Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 4, 2017

Di Kepala Batas: 50 orang jer sokong tindakan Hadi?

Penyokong,ahli Pas nyatakan sokongan kepada Hadi putus hubungan dengan DAP
03 Mac 2017 | BERNAMA
Kira-kira 50  penyokong dan ahli PAS kawasan Kepala Batas berhimpun bagi mengecam DAP dan menyokong Presiden PAS memutuskan hubungan dengan parti itu di perkarangan Masjid Al-Jamiul Badawi hari ini-Foto Bernama.

Sekumpulan anggota dan penyokong PAS hari ini berkumpul bagi menyatakan sokongan kepada ketegasan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memutuskan hubungan dengan DAP.

Wakil kumpulan itu, Azmi Man yang juga Anggota PAS Kepala Batas berkata Abdul Hadi membuat keputusan rasional bagi memastikan PAS tidak terus diperkotak-katikkan oleh DAP dan sekutunya.

"Kami hari ini berhimpun bagi menunjukkan sokongan berhubung kenyataan Presiden PAS tidak mahu dikaitkan dengan parti-parti yang mempunyai hubungan dengan DAP kerana mereka dilihat cuba mencampuri urusan orang Islam terutamanya berhubung isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (RUU 355).

"Kami juga mahu DAP berhenti mengganggu agama Islam kerana rang undang-undang itu tidak membabitkan orang bukan Islam sebaliknya hanya melibatkan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersama lebih 50 penyokong dan anggota PAS berhimpun secara aman di hadapan Masjid Jamiul Badawi di sini selepas solat Jumaat. Kumpulan itu turut membawa pelbagai sepanduk mengecam DAP dalam demonstrasi yang berlangsung kira-kira 10 minit itu.

Azmi berkata pihaknya terutama di akar umbi juga berharap PAS tidak akan mengadakan hubungan dengan parti-parti yang mempunyai kaitan dengan DAP termasuk Parti Amanah Negara (Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Kami amat sedih jika ada dalam kalangan pimpinan PAS membiarkan presiden parti diserang oleh DAP dan Amanah tanpa dibela dan kami ingin tegaskan yang anggota parti bersedia dengan apa jua rintangan demi kelangsungan parti," katanya.

3 comments:

  1. Kira ok laa tu, daripada 5 org je yg sokong.............

    ReplyDelete
  2. Boleh berkawan dgn geng baju merah jamal...byk tu jg la penyokong mrk

    ReplyDelete
  3. Hahaha risau juga ni ..kalau kalau dedak dari 1MDB tetapi ok , hanya duit poket sedekah pak arab...jom melancong bangkok hahaha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa