Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 28, 2013

Laa...Rupanya Rakyat Negara Ini Tak Siuman!

Itu sebab dia boleh buat apa saja ikut suka dia
Dia bohong dan tipu pun tak apa sebab rakyat tak siuman, tak tahu bantah
Dia berikan kerakyatan negara kepada Bangla dan India pun tak apa
Semuanya tak ada siapa yang kisah
Sebab semuanya tak siuman!
Sekarang bila BN dan kroni nak memeras rakyat melalui AES, dia harap rakyat diam
Dia anggap rakyat masih tidak siuman seperti dulu juga...

Dr Mahathir: 'Bila akan kita kembali kesiuman kita'
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
28 Januari 2013

Di negara-negara di mana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya kerana memandu terlalu laju.

Tidak ada sesiapa yang membantah terhadap penentuan had laju.

Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka pandu dengan kelajuan yang kerterlaluan. Dan berlakulah kemalangan dengan kehilangan nyawa.

Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang diperlukan. Dan, polis pun ditugas untuk mengesan kelajuan yang berlebihan kereta bermotor di jalan-jalan raya.

Apabila jumlah kereta bertambah dengan banyaknya, polis tidak dapat menjalankan tugas-tugas lain selain dari mengesan pencabulan had laju kereta di jalanraya.

Lagipun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat.

Berbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah kereta terus meningkat dan kemalangan dijalanraya turut meningkat. Maka diciptalah alat elektronik yang dapat bukan sahaja mengukur kelajuan tetapi mengenalpasti kereta yang terlibat.

Alatan canggih ini lebih berkesan. Tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini.

Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan sebarang negara. Malaysia adalah negara politik; negara demokrasi. Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang.

Justeru, usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kemalangan di jalanraya, menurun angka kematian kerana kemalangan kebawah dari 6,000 setahun, mesti ditentang.

Bukankah kemalangan ini adalah hak asasi manusia, hak asasi kita semua? Kenapakah pemerintah cuba rampas hak kami?

Sesungguhnya politik demokrasi negara tercinta ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu untuk ditentang.

Bilakah akan kita kembali kesiuman kita. Apakah segala-galanya perlu dipolitikan, ditentang kerana kita berhak menentang.

Sebenarnya pemandu kereta di Malaysia adalah diantara yang berbahaya sekali. Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan tiap tahun beribu akan mati.

Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga semua kita akan kehilangan ahli keluarga di jalan raya baharulah kita akan terima AES ini?

1 comment:

  1. wei...takyah cakap lapek-lapek la kutty...cakap je la lu mau rompak lagi banyak fulus...44b mana la cukop lagi kan...?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa