Bakri marah dan siap berikan amaran lagi
Tapi IGP kata ..........?
Spekulasi bantu siasatan MH370, kata KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata spekulasi yang menular di internet boleh membantu siasatan dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau spekulasi mengenai pesawat Boeing 777-200ER itu.
"Kami memantau semua spekulasi ini kerana kita merasakan sedikit sebanyak ia membantu dalam siasatan," katanya dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
"Namun jika sekadar spekulasi, kami melihat belum cukup untuk mengambil tindakan melainkan mereka membuat fitnah," katanya.Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan polis yang bakal diambil kepada penyebar spekulasi di media sosial.
Bagaimanapun, katanya, semua pihak dinasihatkan bijak membezakan antara fakta dan spekulasi.
"Jadi apa juga yang ditulis oleh orang ramai dalam media sosial adalah berbentuk spekulasi kerana tidak disokong oleh fakta, maka ia tetap kekal spekulasi,” katanya.
Diminta mengulas mengenai laporan media antarabangsa yang didakwa negatif dan bersikap berat sebelah, Khalid berkata, terdapat media luar sengaja memperkecil-kecilkan Malaysia.
"Kita kena faham bahawa ada pihak asing yang dengki dengan kita. Mereka ini sengaja mahu memperlekehkan kita. Malangnya ada kalangan masyarakat kita begitu cepat percaya dengan berita asing.
"Walhal akhbar kita yang patut lebih tahu kerana kita memberikan berita sebenar tetapi mereka (rakyat) tidak mahu dengar,” katanya.
KPN mendakwa ada cubaan media asing untuk melaga-lagakan negara ini dengan pihak tertentu, termasuk China.
MH370 hilang selepas kira-kira sejam berlepas untuk perjalanan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Hari ini merupakan hari ke-16 misi mencari dan menyelamat antarabangsa yang disertai lebih 26 negara. - 23 Mac, 2014. - sumber
salam tuan boleh add blog saya dalam blog tuan http://gempakkk.blogspot.com/ ,tindakan tuan amat saya hargai
ReplyDeleteW'salam Sdr. Mohd fitri
ReplyDeleteTerima kasih di atas kunjungan.
Hajat Sdr. telah pun saya tunaikan
Ini worang aaa caaaakaap baanyyakkk ular mcm laaa.ini mcm worang boleyy poliis punya ketua kaaam.deyyyyyyt....sesara mahatheeer kaaaaa
ReplyDelete