Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 11, 2013

Kisah Misteri Lagi: Orang Bunian Pun Ada Bank!

Dalam cerita ni hanya seperkara yang membuat saya tertanya-tanya
Macam mana boleh masa Solat Jumaat di sini dan di Mekah menjadi sama?
Kalau ikutkan logiknya memang susah nak diterima dek akal!
Tentang cek tu, aku no komen

Tentang kewujudan Bunian ni aku boleh terima sebab aku pun pernah alami semasa mendaki

Cek bunian
August 10, 2013
Sebenarnya alam bunian memang wujud. Orang bunian dikatakan berasal dari jin Islam.Tetapi manusia tidak dapat melihatnya. Mereka dikatakan tinggal di hutan belantara.

Kisah misteri
Pada hari Sabtu lepas, seramai 3,210 orang sudah baca kisah yang saya tulis, Bomoh Ekor. Saya terkejut kerana ramai yang membaca kisah benar itu. Ada yang mengatakan ia adalah cerita karut tetapi ia adalah pengalaman benar Ali dan Zaki.
Minggu ini saya akan tulis pengalaman mereka tentang cek bunian. Biasanya kita tengok cek bank CIMB atau Maybank atau lain-lain bank komersial, tapi kali ini saya mahu ceritakan tentang cek bunian yang dikeluarkan oleh kerajaan bunian. Tentu pelik bagi kita mendengarnya.
Sebenarnya alam bunian memang wujud. Orang bunian dikatakan berasal dari jin Islam.Tetapi manusia  tidak dapat melihatnya. Mereka dikatakan tinggal di hutan belantara.
Malah mereka suka kalau anak gadis mereka dinikahkan dengan manusia kerana mereka mahu zuriat daripada manusia.
Ali mengenali Haji Amin yang duduk di Senai, Johor. Haji Amin pernah disekat orang gila pada tahun 70an ketika mahu pergi ke masjid pada hari Jumaat. Orang gila itu berkata, tak payah pergi ke masjid, jom ikut saya.
“Nak ke mana?” tanya Haji Amin.
“Ikut sajalah. Pegang bahu saya dan pejamkan mata,” kata orang gila itu.
Haji Amin pegang bahu orang gila itu dan pejamkan mata. 10 minit kemudian bila Haji Amin celikkan mata, dia terkejut dia berada di Mekah. Rupa-rupanya tadi bukan orang gila yang menyekatnya.  Dia adalah wali Allah yang membawa Haji Amin ke Mekah.
“Kita solat di masjidil haram ini. Tunggu saya di pintu ini bila selesai solat nanti,” pesan wali itu.
Selesai solat Haji Amin tunggu wali di pintu yang dijanjikan. Maka mereka pulang semula ke tanah air sekelip mata. Haji Amin tidak cerita kepada kawan-kawannya tentang kejadian aneh ini. Sejak itu dia mempunyai kelebihan berubat orang sakit. Pelbagai penyakit yang boleh diubatinya termasuk penyakit gila.
Sekembalinya dari Mekah, Haji Amin diberi kelebihan untuk berinteraksi dengan orang bunian. Haji Amin sering kali masuk ke perkampungan bunian yang terdapat di sebuah gunung di Pulai.
“Zahid ini ada cek bunian, Zaki,” kata Ali kepada Zaki ketika mereka bertemu dengan Zahid di sebuah restoran mamak di Kepong.
“Berapa nilainya?” soal Zaki yang ingin tahu. Inilah kali pertama Zaki melihat cek bunian  yang tiada tulisan. Tetapi bila kertas putih itu disuluh dengan lampu picit  terdapat tulisan jawi yang menulis nilai wang itu.
“RM5 juta,” kata Zahid.
“Banyaknya,” kata Zaki terkejut.
“You ada orang yang boleh tukar cek ini?” tanya Zahid kepada Ali.
“Saya kenal Haji Amin di Senai. Dia selalu masuk ke alam bunian. Mungkin dia boleh tukarkan cek ini,” kata Ali.
“Bagus tu. Bila kita nak ke Senai?” tanya Zahid.
“Anytime boleh pergi. Tapi kami tiada duit,” kata Ali.
“Kita collect duit dari ahli jemaahlah,” kata Zahid.
“Berapa orang kita semua?” tanya Zaki.
“Saya ada lima orang. You punya berapa orang?” tanya Zahid.
“I berempat dengan Zaki,Hisham dan Cikgu Lazim,” jawab Ali.
Maka mereka pakat kumpul duit RM50 seorang untuk beli minyak kereta. Mereka sembilan orang pergi  dengan dua kereta ke sana.
Sampai di rumah Haji Amin, Ali sampaikan hajat Zaki untuk menukar cek bunian.
“Mana kamu dapat cek ini?” tanya Haji Amin.
“Cek ini diberi kepada orang tua saya sebagai pemegang amanah. Orang tua sudah uzur, Umur hampir 90 tahun. Dia lumpuh di rumah. Jadi dia suruh saya tukarkan cek ini,” kata Zahid.
Haji Amin setuju untuk bawa cek ke perkampungan bunian. Zahid dan Ali ikut sama, Manakala Zaki dan lain lain menunggu mereka di rumah Haji Amin.
Pagi itu Haji Amin bertiga sudah pergi ke sebuah gunung di Pulai. Mereka masuk ke perkampungan alam bunian. Dari kampung itu ketua kampung Syed Alwi yang mengenali Haji Amin membawa mereka ke bandar bunian pula.
Zahid kagum dengan keindahan bandar bunian itu. Keadaan sama dengan bandar kita yang penuh dengan pembangunan. Malah kereta mewah seperti Mercedes Benz pun ada di bandar tersebut.  Banyak bank yang terdapat di bandar itu. Maka Syed Alwi bawa Haji Amin, Zahid dan Ali menunggu di bilik pengurus bank di sebuah bank komersial di bandar bunian itu.
Cek sebanyak RM5 juta sudah ditunaikan. Zahid lega kerana sudah lama dia berhasrat menukarkan cek itu akhirnya menjadi kenyataan.
Sudah sampai mereka bertiga berpisah dengan Syed Alwi di sempadan kampung. Entah macam mana timbul perasaan tamak di hati Zahid. Daripada aku bahagi RM5 juta kepada 10 orang termasuk Haji Amin, lebih baik aku sapu sorang.
Sampai di sebuah stesen minyak di Senai, Zahid terus tinggalkan Haji Amin dengan Ali di situ. Zahid terus memandu keretanya ke Kuala Lumpur dengan wang tunai RM5 juta.
Haji Amin terpinga-pinga dengan ketamakan Zahid. Ali terlopong kerana dia sudah kehilangan RM500,000. Sudah tentu Zaki dan kawan-kawan lain yang menunggu di rumah Haji Amin akan terkejut juga mendengar berita ini.
“Orang tamak selalunya rugi. Zahid takkan selamat di dunia. Percayalah cakap saya Ali,” kata Haji Amin.
Mulut orang yang tidak tinggal solat tahajud memang masin. Dua jam kemudian mereka mendapat berita Zahid mati kemalangan berhampiran dengan persimpangan Tangkak. Kereta Proton Wiranya terbabas dan terbakar serta wang RM5 juta hangus dalam kemalangan tersebut

19 comments:

  1. Salam Mountdweller

    Hahaha...Astropun demer ada. Nanti Yong tulis citernya.

    ReplyDelete
  2. Secara jujur saya nak tanya pd penulis blog... adakah cerita anda ini benar? saya hanya ingin tahu kebenaran.. krn sy sdg mengkaji kisah bunian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. chek tu dah tak laku.. dah tamat tempoh...hihi lama sangat bang

      Delete
  3. Yong

    Apa yang saya tempuhi mereka masih lagi hidup stail tradisional

    ReplyDelete
  4. mardhia dhia

    Yang ini saya tak tahu nak jawab sebab article ni pun saya ambil dari Free Malaysia today.
    Tapi dua peristiwa yang saya alami di pergunungan, mereka masih lagi hidup secara tradisional seperti pakaian zaman dulu dan berkuda.

    Dan satu lagi peristiwa saya bertembung dan bertegur sapa di Gunung Stong. Seorang lelaki separuh abad mengenakan baju pagoda dan berkain pelikat serta bersemutal (kain yang dililit di kepala)

    Tapi mungkin itu hanyalah yang dizahirkan kepada saya. Alam sebenar mereka entahlah sebab mereka adalah dari golongan Jin

    ReplyDelete
  5. ya kisah ini benar, memang wujud dan x mustahil...

    ReplyDelete
  6. aku x nafikan..mmg ada bank ada supermarket dn mcm2..percya atau x terpulang..keta yg bleh terbang pn ada hahaha teknologi nya lebih dri manusia biasa..

    ReplyDelete
  7. pengalaman seorang sahabat saya memang benar, bunian ada hidup di kaw kg mengamal cara hidup tradisional dan ada yg hidup di bandar yg mempunyai teknologi sama seperti manusia atau lebih maju. malah ada yg berkahwin dgn bunian dan mendapat kekayaan hasil pemberian pasangan mereka(wallahualam bab ini sy x berani mensahihkan). jika rujuk jawapan dr haron din juga jelas mngatakan bunian wujud dan hidup dengan bersistem semenjak dri zaman rasulullah lagi

    ReplyDelete
  8. Saya dah sampai ke kampung dan bandar bunian. Memang bandarnya sangat modern. Sekolah rendah punya bangunan cam di Universiti tapi peliknya mereka gemar duduk di lantai je. Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. hahaha lawak giler...orang2 bunian tak punya mata wang ke ? kenapa guna RM(Ringgit Malaysia) harusnya RB(ringgit bunian)....nampak sangat tipu.

    ReplyDelete
  10. Cerita orang bunian ke? Rasa macam familiar he sebab pernah jumpa. Apalagi Vila mountdweller Kata pakai semutar. Yang tu pun pernah jumpa. Dia punya pergerakan masa datang dan masa pergi sangat laju. Sepantas kerdipan mata. Dan dia boleh menembusi dinding dan sebagainya. Tapi hang peliknya sebelum tu ada burung yang menunggu diperjalanan. Bila kita sampai dia terbang dan tunggu disitu pula sampai beberapa Kali. Kemudian baru muncul orang pakai semutar tu dengan pergerakan yang sangat laju. Macam 100kmph atau lebih laju dari itu..

    ReplyDelete
  11. Blog ni dah tak aktif dah ke...

    ReplyDelete
  12. haritu Nampak tok imam buat shupple ,belakang hutan , bila kami dekat , dekat lagi , lagi lagi lagi ....Anaknya tengah stim gam pkai serban ayah dia hehehe

    ReplyDelete
  13. Assalaam,

    Saya raha. ada cerita yang nak dikongsi.

    Sila email saya

    a.rahanuddin@gmail.com

    TK

    ReplyDelete
  14. assalaam,

    saya raha ada cerita menarik nak kongsi.

    Sila hubungi saya ; a.rahanuddin@gmail.com
    whatsapp; +60107760118

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum,
    kpd sesiapa yg memang pernah ke alam bunian, hrp ceritakan fakta, maksudnya, yg benar-benar dilalui dengan jasad dan akal yg waras, mengambil kira teknologi sedia ada di dunia nyata.Bukan tujuan merendahkan mana-mana inividu, tapi mengumpul fakta,bukti yg tulen tanpa ragu.

    contoh: seseorang yg di bawa oleh orang tua "alim"(pada pandangan mata), ke satu tempat yang amat indah, maju dan amat mengasyikkan.. beliau berjalan di satu kawasan lembah hutan dengan suasana yg amat indah, kemudian melalui satu jalan yang yang menghampiri bandar besar.beliau hampir tetapi tidak masuk ke dalam bandar yang amat sibuk tersebut, terlihat jarak dekat sebuah kenderaan menyamai monorel train terapung tanpa rel tanpa kabel melalui celahan bangunan,bergerak seperti monorel/komuter.
    ada beberapa kereta bergerak terapung dilaluan tertentu.
    tidak terzahir ucapan Subhanallah, hanya didalam hati.

    beberapa ketika diapun pulang dengan melalui satu kepulan kabus di belukar .

    selepas kejadian itu, beliau mengkaji dan menyiasat. namun gagal berjumpa lelaki "alim" tersebut.
    beliau berdiskusi dengan teman-teman yang seminat dan akhirnya sedikit kesimpulan yang mungkin terjadi ialah..
    1. Mungkin khayalan/halusinasi sewaktu dia pergi menjerat ayam hutan dipinggir hutan
    2. mungkin benar ke alam bunian tetapi pancaindera telah dikuasai oleh persekitaran hiasan pengimejan grafik dan animasi berkomputer (CGI) sebagaimana cerita :Back To The Future" dan "Avatar",star wars dll.
    3."Mimpi" walaupun tidak tertidur

    kemudan beliau membandingkan kisah mulut kemulut zaman lampau tentang makhluk tersebut yang gemar membuat kekeliruan minda,

    harap komen

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa