Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 1, 2015

Isu DAP-PAS: Napa Awang Selamat Sering Mencelah?

DAP bersatu, PAS berpecah – Awang Selamat
February 1, 2015
Awang tidak nampak hubungan kedua-dua parti itu akan mudah pulih selepas ini.
PAS-Is-Once-Again-Used-By-DAPPETALING JAYA : Kolumnis akhbar Mingguan Malaysia, Awang Selamat berkata, ketegangan hubungan antara PAS dan DAP makin ketara dalam dua isu besar iaitu pelaksanaan hukum Hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menulis di dalam Analisis Mingguan Malaysia, Awang mendakwa kedua-dua parti di dalam Pakatan Rakyat itu saling londeh-melondehkan dan serang menyerang.
“Dalam isu membantah pilihan raya PBT di Pulau Pinang, atas kertas, Awang lihat PAS menang kerana keberanian parti itu membidas DAP secara konsisten, lantang dan dengan hujah-hujah yang bernas.
“Presiden PAS, Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan barisan ulama parti itu tidak beri muka kepada DAP khususnya Setiausaha Agung, Lim Guan Eng,” katanya.
Awang berkata, kenyataan Hadi mengaitkan pilihan raya itu dengan kebimbangan berulangnya peristiwa 13 Mei dan cabaran Mustafa berdebat dengan Guan Eng yang didakwa berbohong merupakan satu tamparan kepada DAP.
Awang turut melihat Guan Eng juga tidak mahu kalah dan meluaskan pertikaian kepada isu lain apabila mengkritik kerajaan PAS Kelantan ‘seolah-olah tiada kerajaan dan tidak boleh buat kerja’ dalam menangani musibah banjir.
“Awang tidak nampak hubungan kedua-dua parti itu akan mudah pulih selepas ini kerana penghinaan sesama parti dalam pakatan itu semakin menjadi-jadi dan sukar dimaafkan,” katanya.
Walaubagaimanapun, Awang berkata perbezaan antara PAS dan DAP ialah kesatuan.
Katanya, DAP lebih lebih bersatu dengan para pemimpinnya senada dan mengikut rentak Guan Eng tetapi PAS berpecah dan berbeza pandangan.
“Masih terdapat pemimpin yang pro-Anwar dan DAP tidak sehaluan dengan Hadi, Mustafa dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din dalam isu pilihan raya PBT mahupun Hudud.
“Awang hairan, kelompok itu lebih membawa aspirasi parti lain atas pelbagai alasan bagi mewajarkan pendirian mereka,” katanya.
Awang berkata, ia merupakan cabaran Presiden PAS yang bukan sahaja untuk melawan keangkuhan DAP dan mengurus duri dalam daging malah ada yang sudah ke tahap musuh dalam selimut.
Sehbungan itu beliau turut menyoal adakah Presiden PAS itu akan berjaya.

6 comments:

  1. Awang nikan org bn
    Bn kan babi negara
    Barua negara

    ReplyDelete
  2. Senang jer...awang selamat x suka tgk ketum nk berxium mulut dgn najib

    ReplyDelete
  3. cari makan,masa ni lah pun nak jadi 'batu api'kalau tak bila lagi?

    ReplyDelete
  4. Ulamak Donia di goda setan keling! Inilah yg dikatakan manusia bersifat syaitan! Hadi ada berani menyangkal acahan setan ni!?

    ReplyDelete
  5. 5sal, Awang Selamat bukannya 'nak jadi' batu api tetapi sememangnya dia itu adalah batu api semenjak dari dalam kandungan ibunya lagi.

    ReplyDelete
  6. Awang ini kan jenama Bahalol macam budak Hardy Boyz jugak....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa