Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 16, 2013

Isy.. Pelik Sungguh! Kata-Kata Siapa Yang Rakyat Boleh Pakai Nih?

Lolos hanya satu jangkaan?
Hamza Taib (PDRM) kata Agbimuddin masih di Sabah dan Panglima ATM kata dah lolos 
Apa macam ni?
Yang mana satu rakyat boleh percayai?
Tiada Tanda Azzimudie Lolos Ke Selatan Filipina - Polis
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tidak ada tanda yang membuktikan ketua militan Sulu, Azzimudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah melarikan diri ke selatan Filipina.
Katanya sehingga kini polis tidak mendapat sebarang petunjuk menyatakan Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata ke atas Lahad Datu telah berada di selatan Filipina.
Laporan lolos itu mungkin hanya satu jangkaan dan kemungkinan besar juga Azzimudie masih berada di Lahad Datu, katanya.
"Tetapi, andai kata dia telah berada di selatan Filipina, ini jelas menunjukkan dia memang seorang yang tidak bertanggungjawab kerana membiarkan anak-anak buahnya di sini berhadapan dengan pasukan keselamatan," katanya hari ini ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang disiar secara langsung.
Akhbar pada Sabtu melaporkan ketua pengganas Sulu itu lolos ke selatan Filipina dan meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.
Berhubung operasi pembersihan, Hamza berkata bermula semalam pasukan keselamatan bertumpu di Kampung Tanjung Batu setelah operasi penggeledahan dan pembersihan di kawasan Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo selesai.
"Jika kawasan Tanjung Batu dapat kita bersihkan hari ini, insya-Allah kita akan boleh katakan Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk dan Kampung Tanjung Batu adalah bersih," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun anggota keselamatan tetap akan diletakkan di ketiga-tiga kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.
Hamza turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar Sabtu.
"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya.
Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu manakala 61 musuh ditembak mati. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa