Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, March 2, 2017

Tak setuju debat: Takkan nak orang terima buta-buta gitu jer

AJK PAS harap Hadi tak sambut cabaran mufti
Anne Muhammad    Hari ini, 6:41 petang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasti tidak akan setuju dengan cabaran debat yang ditawarkan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin, bagi membincangkan sama ada pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 wajib dipinda ada tidak.

Ahli Jawatankuasa PAS Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata Asri tidak seharusnya menjatuhkan satu sama lain, sebaliknya sebagai agamawan, beliau harus menyokong pindaan akta tersebut.

“Sebagai mufti yang kerjanya untuk agama, mempertahankan agama, inilah masanya (menyokong) dan bukannya untuk menjatuhkan satu sama lain dan menunjukkan pandangan kita (dia) yang betul dan orang lain tak betul.

“Saya tak setuju dengan pendekatan tersebut dan saya yakin Hadi pun tak setuju dengan kaedah itu. Saya rasa tak perlu untuk berdebat dan kalau betul pun Dr Asri nak ajak berdebat, saya nasihatkan kepada Hadi, jangan disambut cabaran itu,” katanya.

Mohamed Fadzli berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas forum Pasca Himpunan 355 di Bazar Harakah di ibu negara hari ini.

Berhubung pendirian Asri, beliau berkata tidak dapat menerima hal itu dipolitikkan, sikap mudah mengafirkan, melabel anti-Islam atau memaki hamun pihak berbeza pandangan.

* Debat akan membenihkan kejernihan di atas berbalahan fahaman dan tafsiran. Kenapa tidak mahu? Takut kalah?

3 comments:

  1. Ulama taraf dunia tak boleh cakap sendiri ka, kena ada jurucakap pula. Masa nak singkir org, kata org anjing, nyamuk, agas dan mcm2 lantang sj bercakap. Nampaknya tuang presiding ni tak ada kredibiliti. Wahai Dr fadzli, anta masih ada kredibiliti, jgn memperbodohkan diri anda demi seorang yg makin tak dipercayai

    ReplyDelete
  2. Dah tau dia akan kalah maka upah org lain utk cakap serta buat fitnah utk alih isu.

    ReplyDelete
  3. Adakah RUU ini undang-undang agama atau Politik PAS? Ini yang kita nak dengar sebab banyak sangat cercaan dan tuduhan yang berbagai kalau tak sokong. Sampai kalau mati pun nak tanam di kubur cina.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa