Rabu Januari 23, 2013
PAS Tidak Tahu Nasha Ikut PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri
kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa
sambil melihat kereta yang telah dibom oleh tentera Israel
di Bandar Gaza, Rabu. Najib merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin setelah
melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza. -fotoBERNAMA
Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia.
"Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu
Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin.
"Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana," katanya ringkas.
Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.
Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.
Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi. - mStar
Kenpa mat sabu nak tahu? nak ikut sama ke? Ikut jelah sinuwa tu kemana dia pergi....
ReplyDeleteITU LA..ORG YG TINGGI ILMU DAN BYK KELEBIHAN DAN JASA DIKETEPIKAN ..SEBALIKNYA ORG MCM MAT SABU PULAK BOLEH DIANGKAT..
ReplyDeleteMMG MERUGIKAN PAS..
KLU ORG MULUT BELACAN MCM HASAN AKIDAH TU OK LA JGK NK DITENDANG..
TP TAK PATUT SGT BUAT USTAZ NASYA..
KDG2 PAS KENA JUGAK MUHASABAH DIRI..TAKUT BERULANG LG..
Salaam Saudaraku,
ReplyDeleteBila ditanya tentang masa depan politiknya,
Nasha pun jawab
Aku
Semakin
Hampir
Abis
Anon 17.15 PM
ReplyDeleteTak tahulah apa prosedur dalam parti mereka. Cuma adakah menjadi kesalahan bila ke luar negara tanpa pengentahuan parti?
Anon 9:56PM
ReplyDeleteItu adalah hak ahli-ahli PAS yang mengundi. Yang pasti bila ramai tak berkenan adalah masalahnya tu...
W'salam sdr.ku karajaan rakyat
ReplyDeleteNampaknya ke arah itulah muktakhir ini.