Tengku Faris amat jauh ke depan. Selepas Tengku Faris ada lagi Tengku Bendahara. Setahu saya Tengku Faris dengan TGNA memang rapat sejak Tengku Faris kecil lagi.
W'salam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteRaja yang berdaulat memang sentiasa di hati rakyat.
akuatik
ReplyDeleteSebenarnya kami rakyat Kelantan cukup bangga walau pun sebelum ini Tengku Faris memang bersama rakyat di masa susah.
Pada Hari Raya Korban pun Tengku Faris sembelih lembu korban sendiri dan turut bahagi-bahagikan korban kepada rakyat.
Banginda memang jenis easygoing sejak dari kecil.
Harimau-Menaip
ReplyDeleteKami bersyukur dan sama-sama berdoa.
ir Anon
ReplyDeleteKita rakyat Kelantan pastinya berada di belakang Tengku Faris.
Betul, Johor dan Kelantan terkehadapan dari Raja lain di dalam hal Masjid dan Solat.
Rakyat Kelantan Darul Naim
ReplyDeleteAlhamdulilah Pak Din sihat dan terima kasih di atas doa. Pak Din pun doakan Asrol cepat sembuh dan sihat kembali. Maklumlah masih Pengantin Baru mana boleh berjauhan lama-lama.
Oh.. Dr. Wahab ada di Kelantan ke? Kalau beliau masih di sini rasanya Pak Din nak jumpa dia.
W'salam anakanda Isa
ReplyDeleteTengku Faris sememangnya kurang cakap tapi banyak usaha dan bertindak.
Semasa memangku Sultan ni pun sudah banyak dia bertindak dan membuat perubahan pentadbiran peringkat Negeri (SUK).
Anonymous
ReplyDeleteTerima kasih, saya dah baca. Ini mengesahkan apa yang ditulis kickdefella itu betul. Saya salute kerana TGNA berani mengaku kesilapan walau pun orang lain yang buat taik. Silap beliau ialah melantik Ariffahmi di situ.
Apa pun saya bersyukur TGNA telah bertindak membetulkan keadaan walau terpaksa menanggung beban bayaran. Tetapi semuanya untuk kepentingan rakyat.
UXOP
ReplyDeleteBetul, walau hanya menjadi Imam Solat Hajat tetapi itu akan menjadi permulaan kepada tugas yang lebih besar. Solat Jumaat umpamanya. Memang baginda mampu sebenarnya.
W'salam sdr. Brahim
ReplyDeleteTuanku Raja Nazrin pun boleh kalau beliau mahu. Belajar dan amalkan itulah asasnya.
Bagi Tengku Faris berada majlis agama bukan asing baginya. Solat waktu juga kekadang orang ramai tidak sedar baginda hadir terutama Solat Subuh di Masjid yang berhampiran Istananya.
Di kebanyakan majlis baginda tidak menyusahkan rakyat kerana kehadirannya.
mana pegi rajagopal negeri lain??? takkan setakat nak tunjuk lagak setakat merasmikan jamuan makan,majlis tilawah,sampaikan bantuan, mesyuarat amno dengan pengiring yang menyusahkan lalulintas jer kot......!!!!!
ReplyDeletemadbi
ReplyDeleteYang di negeri lain tu memang Rajagopallah kot?
Rajagopal memang tidak ke Masjid!