Di dalam jawatan pun dia tidak tunaikan amanah
Hadir mesyuarat pun tidak, di majlis penting juga sama
Tak nampak pun muka dia
Nasha kata PAS belum beritahu lucut jawatan
Bekas timbalan prsiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata beliau masih belum menerima makluman rasmi daripada parti berhubung keputusan Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu untuk menggugurkan jawatannya dalam badan tertinggi parti tersebut.
Menurut laporan Bernama petang ini, Nasharudin juga berkata parti berhak untuk mengambil semula jawatan lantikan tersebut.
"Jawatan (anggota Majlis Syura) tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak parti.
"Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," katanya seperti dipetik dalam laporan berkenaan.
Dalam laporan berkenaan, Nasharudin berkata beliau menerima ratusan SMS, e-mel dan panggilan telefon namun mendakwa masih belum menerima sebarang surat perlucutan jawatan itu.
Laporan semalam bagaimanapun menyebut, surat perlucutan jawatan berkenaan telahpun dihantar kepada MP Bachok itu, selepas mesyuarat berkenaan.
Setiausaha Majlis Syura Ulama itu, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh semalam dilaporkan berkata, mesyuarat berkenaan dipengerusikan mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," kata Nik Zawawi dalam laporan semalam.
Difahamkan Nasharuddin bagaimanapun kekal sebagai anggota biasa parti itu.
Laporan Bernama juga menyebut, Nasharuddin tidak menyatakan dengan jelas sama ada akan terus bersama PAS atau meninggalkan parti tersebut.
"Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau tidak," katanya.

buang aja penyamun ni!!!!
ReplyDelete