Bila dah riuh rendah dia sukalah
Sebab dia tak mahu tenggelam dekat-dekat pilihanraya ni
Bila dah semua orang tak layan
Dengan buat gimik bodoh begitu
Akan adalah media berikan ruang untuk dia bercakap
Kalau tidak dia akan lenyap di dalam ingatan semua orang!
Gerakan: Ibrahim 'anarkis' kerana seru bakar Injil BM
Timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn menuntut polis mengambil tindakan ke atas presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang digelarnya sebagai seorang "anarkis" kerana menyeru supaya membakar kitab Injil menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Melayu.
Katanya, seruan MP Pasir Mas itu akan menyebabkan "ketegangan" akan berlanjutan kepada "huru-hara di jalanan".
"Cadangan ekstrem ini pasti akan memprovokasi kemarahan masyarakat Kristian kerana mereka melihat ia sebagai penghinaan besar kepada agama mereka.
"Saya percaya tiada agama di dunia yang menggalakkan pengkhutbah mereka untuk menghina agama lain," kata Chang dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau juga mahu polis bertindak ke atas kumpulan yang didakwa menyebarkan risalah bagi mempromosi satu acara mambakar Injil pada 27 Januari di Pulau Pinang.
"Kami masih tidak pasti mengenai ketulenan rancangan tersebut sama ada benar atau hanya rekaan. Walau apapun, kami menggesa polis mengambil langkah sewajarnya untuk menghalang tindakan berkenaan sekiranya benar (acara itu diadakan)," katanya.
Buat masa ini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab mengedarkan risalah berkenaan.

PERKASA Pulau Pinang turut menafikan akan menganjurkan acara membakar kitab Injil tersebut.
Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan yang dipertua PERKASA negeri, Yusof Suhaimi Mohd Yatim yang berkata pertubuhan itu menghormati undang-undang dan memperjuangkan keamanan negara.
Yusof mendakwa penyebaran risalah untuk acara tersebut dilakukan pihak tertentu untuk "menangguk di air keruh".
Beliau turut mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang menyeru supaya Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah dibakar.
"Saya juga faham niat beliau adalah untuk mencegah umat Islam yang marah daripada mencederakan pihak mengedarkan Bible berbahasa Melayu," katanya. - mk

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa