Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 31, 2014

MH370: TUDM Dibelasah Lagi!

MH370 dapat diselamatkan jika TUDM peka
 | March 30, 2014
Radar tentera saya yakin lebih sensitif berbanding radar Pusat Kawalan Trafik Udara DCA.
Syed Rosli Syed Harman al JamalulailPETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail  (gambar) berpendapat pesawat MAS MH370 dapat diselamatkan jika TUDM peka ketika ia membuat turning back.
Menurut beliau, walaupun ianya adalah pesawat bukan “hostile” iaitu hanya pesawat komersial tetapi pihak TUDM sepatutnya segera menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang atau di KLIA untuk pengesahan memandangkan pesawat tersebut berada diruang udara negara.
“Radar tentera saya yakin lebih sensitif berbanding radar Pusat Kawalan Trafik Udara DCA,” tulis beliau dalam posting terbaharu blognya www.syedrosli.blogspot.com
Beliau berharap pihak kerajaan Malaysia perlu belajar dari setiap kelemahan dan wajib perbaiki kelemahan yang ada agar isu keselamatan rakyat dan negara akan sentiasa terbela.
“Jikalau pihak TUDM bertindak balas segera dengan melepaskan beberapa jet pejuang yang berpengkalan di Butterworth untuk melakukan siasatan di udara seperti cuba berkomunikasi dengan juruterbang MH370 dan jikalau gagal boleh cuba ekori kemana akan perginya MH370 tersebut pada masa kejadian mungkin boleh mengelakkan kehilangan MH370 ini,” katanya lagi.
Katanya, kita harus belajar dari apa yang berlaku pada Amerika 11/September 2001 di mana pesawat komersial telah digunakan oleh pengganas untuk menyerang WTC dan Pentagon.
Syed Rosli menambah kita harus belajar dari peristiwa kehilangan MH370 dan akui bahawa sistem pertahanan negara kita masih lemah dan sentiasa harus dikemas kini.
Beliau mencadangkan sipaya di masa akan datang juga pihak kerajaan melalui Kementerian Pertahanan harus mengelakkan menguna perkhidmatan orang tengah “broker atau agen” untuk pembelian sebarang aset ketenteraan bagi mengelakkan berlaku ketirisan dan caj perkhidmatan yang terlalu mahal sehingga merugikan negara.
Katanya, pihak kerajaan boleh lakukan secara terus “one to one” dengan kerajaan negara pengeluar mahupun pembekal.
“Dengan ini isu penyelewengan dapat diatasi jikalau tidak keseluruhan boleh mengurangkannya,” tegasnya lagi.
Beliau juga mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa semua pintu keluar masuk negara akan diperketatkan kawalannya.
Katanya, ini kerana ada dua penumpang MH370 warga Iran yang mengunakan pasport individu dari warga Itali dan Austria yang dilaporkan hilang di Thailand.
“Pihak Interpol juga telah menasihatkan pihak kerajaan Malaysia melalui Imigeresen Malaysia yang sepatutnya melakukan “cross check” dengan pengkalan data Interpol berpengkalan di Peranchis melalui online yang hanya mengambil masa sepantas 0.02 saat sahaja,” katanya.
Syed Rosli berkata ini antara perkara yang kerajaan Malaysia harus perbaiki dan belajar dari sembarang kelemahan dan kecuaian jika berlaku di pihak kita agar perkara begini tidak akan berlaku lagi.

1 comment:

  1. Setuju 100%. Kpd hishamH2O, tak de sape pun suruh tembak pesawat komercial, banyak option ada untuk selamatkan mh370. Saya sarankan pegawai tudm yg bertugas waktu itu fiambil tindskan tegas, termasuk pemecatan jawatan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa