Memang rempah ratus yang sempurna
Najib Sakit Kepala Dengan Gelagat Egois Mahathir
LASTIK MALAM
Semasa berucap dalam majlis dinamakan Bicara Mahathir di bawah tajuk Masa depan Melayu dan Islam selepas PRU-13, anjuran Karangkraf, Mahathir Mohamad terus mempamirkan keegoaan dan sifat 'maksumnya' tidak mahu mengakui kesalahaan dan dosa-dosa politiknya masa silam kandati ia telah nyata bagaikan baris.
Dia jauh sekali bukan seperti Lecen Amrstrong yang mengakui mengambil dadah untuk berjaya dalam perlumbaan kayuh basikal. Dari sudut ini atlik itu ternyata lebih berintergriti berbanding dengan bekas seorang perdana menteri yang setengah orang mengkultuskan PM terhebat di Asia Tenggara.
Di majlis itu dia tetap memperagakan dia adalah maha hebat, maha bijak dan maha pandai serta maha Melayu. Manakala orang lain adalah maha bodoh, maha dangkal dan maha haprak. Dari masalah yang timbul kini dan menyebabkan sesetengah orang Melayu menggigil untuk melihat masa depannya, beliau tidak sedikit pun mahu ralat apa lagi membuat apologi. Beliau tetap menyalahkan orang lain. Memanglah seroang yang sombong dan bongkak tidak akan mengaku yang tahinya busuk.
Dia terus tuding dan tuding kepada semua orang. Atas sikap dan keegoannya itulah maka beliau mendapat gelaran MAHAFIRAUN. Mahathir barang kali merasai wajar dia merasa ego begitu dan dia hebat sehebat Firauan kerana berdasarkan kepada rekod-rekod 'jenayah' politik masa lampau yang begitu istimewa dan berjaya meletakkan beliau di puncak jaya.
Saya tidak mahu menganologikan Mahathir sebagai Firaun, sebab Firaun adalah mahkluk yang disebut beberapa kali di dalam al-Quran. Kejahatan Firaun digazet oleh Allah dan tidak terlawan olehnya. Kehebatan dan dosa Firaun tidak akan tertanding oleh sesiapa pun hatta Mahathir. Biarlah dalam melihat kehandalan Mahathir berpolitik dan mengalahkan banyak lawannya, saya gelarkan dia sebagai seekor Ox tua saja. Ox yang tidak pernah terkalahkan oleh mana-mana matador setakat ini.
Sepanjang sejarah Mahathir turun ke gelanggang dia tidak merasai kekalahan sehingga ia benar-benar kalah. Dia adalah seekor ox yang berbiaa sekali, dan perasaannya itulah yang dirasai kini menjadikan dia ego, agah, hebat dan tidak pernah merasa takut dan tahu hormati kepada orang lain. Orang lain dipandangnya sebagai sampah, hina dina. Di sini ada sifat-sifat atau fiil kecil Yahudi atas diri Mahathir bila dia tidak mengikhtiraf orang lain.
Dalam sejarah politiknya seorang demi seorang matador ditewaskan. Semua matador baik yang menyerangnya atau diserang kerana perasaan cemburu semua tewas kepadanya. Meskipun ada matador yang berjaya menghunjamkan lembing ke perutnya, namun dia masih boleh survive dan melawan balik hingga matador tertumus.
Tokoh-tokoh yang suatu masa dulu gemilang dan mempunyai potensi besar untuk menjadi pemimpin negara seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Ghazali Shafei, Ghafar Baba atau Anwar Ibrahim dibunuh satu persatu ada yang jatuh dengan kaki keempat-empat ke langit. Kalau mereka ini adalah matador yang cuba berdepan dengan Ox, semuanya kalah dan tewas.
Rekod itu menjadikan Mahathir agah dan besar kepala. Sampai ke hari ini dia merasai akan kehebatannya itu dan kehebatan itu menjadikan dia optimis. Dia jadi terlupa kepada satu hari dia pernah menangis bagaikan budak rindukan coklat di hadapan ramai. Dia lupa. Selalunya seeorang yang merasakan dia besar dia lupa kepada sejarah kecil begitu, dan para pengkagumnya pula tetap mendewa dan mengkultuskan dia sebagai tetap hebat. Tangisan itu adalah tangisan politik.
Hari ini dia masih mahu menjadi jaguh. Dia merasakan dia penting dan diperlukan. Bahkan negara ini dan Umno merasakan memerlukan dia untuk menjadi pawangnya. Peluang yang diberikan ini menjadikan Mahathir kian merasa dia penting dan kepalanya semakin besar. Najib Razak yang bertanggungjawab memberi peluang tentu merasa ralat dan sakit kepala melihat telatah Mahathir. Mahathir kini sebagai ox tua yang diberi kuasa bangkit turut 'merembas' Najib.
Secara peribadi saya tidak merasa hairan dengan kejayaan dan kehebatan yang dicapai Mahathir dalam menjatuhkan pesaingnya dalam partinya, atau pun mengagalkan parti lawan dalam pilihan raya. Sebagai seorang yang tidak mengambil sifat-sifat kepimpinan Rasulullah s.a.w. akan jadi seperti itu. Mahathir tidak bersungguh mengambil sifat; siddik,amanah, tabligh dan fatanah seperti mana yang menjadi pakaian Rasulullah s.a.w.. Kalau Mahathir mengambil sifat-sifat itu dia tidak akan dipertikaikan dan kecemerlangannya tidak berbaur dengan kemungkaran.
Kerana beliau tidak mengambil kesemua sifat itu secara holistik, maka beliau bersedia menerima pakai konsep matlamat menghalalkan cara. Mahathir tidak kira apakah kaedah digunakan itu bertepatan dengan syariat Islam atau tidak, yang penting ia dapat mencapai natijahnya. Di dalam Islam bukan begitu, sesutau pekerjaan baik itu hendaklah dimulakan dengan niat yang baik. Di dalam Islam tidak boleh memakan bangkai untuk kenyang kerana ia adalah kaedah dan hukumnya, kena sembelih, kecuali dharurat?
Tetapi tidak dengan Mahathir. Itu projek IC palsu di Sabah adalah satu contoh terbesar kejahatan dan kaedah buruk diguna pakai oleh Mahathir. Contoh ini akan digunakan pakai dan akan dilekat dalam kitab sejarah politik Mahathir. Saya tidak pasti apakah projek IC palsu ini adalah diharapkan secara tulus dalam biografinya.
Menerusi projek itu niatnya baik untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Pairin Ketingan kerana ia menyuburkan Kristian dan kegiatan kristianisasi di Sabah, tetapi dari prinsip demokrasi dan Islamnya salah sebab ia satu penipuan. Di dalam Islam konsep matlamat menghalalkan cara adalah salah.
Bagaimana licik dan kejamnya Mahathir. Hari ini apabila agenda merampas Sabah menerusi kaedah tidak Islami dan bertentangan dengan prinsip demokrasi itu terdedah beliau tetap tidak mengakui. Dia berdolak dalih mahu menang dengan menuding kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman yang lebih banyak memberi warga negara kepada orang asing.
Demikian huduh dan jahatnya Mahathir. Hari ini pula beliau makin keras untuk membela dirinya serta mahu orang melupai kejahatan dan dosanya dengan mengsyorkan supaya sebuah suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk mengenali pasti berapa ramai jumlah orang asing yang mendapat IC menerusi dasar jus soli 1945 itu.
Pendedahan mengenai projek IC di Sabah itu sesuatu yang memalukan Umno dan kini ditanggung oleh Najib Razak. Dalam saat SPR cuba membela dan melindungi kerja-kerja jahat mereka, mendaftar pengundi hantu, tiba-tiba kejahatan Mahathir terdedah pula. Paling buruk lagi apabila Mahathir menegakkan benang basah dengan memburukkan Tunku Abdul Rahman yang sudah tiada.
Orang bertanya kenapa Mahathir terus attack Tunku, walaupun bapa kemerdekaan itu sudah tiada lagi di dunia ini. Semua itu adalah kerana dendam Mahathir kepada Tunku. Serangan itu juga membuktikan Mahathir seorang pendendam.
Najib kini sudah terperangkap dalam jerat yang dipasangnya sendiri kerana memberi peluang dan meminta Mahathir turun berkempen untuk Umno dalam pilihan raya ke-13. Baru disedari pula Mahathir turun dan berkempen bukan untuk memastikan dia (Najib) kekal di kerusi PM sebaliknya mahu digantikan dengan Muhyiddin Yassin.
Berbalik kepada majlis Mahathir di Karangkraf yang berkerjasama dengan Astro Awani kemudian disiarkan rakamannya di saluran itu, suka saya mencadangkan kepada Karangkaraf agar berbuat benda sama juga ke atas Anwar Ibrahim atau Abdul Hadi Awang. Selepas ini Karangkaraf panggil Anwar kemudian Astro merakam dan menyiarkannya seperti mana dilakukan terhadap Mahathir.
Cengan cara itu saya pasti orang akan mengikhtiraf Karangkraf adalah pelupor kepada media bebas dan tidak berpihak di negara ini. [wm.kl.10:04 pm 19/01/13]

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa