Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 17, 2013

Parti Pulak Yang Dipersalahkan.....

Pada aku orang yang memimpin parti yang melakukan banyak kesalahan dan bawa masalah! 
Parti hanya ibarat Bas, 
Secanggih mana bus itu tapi kalau drivernya tak tahu pandu dan dicampur pula dengan masalah kepala biul tentunya akan mendatangkan masalah kepada penumpang bahkan kepada pengguna jalan yang lain juga...
Fikir-fikirkanlah!

BN mesti baiki kesalahan parti
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) mesti memperbetulkan kesalahan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan satu perancangan perlu memperbaikinya dilaksanakan.

Beliau berkata, satu proses memperbaiki semula dan menangkis kelemahan yang ada pada Umno dan BN akan diusahakan.

“Kita terpaksa, kalau tidak saya yakin kita tidak boleh menang lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Lama-kelamaan simpati orang akan hilang kalau kita ingat kepentingan diri bukan kepentingan agama, bangsa dan tanah air," katanya ketika berucap
pada Himpunan Anak Kedah, di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini, semalam.

Beliau berkata, BN perlu diperbaiki dan ditransformasikan menjadi lebih baik.

Sementara itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir berharap BN akan kembali mentadbir Kedah kerana setelah lima tahun dikuasai pembangkang Kedah tidak maju.

“Kedah boleh maju jika mendapat pemerintahan yang cekap dan tahu bagaimana memerintah, tetapi kini Kedah dapat sebuah kerajaan yang tidak tahu apa. Sebenarnya berada di bawah pemerintahan parti lain, kita sedang rancang untuk membangunkan
negeri Kedah.

“Kita mahu wujudkan pembangunan di utara seperti industri minyak, penapisan minyak, saluran paip sampai ke Timur Songkla dan adakan kawasan industri getah serta industri pembuatan komponen pembuatan motokar, banyak lagi. Usahawan berminat majukan Kedah ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary,” katanya.

Dr Mahathir berkata, satu undi boleh menukarkan kerajaan kerana undi salah satu kuasa yang boleh tentukan nasib pada masa depan.

Beliau juga mengingatkan pucuk pimpinan BN supaya memastikan parti mesti menang dan calon bertanding mesti menang.

3 comments:

  1. I am extremely impressed with your writing skills and also with the structure on your blog.
    Is that this a paid topic or did you customize it yourself?
    Anyway keep up the excellent high quality writing,
    it's rare to see a nice weblog like this one today..

    Feel free to surf to my blog ... sapatos christian louboutin

    ReplyDelete
  2. Seperti biasa lidah mamak berbelit macam ular. Mula kata Umno kena diperbaiki dulu sebab banyak kesalahan; tapi dalam masa sama kata Umno/BN patut tadbir Kedah sebab kerajaan Pas sekarang tak tahu apa. Bodoh macam lembu. Dah mengaku Umno/BN tak berguna, tak tahu mentadbir kenapa suruh orang Kedah pilih parti yang bermasaalah perintah negeri itu. Nak cari nanya.

    ReplyDelete
  3. Ya betul tuu Che Det,
    UMNO perlu perbetulkan selepas PRU13 nanti, TETAPI rakyat perlu terlebih dahulu TUMBANGKAN UNMO dalam PRU13 nanti, udah jadi PEMBANGKANG di dalam Parlimen barulah perbetulllll. Itulah maksud Che Det kepada puak puak UMNO yang syoq sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa