Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 28, 2014

MH370: Macam Mana Rakyat Nak Percaya Kalau Gini Punya Pusing?

Kalau nak cover TUDM pun
Biarlah logik dan akal rakyat boleh terima

Kalau berlaku di negara yang pentingkan keselamatan dan kedaulatan negara, mereka akan pintas contohnya baca di sini

Jadi kejadian tidak responsif ini menteri mana yang sepatutnya ambil tanggung jawab?
CEO MAS sudah umum akan letak jawatan......
Bagi menteri pula adakah pentingkan tanggung jawab dan maruah atau kerusi?

Timbalan menteri tarik balik kenyataan pesawat MH370 ‘turn back’ kerana arahan
OLEH DIYANA IBRAHIM
MARCH 27, 2014
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kenyataannya semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan hanya andaian beliau.Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kenyataannya semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan hanya andaian beliau.Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini menarik balik kenyataan beliau di Parlimen semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.
Beliau yang berkata demikian semasa perbahasan titah Diraja, dekat Parlimen semalam menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik.
"Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mengakui setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.
Semalam, Abdul Rahim berkata Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar ‎tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan dari pusat kawalan.
"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan-U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan.
“Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.
Malaysia dikritik teruk selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. – 27 Mac, 2014. 

17 comments:

  1. Bukankah menteri juga yg mengatakan Malaysia masih aman, jadi tentera tak kan nak fikir sebaliknya. Jika tentera tidak bersetuju dgn kenyataan menteri nanti dikatakan bughah pula oleh mufti kangkung.

    ReplyDelete
  2. Ramai betul Menteri "Ayam" di Malaysia.
    Bagusnya cara menjawab " Itukan pesawat penumpang ...tak bahaya "
    Tahukan wahai Menteri "Ayam" yang langgar WTC itu pesawat penumpang kan ?
    Sekiranya tempohari pesawat itu dilencongkan untuk menghentam Putrajaya macamana?
    Semua TIDOOOOOOOOOO. Makan gaji buta!

    ReplyDelete
  3. Rupanya kita ada seorang bomoh jadi menteri. Dia boleh tahu titik pada radar tu kapal terbang musuh atau kapal terbang tak bahaya! Tinggi betul firasatnya dan telekannya.

    ReplyDelete
  4. Apa kata Mejar Zaidi?

    INIKAH GENERASI “STUPID, STUPIDER” DALAM UMNO SEPERTI YG DIKATAKAN OLEH CHE DET?

    GAGAL AMBIL PENGAJARAN DARI PERISTIWA 9/11 DI AMERIKA (TAHUN 2001)

    GAGAL AMBIL PENGAJARAN DARI PERISTIWA RAMPASAN PESAWAT OLEH CO-PILOT SENDIRI ETHIOPIA AIRLINES KURANG DARI SEBULAN YANG LEPAS

    GAGAL UBAH DOKTRIN TENTERA/ SOP DI DCA SUPAYA ANGGAP PESAWAT KOMERSIAL SEBAGAI “POSSIBLE HOSTILE”

    GAGAL LAKSANAKAN LATIHAN BERSAMA AGAR ANGGOTA TAK KEKOK BILA BERLAKU RAMPASAN PESAWAT (ATAU PESAWAT KOMERSIAL KELUAR DARI LALUAN SEPATUTNYA)

    GAGAL KENALPASTI PENUMPANG GUNA PASSPORT CURI UNTUK NAIK PESAWAT

    GAGAL BERTINDAK PANTAS APABILA MH370 MENUTUP TRANSPONDER

    GAGAL MEMINTAS PESAWAT MH370 YANG DIKESAN OLEH RADAR TENTERA BERPATAH BALIK KE SELAT MELAKA

    GAGAL DALAM SAR (TIDAK MENEMUI SEBARANG PETUNJUK/ BUKTI) NAMUN ISYHTIHAR PADA DUNIA PESAWAT TELAH TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI DAN SEMUA PENUMPANG TIADA YG SELAMAT

    NATIJAHNYA:

    MEN TRI KEDUA2 KEMENTERIAN TERLIBAT (PENGANGKUTAN DAN PERTAHANAN) MELETAK JAWATAN (OOPS MAAF, INI HANYA BERLAKU DI LUAR NEGARA)

    DI MALANGSIA….” KITA JADI CONTOH TERBAIK KEPADA DUNIA”: MEN TRI BERKENAAN.

    ReplyDelete
  5. Menteri mcm ni biasanya tak lama....
    Sikit hari lagi kena tendang kuar la tu.
    Malukan negara je.....

    ReplyDelete
  6. Orang sibuk dia pulak nak menyebuk....

    ReplyDelete
  7. ''mentri2'' ni memang GAGAL dlm tadbir negara tapi BERJAYA MENYAPU,MENIBAI ,MEROMPAK HARTA NEGARA DAN HARTA RAKYAT.

    ReplyDelete
  8. 40 tahun yang lalu kalau cerita kapal terbang jatuh orang percaya lani tentu banyak soalan
    zaman berubah pemikiran manusia turut berubah yang tak berubah ada jugak macam dulu jugak.kapai layar

    ReplyDelete
  9. boss jgn marah diaorang krna kat negara antah berantah klau nak jadi menteri kabinet dapour kene 3.85(3.85/4thn)atau korang cerodik klau yng cerodik tak bolih jadi menteri awal kene pangkah masa peringkat cawangan lagi

    ReplyDelete
  10. Sokong pang5 x2 letak jawatan bodoh nak mampuih mAkan gaji buta

    ReplyDelete
  11. Berhenti satu bab siasat satu bab. Jgn lepas tangan bib certe ni lmbat abis psal kapal pun x jumpa sepihan

    ReplyDelete
  12. Mungkin pihak tentera telah cuba menelefon menteri sebaik dapat mengesan keganjilan di radar, tapi menteri2 tengah sibuk dan mungkin mabuk meraikan keputusan hakim mengenai Anwar pada dinihari tersebut. Handphone dimatikan atau jika berita itu diterimanya hanya dianggap gurauan shj. Dah jadi camgini, pihak tentera serba salah untuk menerangkan kisah yg sebenar terpaksalah ikut paluan gendang. Itulah jadi rojak pasembur akibatnya, sebab masing2 nak saling mengcover memang tak kena gaya.

    ReplyDelete
  13. Kalau mcm nie lah tentera buat andaian pesawat tidak merbahaya dlm radar aku rasa mana2 negara nk serang banglasia nie jimat kos pasai antar pesawat komersial jew ankut tentera dgn segala kelengkapan tempur pasai xkena kesan... kalau dpt kesan pom lepas 3/4 hari.... bangang punya menteri badigol bengong.. gaji nk... dah lew gaji rakyat byr pastue xjga negara elok2... sakit hati oooiiii aku.... errrrrr

    ReplyDelete
  14. selagi politikus politikus yg memerintah malaysia selagi tu lah.... Ibarat tikus membaiki labu......

    ReplyDelete
  15. kalau cam ni le tentera udara jaga ruang udra tanah air ni...taktau apakan jadi lagi...benda pelik-pelik hanya terjadi di Malaysia.Adar adar dah beri tak bertindak...suruh raja bomoh je duduk kat pantai teropong dng buluh kalau-kalau ada musuh dtg...oh tanah air ku.

    ReplyDelete
  16. It's time to resign

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa