Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 30, 2013

Ko Masuk UMNO Jerlah!

Nampaknya UMNO dah berkenan
Fathul Bari pun dah pelawa
Najib dah membela Mahathir pun membela
Begitu juga dengan Hasan Jati dan Zul Camelion
Apa tunggu lagi Mereka pasti akan sediakan Pentas untuk mencincang PAS!
Ke mana Nasha selepas ini?
MUHAMAD MAT YAKIM
30 Januari 2013

DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam seakan menunjukkan pintu kepada Nasharudin Mat Isa supaya segera keluar meninggalkan Pas. Maksud ini diperlihatkan menerusi kenyataannya bahawa Nasha kini sudah boleh memilih mana-mana parti yang mahu disertainya - seumpama seorang wanita yang sudah diceraikan.

"Selepas itu (diceraikan), mana-mana lelaki lain nak buat bini, ambillah ..." Demikian Nik Aziz dilaporkan berkata.

Meneliti perkembangan terbaru konflik dalaman parti itu, boleh disimpulkan bahawa perjuangan Nasha bersama Pas yang digelumanginya sejak zaman pelajar di Jordan, sudah hampir berakhir.

Sekarang adalah masa untuk beliau membuat keputusan, sama ada meneruskan karier sebagai ahli politik sepenuh masa yang telah menjadi bidangnya sejak dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas pada 1999, menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan terutama yang memberi perhatian terhadap isu-isu kemanusiaan di Timur Tengah, khususnya Palestin, ataupun kembali semula ke bilik kuliah sebagai ahli akademik.

Apa sahaja bidang yang disertainya, Nasha sememangnya adalah ahli dan mempunyai reputasi yang tinggi. Cumanya, jika beliau memilih untuk terus menjadi ahli politik, parti manakah yang akan dipilih?

Nik Aziz semalam sudah mengingatkan, jika Nasha menganggap dirinya seorang pejuang Islam, di negara ini tidak ada parti yang memperjuangkan Islam selain Pas. Jika beliau memilih Umno, bagi Nik Aziz, Umno adalah parti yang menolak Islam dan memilih perjuangan kebangsaan (assobiyah).

Itu kenyataan Nik Aziz. Soalnya, adakah Nasha - yang pernah jadi orang nombor dua Pas selama tiga penggal berturut-turut - pun berpendirian seperti itu juga?

Mengenali Nasha, beliau bukan seorang ulama konservatif seperti kebanyakan ulama dalam Pas. Meskipun di peringkat awal kontroversi yang meletakkan dirinya di atas bara ketika isu Kerajaan Perpaduan berkumandang pada 2009, Nasha dikatakan hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Majlis Syura Pas untuk mengatur rundingan dengan pemimpin Umno, beliau sebaliknya tidak pernah mengundur daripada laluan yang telah dirintis untuk terus berhubungan mesra dengan pemimpin Umno.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa