Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 28, 2014

MH370: `Pegawai Bertugas Harus Disoal Siasat’ - Syed Rosli

Bekas calon Ketua Pemuda Umno persoal kewibawaan TUDM
 | March 28, 2014
Pesawat MH370 tidak dicabar dan tidak dapat dikenal pasti oleh pihak tentera walaupun melalui ruang udara Pulau Pinang, kata Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail.
Syed Rosli Syed Harman JamalullailPETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail mempersoalkan kewibawaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  gagal mengenal pasti  pesawat MH370 yang melalui laluan udara di Pulau Pinang sebelum hilang 8 Mac lalu.
“Pesawat MH370 tidak  dicabar dan tidak dapat dikenal pasti oleh pihak tentera,
“Walaupun ia dikesan sebagai blip dengan radar utama tentera pada jam 2.15 pagi, pesawat telah melalui ruangan udara di Pulau
Pinang sebelum menghilang ke arah Lautan Hindi,” tulis beliau dalam posting blognya yang terbaru www.syedrosli.blogspot.com.
Syed Rosli juga tidak menafikan bahawa kesalahan ini bukanlah terletak 100% di bahu TUDM, tetapi beliau mempersoalkan kecekapan TUDM.
“Bukankah itu menjadi tanggungjawab pihak tentera udara untuk memantau ruang udara Malaysia,
“Terutama apabila ada pesawat penumpang yang melakukan pusingan semula merentasi Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tanpa mendarat?,” soalnya.
Syed Rosli turut merasakan bahawa berkemungkinan ada kecuaian berlaku yang mana pihak TUDM tidak  bersiap sedia menghadapi situasi seperti ini.
“Jikalau TUDM bersiap sedia, bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?” katanya.
Kelmarin Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri dilaporkan sebagai berkata,  MH370 berpatah balik kerana mendapat arahan pusat kawalan, adalah hanya andaiannya abahkan ia semata-mata kemungkinan yang boleh berlaku tanpa diduga.
`Pegawai harus disoal siasat’
“Pegawai yang bertugas mengawasi radar tentera ketika itu harus disoal siasat dan jika terdapat kecuaian, tindakan tegas harus diambil terhadap pegawai tersebut, dan ternyata alasan yang diberikan itu, tidak boleh diterima akal,” ujarnya lagi.
Syed Rosli berharap, biarlah mereka yang bijak pandai sahaja yang dipilih menjadi anggota kabinet.
“Benarlah apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti Umno/ Barisan Nasional tidak sukakan orang pandai menyertai mereka?” tempelaknya.
Bukan itu sahaja, pihak kerajaan terutama pihak tentera Udara harus perbaiki kelemahan ini kerana tidak boleh bayangkan apa akan terjadi dengan Malaysia jikalau ada pesawat perang asing yang memasuki ruang udara Malaysia
“Adalah lebih teruk sekiranya mereka boleh mendarat secara haram tanpa diketahui oleh pihak tentera,
“Jangan diulangi lagi perkara yang pernah berlaku di Lahad Datu setahun lalu dan pertahankanlah kedaulatan negara kita daripada sebarang ancaman luar dan dalam,” katanya.

5 comments:

  1. HEI PUKIMAK KALAU KAMU NAK SOAL SIASAT KAMU TANGKAP NAJIB,HISHAMUDIN DENGAN IGP.DAPAT TAHULAH DIMANA KAPAL TERBANG TU

    ReplyDelete
  2. Mamat ni FRUST TONGGING KALAH MASA PEMILIHAN.ITU YG DIA BERSUARA.NAK LPAS GERAM BRO.PD AKU APA YG D BUAT D CAKAP BEROK2 UMNO NI SMUANYE WAYANG JE

    ReplyDelete
  3. Kalu nak siasat gunakan kepakaran peg penyisat pungkok sifol sebab depa terra bab cari air mani tarikh luput

    ReplyDelete
  4. Anggota tentera yg meneliti radar itu, tentunya telah inform bossya dan bossnya inform pula pd menteri. Menteri pula sedang asyik meraikan keputusan mahkamah beberapa jam sebelum itu, boleh jadi sedang mabuk-mabuk. Lalu dijawapnya "Malaysia is a peacefully country, you must be joking". Dah tu, pihak tentera nak beritahu cerita sebenar jadi payah dan serba salah, ini yg kita nampak saling mengcover antara mereka.

    ReplyDelete
  5. kenapa nak inform menteri? Panglima Tentera Udara report kat menteri ka?
    Berapa lama radar track kapal terbang? Kalau scramble fighter pon ingat senang nak cari kapal terbang tu ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa