Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 5, 2014

Komentarnya Logik Tapi Siapa Dia (Kolar Putih)?

‘Segantang Kajang’  
Kolar Putih-MARCH 04, 2014
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.
Pantun klasik dari filem Sri Mersing yang diterbitkan pada tahun 1961 ini penuh dengan mesej tersirat. Siapa sangka, 53 tahun selepas ianya diterbitkan, sosok politik bernama Dato’ Seri
Anwar Ibrahim (DSAI) hadir dari Permatang Pauh untuk bermusafir di Kajang.
Bukan itu sahaja, maruah dan harga diri pengundi-pengundi Kajang diperkotak-katikkan seolah-olah maruah pengundi-pengundi Kajang hanyalah segantang.Hadirnya DSAI di Kajang adalah untuk pemperdagangkan Kajang. Semua telah sedia maklum, rakyat Kajang telah memilih wakil rakyat mereka pada PRU 13 baru-baru ini. Malangnya, belum pun setahun mandat, DSAI dan ‘tuan penasihat’nya telah melakar dan mengorak ‘Serampang Kajang’ ini sama sekali telah memandang enteng tahap intelektual pengundi-pengundi Kajang.
Walaupun ‘tuan penasihat’ DSAI hampir menitiskan air mata dalam usaha memberi justifikasi kepada "Serampang Kajang", namun ianya tidak cukup untuk meyakinkan penulis.
Pelbagai alasan telah diberikan antaranya adalah untuk mengelakkan daripada Kerajaan Pakaran Rakyat Negeri Selangor diambil alih oleh Barisan Nasional. Ada yang mengatakan ‘Serampang Kajang’ juga adalah untuk meredakan konflik antara Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.
Alasan boleh dicipta, dipinda dan dimanipulasi. Oleh itu, berilah apajua alasan namun matlamat tetap tidak akan menghalalkan cara. Ya, pengosongan kerusi DUN Kajang oleh Lee Chin Cheh adalah halal dan sah dari segi perundangan, namun dari segi moral ianya satu perkara
Hari ini pengundi-pengundi Kajang dijadikan soldadu dalam permainan chess politik namun esok atau lusa,tiada siapa pula? Walaupun DSAI masih belum mengakui secara harafiah bahawa beliau ingin menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) selepas memenangi PRK Kajang, namun dari bahasa tubuh dan logik akal perkara tersebut sudah terang lagi bersuluh.
Mustahil bagi seorang sosok politik seperti DSAI akan akur hanya sebagai ADUN di Selangor.
Jika DSAI hanya sebagai ADUN (ataupun Exco) di Selangor, maka secara hierarkinya DSAI akan berada di bawah telunjuk TSKI selaku Menteri Besar.
Walaupun pemerintahan TSKI di Selangor tidak sempurna, namun ianya diakui mantap.
Sebelum PRU13, tiada siapa sangka bahawa Pakatan Rakyat di Selangor akan menang dengan jumlah kerusi yang lebih besar daripada PRU12 sebelum ini.
Usaha Barisan Nasional untuk merampas kembali Selangor dilakukan secara besar-besaran dan sangat tersusun. Walalupun pelbagai cara telah dilakukan oleh Barisan Nasional seperti menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) dan memainkan lagu Sayangi Selangor Yakini
BN setiap malam pada waktu puncak di media arus perdana, namun semua itu gagal untuk mencairkan dan menembusi rekod ampuh pemerintahan TSKI.
Akhir sekali, terpulanglah kepada pengundi-pengundi Kajang kerana mandat di tangan mereka.
Cuma nanti janganlah dikesalkan jika Selangor kehilangan Menteri Besar terbaik yang pernah dimiliki selama ini. Buktikanlah bahawa Kajang bukanlah segantang. - 4 Mac, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

1 comment:

  1. Saje saje teka.rasanya penulis tu bkn kolar putih tp kopiah putih agaknya.hehee..saja nakal2 teka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa