Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 14, 2013

Adaah Ini Sebahagian Dari Bantuan Senjata Dan Tenaga Dari Selatan Filipin?

Tentera laut Filipina tahan dua bot militan Sulu bersenjata
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
MARCH 13, 2013
Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia sedang membuat rondaan di Tanjung Labian, berhampiran tempat di mana lebih 100 orang lelaki bersenjata berkampung di Lahad Datu, Sabah. — Gambar Reuters

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Unit peronda Tentera Laut Filipina awal hari ini telah memintas pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III dalam dua bot di perairan Tawi-Tawi.
Menurut laporan media Filipina www.philstar.com, jurucakap tentera laut mereka, Lt. Commander Gregory Fabic berkata, bot yang membawa 35 pengikut sultan itu di kawasan berhampiran bandar Andoligan sekitar jam 6.30 pagi tadi.
Turut dirampas daripada bot yang dinaiki mereka adalah beberapa unit senjata api dan bahan letupan.
Dalam penahanan itu, terdapat seorang wanita dalam bot berkenaan.
Fabic berkata, mereka masih menyiasat sama ada pengikut sultan Sulu itu mahu memasuki Sabah, lokasi di mana militan yang mendakwa sebagai “Tentera kesultanan Sulu” berkubu sejak sebulan lalu yang turut mengakibatkan pertempuran berdarah antara militan Filipina itu dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Sejak pertempuran antara pasukan Malaysia dan kumpulan bersenjata bermula pada 1 Mac, sejumlah 67 orang telah terbunuh, termasuk 56 militan Filipina, lapan anggota polis Malaysia, dua tentera Malaysia dan seorang remaja, yang masih belum dikenalpasti kewarganegaraannya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa