Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Saturday, March 4, 2017

Duta Korea Utara diusir: Diberi masa 48 jam untuk tinggalkan Malaysia

Duta Korea Utara Diminta Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam
Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 10:13 PM
Oleh: MERGAWATI ZULFAKAR
editor@mstar.com.my
Pegawai (kanan) di kedutaan Korea Utara menerima surat rasmi yang di percayai dari Wisma Putra di Bukit Damansara pada Sabtu.Foto: AZHAR MAHFOF/The Star

KUALA LUMPUR: Duta Korea Utara Kang Chol diistiharkan sebagai  persona non grata dan telah diminta untuk meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.

Kang Chol, yang telah dipanggil ke Wisma Putra pada pukul 6 petang Sabtu, gagal hadir di kementerian, Putrajaya.

Kementerian Luar telah menghantar nota diplomatik kepada kedutaan itu di Jalan Datai, Bukit Damansara untuk memaklumkan perkara tersebut.

Kerajaan Malaysia menuntut permohonan maaf secara bertulis dari Korea Utara di atas tuduhan yang dibuat oleh duta itu berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

Kerajaan Malaysia mengambil tindakan ini ketika ketegangan diplomatik memuncak antara oleh kedua-dua negara berikut pembunuhan itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa