Rafizi kata akaun Facebook digodam, nafi mohon maaf
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menafikan bahawa beliau membuat permohonan maaf kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Facebook hari ini.
Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Rafizi berkata kenyataan palsu tersebut dimuatkan di laman Facebook beliau yang didakwa digodam.
"Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.
"Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat," kata Rafizi.
Kenyataan yang dimuatkan di Facebook tersebut, antara lainnya menyebut bahawa beliau berasa sangat bersalah atas tulisan bertarikh 29 Disember 2012 di blognya, bertajuk 'Dakwaan Deepak Ada Asas, Wang rakyat Disalahguna Untuk Menutup Mulut Deepak'.
Rafizi berkata kenyataan berkenaan dimuatkan di Facebook kerana pihak berkenaan berbuat demikian kerana tidak dapat lagi berdepan dengan pendedahan yang memalukan pemimpin BN.
Rafizi juga mendakwa, laman Facebook timbalan presiden parti Azmin Ali turut menjadi sasaran. - mk

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa