Biasalah politik.......
Ambil peluang apa saja asal menguntungkan
Tahi pun akan dijadikan isu kalau boleh bawa untung dan raih sokongan
Tapi aku agak nadanya agak terdesak dan gabra jek?
Published: Khamis Januari 24, 2013 MYT 7:38:00 PM
Pembangkang Ambil Kesempatan Isu RCI Demi Kepentingan Politik - Salleh Tun Said
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat pakatan pembangkang yang diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang terhadap kemungkinan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan isu pendatang tanpa izin di Sabah, buat selama-lamanya.
Menggambarkan pembangkang sebagai oportunis, beliau berkata pembangkang cumamemanipulasi dan mengambil kesempatan daripada keadaan itu demi kepentinganpolitik dan mencampuri tugas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di negeri ini.
"...yang nyata, Pakatan (pembangkang) bimbang bahawa BN akan menyelesaikanisu pendatang tanpa izin di Sabah. Sebab itulah mereka mempolitikkan isu ini.Mereka tidak mahu panel RCI menyelesaikan tugas mereka dan menggunakan kenyataandaripada bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk meremehkankeputusan suruhanjaya berkenaan.
"Strategi utama mereka adalah untuk membabitkan Umno," katanya kepadaBernama selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di sini Khamis.
Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri, diminta mengulas forum bermaksud membincangkan RCI anjuran sebuah parti pembangkang di sini Khamis.
Beliau mengulangi bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh untuk menyelesaikansama sekali masalah pendatang asing di Sabah yang tiada kesudahannya.
"Jika mereka ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini, mereka sepatutnya menyokong RCI untuk menyiapkan tugasnya," katanya.
Selasa lepas, Salleh, yang juga Ketua Umno bahagian Kota Belud mencabar Anwar supaya berterus terang mengenai pendatang tanpa izin kepada suruhanjaya berkenaan yang ditugaskan meneliti masalah yang tertangguh di negeri ini sejak sekian lama.
Salleh dipetik sebagai menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab Anwar untuk berbuat demikian memandangkan beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, dan menambah: "beliau (Anwar) seorang yang berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah".
Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan oleh perdana menteri pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.
Prosiding pendengaran suruhanjaya itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah danSarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Anggota panelnya ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri yang juga bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J. Luping.
Prosiding berikutnya akan diadakan dari 29 Jan hingga 1 Feb dan dari 22 hingga 27 Feb.BERNAMA
Nak selesai macam mana? Takkan nak tarik balik kerakyatan segera yang diperolehi mereka itu? Penyelesaian hanya boleh berlaku jika Dr M dan mereka yang terbabit dihadap ke mahkamah dengan berbaju lokap dan tangan bergari... itu mungkin boleh dikatakan separa selesai.
ReplyDeleteAnon 3:07AM
ReplyDeleteMemang betul, memang tidak boleh berpatah balik dan tindakan undur ke belakang.
Cuma dengan terhukumnya manusia-manusia durjana ni, mungkin meredakan sedikit kemarahan rakyat