Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 13, 2013

Mungkin PAS Tunjukkan Keprihatinan Dari Sudut Lain Kot?

Sebenarnya perkara ini sudah pun blogger ISA ketengahkan sebelum ini. Di dalam bab ingat dan peringatan melalui SMS. Hari tu ISA ketengahkan perkara berkaitan Ucapan Selamat Hari Lahir dari UMNO melalui SMS kepada isterinya. 

Perkara ini PAS pun dah buat di mana isteri saya juga terima ucapan selamat hari lahir dari ADUN dan MP Kota Bharu melalui SMS. Oklaa tu....

Tapi pagi ini bila saja saya nak bangun dari sejadah selepas solat subuh, saya dikejutkan dengan SMS dari Setisusaha Kerja UMNO Kelantan dengan msg. yang berbunyi "As-salam, jemput hadir bersama mengiringi jenazah WIRA negara pada pagi ini 13/3/2013 jam 7:45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Pengkalan Chepa. T/kasih. SUK UMNO Kel. cc. Dato' Pa"

Boleh hadir atau tidak, itu cerita lain. 

Tapi bagaimana dengan PAS? 
Takkan hanya Tok Guru ajer mungkin hadir?
Di manakah makluman kepada semua?

Memang di dalam perkara ini PAS agak ketinggalan - orang ramai boleh menggap kurang prihtin. Walau pun mungkin orang-orang besar PAS boleh masuk ke dalam halad untuk menyambut jenazah, tapi sape yang tahu?
Hanya keluarga terdekat dan yang ada di tanah perkuburn saja yang nampak....
Bukankah di dalam politik dan meraih undi apa saja perkara yang baik hendaklah diberitahu rakyat?

Nak politikkan kematian, tak timbul sebenarnya tetapi sikap prihatin itu perlu diketengahkan

Berita berkaitan di sini 

1 comment:

  1. Salam ayahnda,memang biasa berlaku sikap orang bawah yang memberikan imej buruk pada orang atas.
    Kadang-kadang Yb kita memang ok tapi sikap tak profesional pegawai bawahan yang burukkan keadaan.
    kadang-kadang kalau bab bantuan pegawai bawahan yang pentingkan kroni.Itu yang biasa terjadi di kampung-kampung.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa