Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 24, 2013

Mana Gambarnya Aku Nak Tengok, Betul ker Mereka Muka-Muka Penyokong PAS?

Nak tengok juga macam mana rupanya Mohd Rosli Ghazali nih
Ramai juga orang-orang kat kampung ni yang aku kenal
Cuma aku hairannya, ada lagi manusia yang bernama Melayu tapi tak faham Bahasa Melayu
Guan Eng baru minta,bukan dia paksa pun.
Melayu dah mengamuk! 
Dan pihak PAS pula bukan bersetuju pun

Tapi bila Bintang Porno menghina dan mencaci Agama dan Hukum Islam, diam bagaikan manusia bisu. 
Apa hal? 
Aku kata bodoh kang marah...

Kalimah Allah: Penyokong PAS bantah Guan Eng, desap PAS keluar Pakatan
January 24, 2013

KOTA BARU, 24 Jan – Lebih 50 penduduk termasuk penyokong PAS yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu dibenarkan.

Selain membawa sepanduk mengecam Lim, penduduk Kampung Padang Enggang itu  turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.


Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudiannya mendesak PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.


“Atas nama Islam, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.


“Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram,” katanya.


Mohd Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.


Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.


Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama PAS kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa