Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, June 20, 2017

Nape gelisah sangat ni?

* Kalau dah duduk dan lena dalam kelambu UMNO, yang berjiwa pembangkang mana yang akan hidu?

Pas terbuka kepada semua kecuali Amanah dan DAP, tegas Mohd Amar
19 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Mohd Amar

Pas mengulangi penegasan bersedia bekerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika mereka meninggalkan Pakatan Harapan.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas boleh bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali Amanah dan DAP.

"Kita membuka ruang pada semua kecuali DAP dan Amanah sahaja. Kita yakin tiga parti ini (Pas, PKR dan Bersatu) jika bergabung potensi untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) semakin cerah,” katanya.

Beliau hadir di majlis dialog dan berbuka puasa pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama pengamal media di Hotel Grand River View semalam, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco kerajaan negeri.

Beliau juga berkata, Pas bersedia bertembung dalam pelbagai penjuru sekiranya Pakatan Harapan tidak serius melawan untuk Umno dan BN.

"Bahkan kita menawarkan kepada Bersatu dan juga PKR untuk bersama kita sekiranya mereka tidak berminat lagi dengan PH," katanya.

4 comments:

  1. PKR OK KE??? DULU MASA PERHIMPUNAN AGONG KAT KEDAH KATA PKR TERUK SANGAT SAMPAI PUTUS HUBUNGAN, NI JILAT BALIK KE????

    ReplyDelete
  2. Auta pas sekali lg, lepas gagal pikat kawan/sekutu yg berwibawa

    ReplyDelete
  3. Pas parti pondan berserban

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa