Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 13, 2013

Terhakiskah Sokongan Melayu Kepada UMNO?

Pada aku PR kalah adalah hanya kerana tidak bijak dan persepsi rakyat
Amat ketara dilihat seolah ada kepincangan perpaduan di kalangan parti di dalam PR menghadapi PRU yang lalu
Termasuklah kenyataan-kenyatan yang tidak membantu dari pemimpin parti-parti di dalam mengharungi PRU

Propaganda dan ugutan perkauman BN lebih berkesan!

Adakah Umno tergugat dengan sokongan orang Melayu? Kajian menafikannya
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
AUGUST 13, 2013
Strategi pemilihan Umno dengan menanamkan ketakutan di kalangan orang Melayu berhubung kehilangan kuasa politik hanya mempengaruhi sebilangan sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Bahkan, retorik puak kanan itu yang memainkan sentiman perkauman dan agama selain kepercayaan Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang menerajui negara melihatkan penolakan 20 peratus undian daripada pengundi Cina dan 5 peratus pengundi India terhadap Barisan Nasional (BN) berbanding 2008.
Malah, apa yang membantu Umno mengekalkan penguasaannnya di kawasan pedalaman adalah kerana memiliki jentera parti yang kuat selain pergantungan orang kampung kepada bantuan kerajaan. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) turut memainkan peranan.
Kajian mengasingkan kawasan mengundi dengan 90 peratus jumlah komuniti dan kemudian menggabungkannya mengikut negeri dan kawasan pedalaman atau bandar.Fakta ini didedahkan oleh Merdeka Centre melalui pola pengundian pada PRU13 lalu. Bagi mengenalpasti pola pengundian berdasarkan latar belakang kaum, kajian dijalankan kepada 9,000 kawasan pengundian.
Umno/BN mendapat 61.6 peratus undi Melayu, 1.5 peratus meningkat berbanding 2008. Peningkatan terbesar pengundi Melayu adalah di negeri Kedah iaitu 5.6 peratus diikuti Kuala Lumpur dengann 6.4 peratus.
Sokongan Melayu terhadap Umno/BN merosot di Perlis dengan 3.1 peratus dan Terengganu dengan 3.6 peratus.
Kajian juga mengesahkan kaedah pengasingan bandar-luar bandar melihatkan peningkatan sokongan umno/BN di kawasan luar bandar namun merosot di kawasan bandar. Pada tahun ini, terdapat 119 kawasan Melayu dan 20 di antaranya terletak di kawasan bandar. BN memenangi 78 daripada 99 kawasan pedalaman dan lima di kawasan bandar. - 13 Ogos 2013

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa