Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 12, 2013

Malaysia Dengan Perkara Peliknya

Jangan keliru
Itulah Malaysia tanah airku!

Saya tak tulis, taja atau minta buku itu diterbitkan, kata Pak Lah



"Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat Umno terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. 

"Saya tidak pernah meninggalkan Umno dan Insya-Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli Umno yang cintakan negaranya," katanya. 

Mengenai buku itu, Abdullah menjelaskan bahawa beliau hanya terlibat dalam satu wawancara pada 2011 yang lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku itu dan memberi ruang kepada beliau untuk menjelaskan beberapa perkara. 

"Saya tidak menaja atau meminta buku berkenaan diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa ahli akademik membuat analisis tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa