Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 12, 2013

Ikhwanul Muslimin mewakili suara majoriti rakyat di Mesir, mereka perlu didengar - Sheikh Ahmed al-Tayyeb

Imam Al-Azhar sedia jadi pemerhati rundingan damai
12 Ogos 2013
Sheikh Ahmed al-Tayyeb

KAHERAH - Pelbagai usaha menghentikan krisis politik terhadap penggulingan Presiden Mesir Muhammed Mursi di Kaherah masih menemui kegagalan.

Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed al-Tayyeb berkata, pergolakan itu hanya boleh diselesaikan sekiranya kerajaan sementara mengundang wakil kuasa politik dari ideologi berbeza untuk duduk berbincang.

“Krisis ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak dapat berbincang. Kami bersedia menjadi pemerhati dalam mesyuarat tersebut,” katanya.

Menurutnya, wakil kerajaan sementara perlu mendengar tuntutan gerakan Ikhwanul Muslimin dalam mesyuarat itu kerana mereka mewakili suara majoriti rakyat di Mesir.

“Mursi dilantik melalui suara demokrasi sekiranya beliau mahu digulingkan, tuntutan itu juga perlu dilakukan secara demokrasi sejajar dengan pilihan raya yang dilakukan ketika pelantikan beliau,” katanya kepada Press TV.

Sejak tentera merampas kuasa pada 3 Julai lalu, lebih 250 penyokong Mursi terbunuh manakala ratusan cedera dalam pertempuran bantahan besar-besaran di sekitar Kaherah.- sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa